28 Okt 2016
27 Okt 2016
Spray8 - Penjagaan Luka Semulajadi Yang Perlu Dimiliki Oleh Anda
Spray8 Penjagaan Luka Semulajadi Untuk Pemulihan Yang Pantas
Assalammualaikum..
Secara tak sengaja aku menemui satu produk best ni iaitu Spray8, so lepas ni tak perlu rasa risau dah kalau korang memiliki kulit sensitif, mahupun kulit korang rasa gatal - gatal, Ruam, Melecur dan sebagainya kerana sekarang dah ada penyelesaiannya iaitu Spray 8. Bagi pencinta haiwan khususnya kucing seperti aku ni selalu berdepan dengan risiko kulit tercalar mahupun terluka akibat dicakar kucing, tambah - tambah lagi kalau kucing tu sedang bergaduh sakan dan kita yang akhirnya yang kena gigit mahupun dicakar sebab nak meleraikan pergaduhan tu hehe. Nasib baik Furley Bioextracts ada mengeluarkan produk Spray 8 ni dan menyelesaikan segala masalah berkaitan kulit ni. Spray 8 ni sebenarnya adalah produk penjagaan luka tradisional yang mengandungi ekstrak herba yang mampu merawat kulit anda dengan baik, melegakan rasa gatal, mengeringkan luka dengan cepat serta menggalakkan pertumbuhan sel - sel baru.
Spray8 ini adalah ramuan semulajadi untuk rawatan yang tidak meninggalkan sisa pada kulit. Ia mengandungi bahan bioaktif dari ekstrak kulit Manggis yang mempunyai fungsi anti-inflamasi, dan ekstrak neem yang mempunyai fungsi anti-fungal, analgesik dan anti bakteria. Spray 8 terbukti berkesan untuk semua jenis luka termasuk luka kencing manis, melecur, gatal-gatal, ruam dan sesuai untuk semua jenis kulit. Menurut laporan kajian saintifik, komponen asas Spray 8 ni mempunyai kesan merawat ke atas pelbagai jenis penyakit kulit, luka septik dan luka yang telah dijangkiti kuman. Spray 8 ni juga telah mendapat pensijilan HALAL oleh JAKIM, Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kilang mendapat pensijilan HACCP & GMP. Spray 8 ni mudah dan sedia untuk digunakan pada bila - bila masa, tambahan lagi botolnya yang tidak begitu besar memudahkan kita membawanya ke mana-mana saja, selamat digunakan, tiada alkohol atau steroid, tiada surfaktan mahupun bahan kimia, tiada rasa gatal ataupun pedih dan mempunyai formula penyerapan pantas, ianya adalah penyembuhan yang tidak menyakitkan dan berkesan.
Selain itu, Spray8 turut mengatasi masalah - masalah seperti :-
- Luka Diabetes
- Luka Pembedahan / Bekas Jahitan / Parut Lama
- Ekzema
- Kulit Sensitif
- Bed Sore ( luka akibat lama tidak bergerak)
- Nekrosis ( sel mati )
- Lepuh Air Panas
- Varikos ( biasanya di kaki disebabkan salur darah rosak)
- Calar
- Kulit Rapuh (orang tua)
- Ruam Lampin
- Gatal - Gatal Kulit
- Campak
Antara Kelebihan Spray8 ini adalah :-
- Membunuh Bakteria Berbahaya
- Mengeringkan Luka Tanpa Keretakan Kulit
- Menggalakkan Pertumbuhan Sel - Sel Baru
- Menggalakkan Pembinaan Kapilari Baru
- Pantas Mengurangkan Inflamasi dan Kegatalan (anti histamin)
- Menghalang Pembentukan Lepuh ( air panas)
Sangat senang, tidak perlu digoncang hanya bersihkan luka terlebih dahulu, kemudian sembur/ spray Spray8 keatas kulit atau luka, pastikan kena pada semua permukaan luka. Kemudian biarkan ia meresap ke dalam kulit. Anggaran: 1 Spray untuk luka sebesar 50 sen. Selepas itu biarkan kering dan jangan dibilas atau di lap, untuk kesan lebih cepat gunakan secara berterusan, 3 kali sehari dan alami perubahannya. Mesti korang tertanya - tanya kan tentang harga Spray 8 ni kan, jangan risau harga Spray 8 ni berpatutan dan mampu milik iaitu RM50 untuk 100ml dan RM35 untuk 50ml.
Cara Untuk Dapatkan Spray8
Korang berminat untuk dapatkan Spray 8 ni? tunggu apa lagi jom ramai2 ke sini --> https://store.furleybio.com/spray8-wound-care-100ml.html?___store=my&acc=124 untuk pembelian secara online di websitenyer. ISTIMEWA dan KHAS untuk semua pembaca Blog Miss BaNu StoRy ni, korang akan dapat DISKAUN sebanyak RM10 untuk setiap pembelian produk Spray 8 ni, dengan hanya masukkan COUPON CODE ni --> FBIO-7RT ketika membuat pembelian di websitenyer, Contoh ruangan yang perlu dimasukkan Code yang aku bagi tu adalah seperti kat bawah ni k..
Ataupun korang just klik ---> SINI.. untuk terus membuat pembelian di website tersebut. Spray8 antara produk yang terlaris gitu, jadi rugi kalau tak dapatkannyer. Spray8 ni sesuai digunakan untuk seisi keluarga. Untuk Keterangan dan Maklumat lanjut, korang boleh singgah ke website ataupun media sosial Furley Bioextracts kat bawah ni k..
Website- https://store.furleybio.com/
Instagram- https://www.instagram.com/furleybio/
Twitter- https://twitter.com/furleyb
26 Okt 2016
Gary Tinggalkan Running Man
Gary Tinggalkan Running Man Selepas 6 Tahun Jadi Ahli Tetap
Selepas enam tahun bersama Running Man, Gary mengucapkan selamat tinggal kepada program permainan realiti yang menjadi fenomena global itu, hari ini. Pengunduran bintang berusia 38 tahun itu diumumkan stesen SBS, yang memaklumkan keputusan Gary itu adalah bagi menumpukan semula perhatian terhadap kerjaya muziknya. "Tahun ini, beliau ada memberitahu produksi mengenai rancangannya untuk meninggalkan Running Man bagi memperuntukkan masa dengan muzik, selain mahu menyambung pengajian. "Walaupun kakitangan dan semua bintang lain memujuknya supaya mengubah fikiran, beliau tetap dengan keputusan terbabit. Seluruh produksi juga sebulat suara menghormati keputusannya itu," kata wakil SBS. Pada masa sama, produksi rancangan terbabit turut menyatakan rasa terima kasih atas dedikasi dan kesungguhan Gary menjayakan program popular berkenaan, sejak musim pertama hingga kini, sekali gus mendoakan kerjaya muzik lelaki itu terus berjaya. Gary atau nama sebenarnya Kang Hee-gun memulakan kerjaya seni sebagai penyanyi rap sekitar 1996 selain aktif dalam arena muzik selaku komposer dan penerbit sebelum dikenali sebagai personaliti televisyen. Pengundurannya daripada rancangan itu secara tidak langsung meninggalkan pasangan 'Monday Couplenya', Song Ji-hyo, yang juga satu-satunya peserta wanita dalam program terbabit, selain Yoo Jae-suk, Haha, Ji Suk-jin, Kim Jong-kook dan Lee Kwang-soo. Menerusi pengumuman sama, SBS menyatakan, aksi terakhir bintang yang bersama pasukan mereka sejak Julai 2010 itu akan dapat diikuti pada episod siaran 31 Oktober ini. Credit to Berita Harian. Huhuhu sedihnyer bila Gary nak keluar RM, Dulu pun die pernah nak keluar Runing Man tapi tak jadi, tapi kali ni die confirm keluar RM..huhu will miss you Gary..
25 Okt 2016
Episod Akhir Patahnya Sebelah Sayap
Episod Akhir Drama Patahnya Sebelah Sayap Tv3
Assalammualaikum..
Rasanya ramai yang tak sabar nak menonton episod akhir Drama Patahnya Sebelah Sayap ni kan, drama ni berjaya menarik minat penonton untuk menontonnya kerana jalan ceritanyer yang best, unik, lain dari yang lain dan berjaya buat penonton geram dengan watak2 dalam drama ni seperti watak Amzar lakonan Izzue Islam dan Mak Amzar tu. Penyabar sungguh si Alisya (Ummi Nazeera) ni, bila adik die dah meninggal baru la nampak Alisya ni jadi lebih berani gitu. Manakala si Amzar ni makin giler plak n Khuzairi A.K.A Abang Muka Ketat (Aeril Zafrel) pula mula rasa yang Alisha tak bersalah dan start rasa kesian kat Alisya ni. Apapun aku tak nafikan yang di permulaan jalan cerita drama ni memang ada sedikit persamaan dengan drama Korea Secret tu cuma bila masuk di pertengahan cerita, jalan ceritanya mula bertukar dan tak sama macam drama Korea dah. Hope lepas ni akan ada drama2 yang best macam cite ni sebab dah boring kot asyik2 kahwin paksa bagai ni.
24 Okt 2016
Uncontrollably Fond - Review Drama Korea
Korean Drama Review - Uncontrollably Fond
Assalammualaikum..
Drama Uncontrollably Fond ni dah habis disiarkan pada 8 September yang lalu dan tarikan utama drama ni mestilah sebab pelakonnya sangat popular gitu iaitu Kim Woo Bin dan Suzy. Drama ni memang bergenre melodrama gitu dan mempunyai banyak scene2 sedih dan tragis, kiranya drama air mata gitu hehehe. Drama ini mempunyai 20 episod dan dilakonkan oleh Kim Woo Bin, Suzy, Lim Ju Hwan, Lim Ju Eun, Jin Kyung, Lee Seo Won, Yu Oh Seong, Jun Sun Kyung, Ryu Won dan ramai lagi. Penulis skrip drama ni dah pernah menulis skrip untuk drama2 popular seperti A Love To Kill, The Innocent Man dan lain2 lagi. Kalau tengok dari drama2 yang terdahulu yang dihasilkan oleh penulis skrip drama ni, memang dah boleh agak yang penulis skrip drama ni gemar menghasilkan skrip2 yang sedih, tragis dan melodrama. Lakonan Kim Woo Bin sebagai watak Shin Joon Young juga sangat cemerlang dan menyakinkan sekali. Ada ramai juga pelakon yang jadi cameo dalam drama ni seperti Lee Joon Ho, Lee Yoo Bi, Yoon Park dan ramai lagi. Drama ini akan digantikan dengan drama On The Way To The Airport.
Apapun memang geram tengok watak jahat dalam drama ni iaitu bapa kandung Shin Joon Young iaitu Choi Hyun Joon dan isterinya tu iaitu Lee Eun Soo. Paling geram mestila kat Isteri Choi Hyun Joon tu, nampak jer baik n lemah lembut tapi sebenarnya jahat giler, sampai anak sendiri pun die sanggup sabotaj. Nasiblah masa penghujung cerita Choi Hyun Joon tu akan sedar kesalahannya dan serah diri pada polis. Tapi tulah isteri die terlepas plak, patutnya isteri die tu pun kena dapat pengajaran juga tapi senang2 terlepas. Dari awal cerita memang penonton akan tahu yang watak hero akan mati di akhir cerita disebabkan penyakitnya, namun ramai juga yang mengharapkan yang watak hero akan happy ending. Kalau kita imbas balik ending drama The Innocent Man yang mana watak hero juga menghidap penyakit dan akan mati, namun die berjaya hidup selepas pembedahan tapi berbeza dengan drama Uncontrollably Fond ni sebab watak hero memang akan mati cuma sebelum die mati tu semua masalahnya dah selesai dan die dapat hidup dengan tenang disamping gadis kesayangannya iaitu No Eul. Walaubagaimanapun agak stress tengok watak Mak Shin Joon Young yang layann anak die dengan teruk sekali selepas kecewa anak die tak nak jadi peguam sebaliknya jadi artis. Shin Joon Young pun satu, patutnya terus terang jerlaa dengan mak die, kan senang.
Selain tu tak leh blah tengok karakter Shin Joon Young yang tak tetap pendirian, awalnya bukan main lagi dok ngorat No Eul tu, lepas tu boleh plak tak hiraukan No Eul tu plak. Nasiblah No Eul tu dapat tahu tentang penyakit S. Joon Young tu secara tak sengaja. No Eul ni plak, die dari awal dah hidup susah sebab tu die sangat obses dengan duit dan sanggup buat apa saja asalkan dapat duit walaupun duit yang die dapat tu dari musuh ketat die tapi die still terima duit tu. Lim Ju Eun yang pegang watak sebagai Yoon Jung Eun tu sangat mirip dengan pelakon popular Park Shin Hye. Tak sangka ada ramai juga pelakon yang ada iras2 wajah Park Shin Hye ni. Selain tu tak leh blah plak tengok anak bongsu Choi Hyun Joon iaitu Ha Roo bercinta dengan adik No Eul iaitu No Jik sedangkan keluarga diorang ni kan ada sejarah hitam gitu. Apapun kisah percintaan diorang ni tergantung sebab dah putus disebabkan masalah keluarga diorang. Banyak juga pengajaran dalam drama ni, tentang bagaimana nasib orang miskin yang tidak terbela selagi orang kaya masih melakukan rasuah secara berleluasa dan sering terlepas dari undang2, sedangkan yang kaya akan terus kaya manakala yang miskin akan terus tertindas. Kagum tengok sikap Shin Joon Young yang cuba mencari keadilan buat No Eul walaupun dirinya menderita dengan penyakitnya serta kesalahannya pada No Eul.
Aku rasa semua pelakon dalam drama ni memang memberikan yang terbaik pada watak masing2, nampak real jer lakonan diorang tu. Lagu Tema / OST drama ni juga sedap didengar, aku tengok banyak lokasi shooting drama ni dibuat kat tempat yang cantik - cantik belaka, banyak pemandangan indah gitu, salji turunlah, daun - daun kering berguguranlah, kawasan perumahan tepi laut dan banyak lagi tempat2 yang cantik dalam drama ni. Aku selalu menonton drama ni kat TV jer hehehe malas nak tengok kat tenet, tapi kalau ada episod2 yang aku rasa best, aku akan tonton kat tenet. Ending drama ni memang dah dijangka tapi sedihla juga sebab No Eul akhirnya meneruskan kehidupannya dengan lebih tenang dan mengingati S.Joon Young. Aku rasa akan lebih bagus kalau No Eul dan Shin Joon Young tu kahwin sebelum S.J.Young tu mati kan. Lagi bagus kalau diorang ada anak, kesian jugalah kat mak S.J.Young tu sebab anak die dah takde tapi nasiblah ada seseorang yang memang akan menjaga dan menyayangi mak S.J.Young tu. Scene masa Mak S.J.Young datang melawat S.J.Young kat rumah die tu sangat sedih juga bila S.J.Young dah tak kenal dengan mak die sendiri. Tapi lepas die makan masakan mak die tu semua baru die teringat semula dan diorang menangis semua. Last Scene die dengan No Eul tu pun sedih jugak.
Aku rase sesape yang suka tengok drama yang ada banyak konflik, melodrama semua memang patut tengok drama ni, walaupun ianya akan buat korang jadi geram sedikit, tapi berbaloi menonton cite ni. Aku bagi 8.5 Bintang dari 10 Bintang untuk drama ni.
21 Okt 2016
Sinopsis Filem Volkswagen Kuning
Sinopsis Filem Volkswagen Kuning Lakonan Pekin Ibrahim & Atikah Suhaime
Assalammualaikum..
Filem Volkswagen Kuning telah pun ditayangkan di Pawagam bermula 22 September 2016 yang lalu. Filem seram ni diarahkan oleh Shadan Hashim dan dilakonkan oleh Pekin Ibrahim, Atikah Suhaime, Shahronizam, Azman Hasan, Mak Jah, Aida Othman, Fatin Afeefa serta ramai lagi. Filem Volkswagen Kuning ini diterbitkan oleh MIG dan merupakan filem ke 115 terbitan MIG. Wahh banyak giler filem2 keluaran MIG ni. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Filem Volkswagen Kuning
Mengisahkan tentang Fuad (Pekin Ibrahim) dan tunangnya Sarah (Atikah Suhaime) dalam perjalanan pulang ke kampung Fuad. Sebelum sampai ke kampung, Fuad bercadang untuk berhenti makan di sebuah kedai ikan patin yang dikatakan sedap. Mereka menggunakan Waze untuk sampai ke sana tetapi tersesat disebabkan capaian internet tiada. Mereka sampai juga ke kedai tersebut tetapi sudah malam dan tempat yang dikatakan tidak seperti apa yang mereka bayangkan. Mereka berdua mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan pulang ke kampung. Mungkin disebabkan lapar dan ada perasaan yang dipendam oleh Sarah, mereka berdua bergaduh dalam perjalanan.
Ketika sedang bergaduh itu mereka diganggu oleh Volkswagen Kuning dan menyebabkan mereka terlibat dengan kemalangan. Fuad kemudiannya ditahan di wad, manakala Sarah mengalami kecederaan ringan. Raudhah, kakak Sarah datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang 'sesuatu' bersamanya. Pak Ayob, bapa saudara Fuad mula menyiasat tentang gangguan dan punca kemalangan yang menimpa Fuad. Hasil penyiasatan itu, telah membuka kembali sejarah hitam yang pernah berlaku di kampung itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?
19 Okt 2016
18 Okt 2016
Kedudukan Peserta Gegar Vaganza 2016 Selepas Konsert Pertama
Kedudukan Peserta Gegar Vaganza 2016 Selepas Konsert Minggu Pertama
Assalammualaikum..
Semalam bermulanya Konsert Gegar Vaganza Musim Ke-3 yang dihoskan oleh Nabil dan Jihan Muse. Ramai yang menonton GV semalam, blogger pun masing2 dah up entry pasal GV ni siap mention sokong team mana gitu. Bagi aku plak aku suka semua peserta hahaha tapi kalau favourite tu aku suka hampir semua peserta yang ada misalnya Azharina, Elly Mazlein, Nora, Intan Sarafina, Siti Sarah, Rem, Ameng, Zarul, Shidi Data, Gmie Screen. Aku rasa Ameng Spring tu patut nyanyi lagu lain sbb banyak lagu popular die ni n Gmie Screen tu plak patut nyanyi lagu Bila Cinta Di Dusta. Apapun memang enjoy layan Gegar Vaganza 2016 ni. Jom tengok Kedudukan Peserta GV3 ni berdasarkan Markah dari Juri Profesional selepas Konsert Minggu Pertama kat bawah ni k. (sumber dari Astro Gempak)
1) Siti Sarah
2) Azharina
3) Zarul Umbrella
4) Nora
5) Rem
6) Shidi Data
7) Intan Sarafina
8) Zur Eda
9) Elly Mazlein
10) Gmie Screen
11) Ameng Spring
12) Razis Ismail
Tahniah buat Siti Sarah kerana berjaya mendapat markah tertinggi dari Juri untuk minggu pertama. Di minggu akan datang pasti lebih sengit lagi. Apapun jom tengok Senarai Lagu yang akan dinyanyikan oleh peserta Gegar Vaganza 2016 untuk Konsert Minggu Kedua kat bawah ni k..
1. Teratai Layu Ditasik Madu - Siti Sarah
2. Sinaran - Azharina
3. Untukmu Selamanya - Zarul
4. Setelah Aku Kau Miliki - Nora
5. Suratan Atau Kebetulan - Rem
6. Meneka Dalam Kesamaran - Shidi Data
7. Berpaut Didahan Cinta - Zur Eda
8. Berpisah Jua - Elly Mazlien
9. Januari - Gmie Screen
10. Epilog Cinta Dari Bromly - Ameng Spring
11. Bunga Pujaan - Razif Ismail
12. Pudar - Intan Sarafina
































