-->

16 Nov 2012

Corat-Coret Anugerah SkRiN 2012 & ZizaN

Assalammualaikum..
rasanya topik hangat yg diperkatakan adalah berkaitan Anugerah Skrin 2012..aku juga tidak ketinggalan menonton ASK ni tapi aku menonton secara streaming online n sambil2 tuh dapatlah berborak kat Twitter n FB kan..Kalau tengok kat tv aku mmg malas bukak laptop dh haha..dipendekkan cerita Anugerah Skrin 2012 memang membosankan..hambar,meleret-leret..masa aku tgk ASK tuh sempat la aku meninjau di twitter, komen2 pengguna twitter semuanya mmg tidak suka dan bersependapat bahawa ASK tahun ni tak best..bosan dan mcm2 lagi kritikan..

Apa yang Best di Anugerah Skrin 2012
~Usaha membuat kelainan untuk Anugerah Skrin wajar dipuji sebab ada semangat untuk menghasilkan pembaharuan
~Penyampai anugerah naik ke pentas dengan memegang watak2 tertentu.menarik..
~Suka tengok Neelofa dan Rita Rudaini dgn baju masing2 mcm princess sangat2 dah..
~Teater yg dilakonkan oleh Rita,Adi Putra & Fizz Fairuz agak best juga
~Suasana dipentas dan Props sangat cantik dan gah
~Ada Zizan di pentas yg memecahkan kebosanan dan mampu membuatkan penonton ketawa walaupun hanya beberapa minit diatas pentas..
~Suka dengan ucapan Pierre Andre diatas pentas sempat berdakwah lagi bagus2 itulah ucapan yg terbaik.. =)


Apa yang TIDAK BEST dalam Anugerah Skrin 2012
~Pengacara tidak sesuai,terlampau ramai di pentas,kadang2 ternampak pengacara lupa skrip dan merapu rapu,cermin ajaib tuh lagilah memeningkan kepala, menyampuk je kerjanyer..
~Lagu latar dipentas sangat tidak best rasa mcm suruh penonton tidur cpt2 jer hahaha
~Pengacara bercakap terlampau meleret-leret sampai penonton bosan tiada unsur lawak jenaka yg diselitkan dalam pengacaraan mereka..x habis2 bercakap2 yg ntah apa2..kalau ambik pengacara dikalangan pelawak mcm Zizan,Johan dan lain2 pasti lebih meriah dan kelakar..
~Lagu2 yg disampaikan diatas pentas semua lagu2 lama emmm bosan
~Kontroversi tercipta dari kata2 Rosyam Nor diatas pentas
~Harun Salim Bachik yg asyik kuar masuk pentas..huhu pening tgk..
~Awal dan Neelofa sangat tenggelam di pentas..kalau xde diorang pun xpe..
~Teater yang menampilkan Rita Rudaini dan Adi Putra walaupun agak best, tapi terlampau panjang sikit2 sudahla kan..
~Dapat diperhatikan ada beberapa penyampai anugerah yang keluar lambat ke pentas..contohnya 3 dah ada dipentas yg sorang lagi x muncul2 bila nak umumkan calon2 baru nampak muka haha
~Terdapat juga beberapa penyampai anugerah yg agak over atas pentas
~Tak berapa gemar tengok adegan dukung mendukung tuh antara Aqasha dan Fauziah Gous tuh errr agak2 laa kan..haha nasib Zizan x dukung si Fauziah tuh haha kalau x nanti ramai la yg merajuk ;P
itu jela yg aku dpt pikir setakat ini..pendek kata sangat bosan ASK ni..
 Zizan Penyelamat Anugerah Skrin 2012?
Di Twitter rata-ratanya menunggu kelibat ZizaN Di Pentas..agak lama juga menunggu tapi demi Zizan ramai juga yg sabar menanti..Namun walaupun Zizan muncul hanya sekejap di ASK tuh tapi impaknya sangat kuat sehingga namanya jadi trending di Twitter woww!! haha itulah buktinya betapa popularnya beliau..Selepas itu namanya terus jadi sebutan di Twitter..banyak pujian yg diberikan peminat berikutan aksi selambanya dipentas yang sangat melucukan..die sempat mengusik Aqasha dan Fauziah Gous tuh hahaha..Dapat dilihat bila Zizan muncul je di ASK barulah terdengar gelak ketawa penonton..kamera masa tuh pun sempat fokus pada muka penonton yang masing2 ketawa dan tersenyum melihat gelagat Zizan di pentas. Rasanya TV3 selepas ini harus membuat pilihan yang tepat dlm memilih pengacara yang sesuai..Apa lah salahnyer gandingkan ZizaN dan Juga JoHaN sbg pengacara di pentas ASK..kalau ada diorang pastinya lebih kelakar dan tak bosan..lagipun JOZAN ni spontan diorang boleh meriahkan keadaan yg bosan dgn aksi spontan diorang yang sangat best tuh nama pun Juara dan Naib juara Super Spontan betul tak...

Kredit pada semua pemilik Picture diatas nih yer...maaf kalau ada salah ckp ,sekadar pandangan..jumaat depan dh boleh tengok Maharaja Lawak Mega dah yeayyyy...nk tengok JOZAN uolls..
Read More »

9 Nov 2012

Corat Coret DraMa & OST JuLia TV3

Assalammualaikum..
Sape kat sini suka menonton drama JULIA kat tv3 dalam slot Akasia tuh.?hehe aku suka..jalan cite die best..n shooting kat Korea lak tuh..actually aku perasan yg tempat diorang shooting kat kawasan Universiti di Korea tuh sangat familiar bagi aku..macam pernah tengok tau sebelum ni..pikir punya pikir kat mana aku pernah tgk rupanya kalau x silap aku tempat diorang shooting tu sama dengan drama Korea yg aku dah tengok sebelum ni..patutlah cam kenal haaha..drama korea yg bertajuk Heartstring kalau x silap lah..sebab kawasan tuh mmg sama sgt sebijik..haha..berbalik pada cerita Julia ni semalam last episod dah..wah rindu laa pasni..dh habis dah 28 episod semuanya..untuk ending die aku harap Julia dengan Amir laa kan haha..tapi lain endingnya sebab Julia akhirnya bawa diri merantau ke luar negara bersama dgn anaknya..sebab die x mahu meruntuhkan rumahtangga orang lain..itu yang terbaik sebenarnya kan..

Selain jalan cerita die yg best,pelakon2 die pun semuanya hebat2 belaka..Nabila Huda,Fizo Omar,Izreen Azminda,Azlee Khairi,Fauziah Gous lakonan mmg mantap mcm real jer..selain tuh dlm drama ni turut diselitkan lagu2 best..ada lagu2 Korea masa awal2 episod pastu ada lagu berhantu Sudah cukup Sudah betul ke tak tajuk die tuh haha lupa lak tetiba..pastu ada satu lagu yg aku suka yg mana lagu tuh akan muncul tiap kali ada babak sedih..cari punya cari baru tau tajuk lagu tu Tiada Rasa nyanyian Ika Nabila (AF6) die ni kerap berlakon baru nmpk die nyanyi berduet dgn Aliff Razali x kenal lak aku dgn Aliff Razali ni..artis baru kot..aku dh download pun lagu tuh dah hehe..jom tgk lirik lagunya...

Tiada Rasa ~Ika Nabila &Aliff Razali
Tiada rasa di antara kita
Kau dan aku bersama bahagia
mencuba tuk merasakan cinta
tapi tak kurasa..

Tak percaya kau tak rasa cinta
dan kau biar hati ku tertanya
getar rasa seakan sengsara
nafas tak terhela..


c/o Bila rasa tanpa ada cinta
Hanya kita tanpa kata kata
Biarlah cerita tentang kita
teman saja..

Kita mungkin tak harus bersama
dalam rasa yang berada cinta
kuncilah sayang tak bermakna
teman saja..


Tak percaya kau tak rasa cinta
dan kau biar hatiku tertanya
getar rasa seakan sengsara
nafas tak terhela..


Oh tiada rasa..oh tiada rasa..
ulang c/o
nak dengar lagunya leh tgk video kat bawah ni yer..

Read More »

8 Nov 2012

ARANG AND THE MAGISTRATE~KoReaN DraMa RevieW

Assalammualaikum..
beberapa minggu yang sudah aku baru sahaja habis menonton kesemua episod drama Korea yang bertajuk Arang And The Magistrate ni..drama ni mempunyai 20 episod. Tarikan utama drama ni bagi aku adalah pelakon utamanya..hehe aku suka gandingan diorang ni sebab dua2 sama qiut and comel gitu..hero cite ni adalah Lee Jun Ki,die ni adalah hero ke-2 drama My Girl dulu ingat x?and heroin cite ni adalah Shin Min Ah yang sebelum ni jadi heroin dlm drama My Girlfriend is A Gumiho..so bila keduanya digandingkan dlm 1 drama yg sama..so semestinya sgt sweet la kan..
Comelkan Shin Min Ah ni hehe seterusnya drama ni menarik sebab ianya ala2 kisah misteri+seram fantasy gitu..bermula dgn Shin Min Ah iaitu Arang yang menjadi Roh yang tidak tenteram serta hilang ingatan yang cuba merungkai sebab kematiannya..Dia bertemu Lee Jun Ki iaitu Eun Oh yang boleh melihat roh serta dlm misi mencari  mencari ibunya yang telah hilang..akhirnya Eun Oh mendapat petunjuk bahawa Arang dan Ibunya mempunyai saling kaitan maka Eun Oh membantu Arang dalam menyelesaikan Misteri kematian Arang dan kehilangan ibunya.
Walaubagaimanapun Arang akhirnya menjadi manusia kembali utk menyiasat dan mencari sebab kematiannya dan dibantu oleh Eun Oh yang menjadi Magistrate disitu..dalam x sedar Eun Oh akhirnya telah jatuh cinta pada Arang..namun Arang telah menolak cintanya dengan alasan die tidak dapat hidup lama di alam manusia kerana perjanjian telah dibuat dan bila tempoh masa dah cukup die terpaksa kembali ke tempat asalnya..Arang juga sebenarnya sangat menyayangi Eun Oh..
Drama ni ala-ala fantasy sikit sebab ada wujud watak2 seperti tuhan syurga tuhan neraka..watak2 ni mmg agak kelakar bagi aku sangat x logik haha..tapi nama pun drama kan layankan jerla..Dari segi watak2 jahat dalam drama ni mmg menjadi..nampak sangat kejahatannya..menyampah je tgk tau hehe..Eun Oh memang sering bimbang akan keselamatan Arang die akan sedaya upaya melindungi Arang dari segala ancaman..
Bagi aku drama ni best sebab mcm2 ada, kelakar ada,Misteri ada,seram ada,fantasy pun ada sweet pun ada haha..ending cerita ni mmg agak dramatik sikit bagi aku sebab Arang terpaksa kembali ke tempat asalnya dan terpaksa tinggalkan Eun Oh sndiri..namun Eun Oh mengorbankan dirinya lalu hilang mcm tuh sahaja..huhuhu sedih plak jadinya..Misteri kematian Arang juga terjawab di episod akhir drama ni..namun begitu Arang dan Eun Oh mcm dilahirkan semula tapi masih mengingati apa yang telah berlaku kpd mereka begitulaa ending die haha walupun mcm konfuse sikit waktu ending tuh masa diorang dilahirkan semula tuh..
 
WaTak PerWatakkaN

1-AranG

2~Eun Oh/Magistrate
3~Ju Wal
Gambar dibwh ni adalah ketika di Majlis Pelancaran Drama Arang And The Magistrate..qiut kan Shin Min Ah tuh Lee Jun Ki pun sama nampak sepadan la diorang ni sama qiut sama sweet..Shin Min Ah nampak sgt cantik bila tersenyum dan ketawa =)
 
Hehehe pendek kata mmg berbaloi tengok drama ni =) sekarang ni tgh layan drama To The Beautiful You & The Innocent MaN..best gak..hehehe
Read More »

WorDLess WedNesDay~MenJaGa Hati SenDiRi

What Uolls Think about this quote?
Read More »

Bila P.RamLee Sudah tiaDa...

Assalammualaikum..
hari tuh masa godek2 internet terjumpa video hari ini dalam sejarah yg menceritakan serba sedikit mengenai Kematian P.Ramlee serta ditunjukkan juga suasana sedih dan pilu mengiringi pemergian P.Ramlee yg tidak disangka-sangka ketika itu..semuanya kelihatan terkejut dan sedih..tengok jela video kt bawah ni yer..


kemudian aku terjumpa satu artikel mengenai P.Ramlee ni..jom membaca dan menghayatinya..sedih plak aku membacanya..sebak..sob sob...huhuhu artikel ini diambil dari sini->SumBeR
KENANGAN BERSAMA TAN SRI P.RAMLEE
Oleh Zainuddin Maidin (Mantan Menteri Penerangan Malaysia)


SAYA tidak boleh mendakwa sebagai seorang wartawan yang rapat dengan Seniman Agung P. Ramlee seperti wartawan- wartawan yang memulakan karier mereka di Singapura sejak awal tahun 50-an ketika bintang seniman itu mula bersinar . 
Cuma sekali pada awal tahun 60-an kami wartawan-wartawan dari Kuala Lumpur secara kebetulan bertemu P. Ramlee di Pantai Motel, Kuala Terenganu (sekarang Park Royal Primula) ketika mengikuti lawatan Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak ke Terengganu. Bila mengetahui kami adalah wartawan P. Ramlee duduk dan bercerita panjang dengan kami.
Kesan pertemuan pertama itu ialah saya mengingati P. Ramlee di usia mudanya sebagai sebagai seorang lelaki yang kacak, wajahnya kemerahan, tampan, gagah, pandai bercerita dengan cara yang menarik dan tidak menjemukan. Beliau tidak sahaja menarik di dalam filem tetapi juga di luar dalam dirinya yang sebenar, lengkap dan sempurna sebagai seorang seniman. Anda boleh duduk berjam-jam mendengarnya bercerita tanpa jemu. Ramai juga seniman yang saya jumpa perwatakannya kaku dan pendiam di luar sekalipun begitu hebat dalam lakonan.
Sejak pertemuan di Primula itu saya tidak menemuinya lagi kecuali setelah sinaran bintangnya mulai pudar apabila berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun 1966 dan beliau menjadi teman karib Osman Abadi, Timbalan Ketua Pengarang Utusan Melayu yang juga seorang penulis skrip filem dan drama yang prolifik.
 
P. Ramlee sering datang menemui Osman di pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur dan kerana bilik Osman bersebelahan dengan bilik saya maka saya kerap melihat P. Ramlee sering menghabiskan masanya berjam-jam bercerita dengan Osman.
Oleh kerana kesibukan sebagai Pengarang Berita, saya tidak berkesempatan untuk menjalin hubungan rapat dengannya. Hal ini saya kesalkan hingga sekarang kerana melepaskan peluang untuk mendekati orang yang sukar untuk dicari ganti.
Beberapa episod pertemuan pendek dengan P. Ramlee meninggalkan kenangan yang mendalam kepada saya, mungkin kerana saya tidak banyak berinteraksi dengannya dan pengalaman sesekali bertemu sepintas lalu menjadi begitu berharga.
Suatu insiden yang tidak mungkin saya lupakan ialah apabila saya menyinggung perasaannya ketika menghantar Osman Abadi untuk lawatan ke Amerika Syarikat pada penghujung tahun 60-an. Turut menghantar ialah Sasterawan A. Samad Said dan isteri dari Berita Harian dan wartawan- wartawan Utusan antaranya Zakri Abadi, Subky Latiff (sekarang orang kuat Pas), Ali Salim Ketua Penyunting dan lain-lain lagi anggota Jabatan Pengarang Utusan Melayu.
Ketika itu P. Ramlee telah mulai dilupakan kerana televisyen telah memberi kesan kepada panggung wayang. RTM satu satunya stesen televisyen pada masa itu kurang memberikan kesempatan kepada P. Ramlee untuk programnya sendiri kecuali menayangkan semula filem-filem lamanya. Di samping itu kemunculan pop yeh yeh (penyanyi tahun 60-an) juga telah melindungi P. Ramlee.

Saya lalu bertanya kepada P. Ramlee "kenapa che Ramlee tidak muncul di televisyen, sekarang orang tidak lagi melihat filem di panggung-panggung wayang seperti dahulu".
Di luar jangkaan saya pertanyaan dan kenyataan saya itu menimbulkan kemarahannya menyebabkan beliau terus menjawab "You ingat muka I ni murah ke ? Orang macam you tak tengoklah, tetapi orang kampung, petani dan nelayan masih melihat saya. Orang tengok televisyen, orang pergi kencing, pergi buang air besar, orang tidak tumpu macam tengok filem di panggung wayang, orang tak tinggalkan kerusi."
Saya tahu telah menyentuh perasaannya, tetapi saya tidak berniat untuk merendahkannya
 
LAKONAN
Tidak lama kemudiannya RTM menayangkan gambar lakonan P. Ramlee, Orang Bunian dan secara kebetulan esoknya saya ke Pasar Chow Kit dengan membawa anak perempuan saya yang berumur kira- kira lima tahun. Secara kebetulan terjumpa dengan P. Ramlee sedang minum di Restoran Yusoff Suria berhampiran dengan pasar itu. Saya terus bertanya pada anak saya sama ada kenal atau tidak orang ini? Anak saya terus mengenalinya "Orang Bunian, P. Ramlee". 
Sejak itu P.Ramlee kembali berbaik-baik dengan saya. Saya menyedari hakikat betapa perasaan seniman mudah terluka dan juga mudah disembuhkan dengan penghargaan yang ikhlas.
Bila beliau meninggal pada 29 Mei 1973, saya bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Melayu Pulau Pinang. Saya tidak tahu tentang kematiannya sehingga malamnya setelah Allahyarham dikebumikan kerana pada hari itu saya ditugaskan ke Thailand oleh Ketua Pengarang Mazlan Nordin (Tan Sri).
Ketika sarapan malam isteri saya secara bersahaja memberitahu bahawa P. Ramlee mati. Saya tergamam, tidak dapat lagi menyuap nasi ke mulut. Suatu perasaan yang sukar untuk dimengertikan tiba-tiba menyelubungi jiwa, perasaan kesayuan dan kesepian yang amat memilukan 
 

Isteri saya tidak mengerti perasaan saya ketika itu. Saya tinggalkan meja makan dan pergi ke ruang tamu dan menangis panjang seorang diri. Saya dimaklumkan oleh Osman Abadi beberapa jam sebelum kematiannya pada jam empat pagi 29 Mei 1973, P. Ramlee telah menelefonnya ketika beliau sedang menyiapkan skrip filem Azizah untuk arahan dan terbitan P. Ramlee. Osman tidak dapat memenuhi permintaannya untuk keluar bersama malam itu tetapi telah meminta beliau menyanyikan lagu Azizah untuk mendapat ilham dan penghayatan. Apabila menerima berita kematian itu, Osman terpaksa dipapah untuk menelefon Ketua Pengarang Utusan Melayu Mazlan Nordin.
Saya tidak tahu apa yang berlaku di Kuala Lumpur tetapi di Pulau Pinang pejabat Utusan Melayu di Jalan Argyll didatangi ramai orang yang mahu menyatakan perasaan sedih mereka. Kematiannya lebih dirasakan di Pulau Pinang tempat kelahirannya selain menggemparkan dan mengharukan perasaan peminatnya di seluruh negara.
Berita telah disampaikan kepada saya tentang ada orang tercedera kerana tanpa sedar terjun menerusi tingkap untuk memberitahu jirannya tentang kematian P. Ramlee bila mendengar beritanya di radio.

Anak-anak muda memainkan lagu lagunya sepanjang hari seolah-olah hendak menafikan kematiannya.
Kisah hidup P. Ramlee melariskan jualan akhbar-akhbar Melayu berbulan lamanya sejak lepas kematiannya, tetapi ada juga seorang dua yang menganggap diri mereka sebagai intelektual telah mengecam akhbar- akhbar yang terbawa dalam arus perasaan ini.
 
 P RAMLEE vs POP YEH YEH
Kira-kira sebulan sebelum kematiannya P. Ramlee mengadakan pertunjukan di Butterworth yang dibanjiri oleh lebih 40,000 penonton yang seolah-olah hendak menunjukkan kemarahan orang Pulau Pinang terhadap pihak yang menganggap P. Ramlee sudah tidak laku lagi kerana adanya pop yeh yeh. Malam itu tentunya P. Ramlee yang juga sedang dapat merasakan zaman menurunnya telah kembali bersemangat.

Perasaan kehilangan, kesedihan, kemurungan, kesayuan, kepiluan dan keharuan atas kehilangan seniman agung ini menyapu perasaan pelbagai peringkat masyarakat di seluruh negara lebih sebulan lamanya. 
Hampir sebulan selepas kematian P. Ramlee , pejuang kemerdekaan Pak Sako (Ishak Haji Muhammad ) mencatitkan dalam ruangan mingguannya "Itu Ini dan lain-lain" dalam Utusan Melayu "entah kenapa aku merasakan hari-hari yang sungguh sepi."
Demikianlah perasaan manusia terhadap kehilangan seorang manusia yang telah berjaya membina tugu dalam diri mereka dengan keupayaannya berada dalam tangis dan tawa mereka, kebencian dan kecintaan mereka, keindahan cinta dan kekecewaannya, kebinatangan dan kemanusiaannya.

Tugu P. Ramlee berada dalam jiwa mereka kerana beliau dapat melakonkan dan merasakan apa yang dilakukan dan dirasakan manusia setiap hari dalam kehidupan yang sebenar. Mereka merasakan P. Ramlee adalah mereka.
Lebih 10 tahun selepas kematiannya perbincangan berterusan di dalam media dan juga di kalangan pemimpin politik , budayawan dan sasterawan tentang apakah yang seharusnya dibuat untuk membina kenangan abadi kepada seniman agung P. Ramlee tetapi tidak menghasilkan sebarang tindakan dan pelaksanaan yang konkrit yang benar benar bernilai dan berkesan yang boleh diingati oleh orang ramai setiap masa. Berbagai jawatankuasa juga ditubuhkan untuk tujuan itu.
Saya telah memberitahu Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir tentang keadaan ini ketika beliau menghadiri malam keluarga Utusan sempena 43 tahun Utusan Melayu di Dewan Nirwana Hotel Hilton Kuala Lumpur pada 6 Jun 1983.
Mahathir memberitahu saya bahawa beliau akan mengambil langkah segera yang benar benar berkesan bagi memperingati jasa seniman agung itu.
Sekalipun ini hanya merupakan bualan saya dengannya tetapi saya telah jadikannya sebagai berita utama Utusan Malaysia keluaran 17 Jun 1983 bertajuk "Mahathir Mahu Langkah Berkesan Kenang Seniman Agung P. Ramlee."
Berikutan dengan itu pada 6 Julai 1983, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Dr. Elyas Omar mengumumkan bahawa Jalan Parry yang merupakan sebuah jalan utama di kawasan perdagangan mahal di ibu kota akan ditukarkan namanya ke Jalan P. Ramlee. Katanya dengan itu setiap orang yang melaluinya akan mengenangnya dan menjadikan P. Ramlee dikenang sepanjang masa. 
Pada 14 Julai nama P. Ramlee secara rasmi mengambil tempat di jalan yang penting di ibu negara itu.
Utusan Malaysia 17 Julai 1983 melaporkan "Bagi Mahathir yang mengenali P. Ramlee sebagai seorang yang rajin dan dedikasi terhadap kerjanya menganggap Allahyarham benar-benar seorang seniman rakyat kerana walaupun telah 10 tahun meninggal dunia tetapi masih terus di minati oleh semua generasi tua dan muda."

Kata orang, SENIMAN AGUNG ITU TIDAK PERNAH MATI..

 

Read More »

AidilAdha ku bersaMa dengan JOZAN & Dato Fadzillah Kamsah

Assalammualaikum..
agak2 ada x yg terlepas tgk rancangan kt atas ni masa Hari Raya Aidiladha yg kedua tuh, program Dato Fadzilah Kamsah SelaMi Jiwa Musim ke-2 yg mana tetamu jemputannya utk episod tuh adalah JOZAN..rasanya kalau Jozannerz mmg semua dh alert pasal program ni hehe n aku pun dh lama update rancangan ni kt blog JOZANFC Official..tpi saja nk kongsikan kt sini juga haha..kot2 ada yg x tgk lg..haha x sangka Dato jemput JOZAN..diorang bincangkan topik Bahana Laman Sosial..mmg best tengok..permulaan rancangan ni pun dh kelakar bila JOZAN berlakon yg kononnya diorang tgh mengutuk each other kat laman sosial..antara perbualan diorang masa tuh..
Zizan: Johan dah tak Kelakar hahaha
JoHan:Hidung Zizan dh semakin Kemek
Zizan:Rambut JoHan mcm Penyapu
JoHan:JoHan baru beli EVO nak lawan Zizan
JOZAN:hahahaha
 
Bila JOZAN dalam satu program mmg riuh la, jenuh gak la Dato Fadzilah Kamsah nak handle JOZAN yg hyper aktif ni..hehe antara yg menarik bila Johan suka sambung apa yg Dato cakap hehehe..tuh yg jadi kelakar tuh..pastu ada sekali tuh Johan siap bagi hujah dan dalil tuh membuatkan semua terkejut dan kagum hehehe sampai Zizan cakap "Kenapa selama ni kau x pernah nasihatkan aku pun"penonton kt studio dh ketawa masa ni..n then JoHan ckp "Aku nasihat kau dalam Bahasa Inggeris" hehehe pendek kata pada sape yg x tgk lagi harus tgk..Johan mmg hyper sikit hehehe dlm ni..Zizan plak agak diam dan mendengar dgn tekun apa yg disampaikan dan sekali sekala ketawa dgn gelagat JoHan..best gak dgr pepatah cina yg Zizan sebut tuh haha..nak tahu kena tgk la rancangan ni..
part last sekali pun best time Dato Bagi cenderahati kt tetamu tuh hahaha slumber je JoHan..hahaha Zizan dh gelak2 time ni..pada yg dh tgk mesti tahu kan...apa pun apa yg diorang bincangkan mmg menarik..banyak gak ilmu yg dpt..so selamat menonton.


Kata2 Bijak Pndai~ Jangan hanya melihat keburukan orang kerana seburuk-buruknya dia ada seribu satu kebaikan yang tidak pernah kamu lihat."

Read More »

Farid Kamil & Diana Danielle SaH SuaMi Isteri

Assalammualaikum..
Semalam 3 November berlangsungnya Majlis Akad Nikah Farid KaMil dan Diana Danielle..Majlis berlangsung dengan meriahnya..dan pasangan sejoli itu kelihatan sangat Sepadan, Farid Kamil x silap aku umurnya dah 31 tahun manakala Diana pula berumur 21 tahun..muda kan Diana, dah kahwin dah tapi baguslah kan. Menurut artikel yang aku baca Farid Kamil ada cakap Diana ni walaupun masih muda tapi sangat matang gitu..so mmg sesuai la diorang ni kan..Semalam aku sempat tengok rancangan Walimatul Urus Farid & Diana kat Astro Ria..hehe rupanya panggilan manja Farid Kamil dan Diana ni adalah Abang Kassim dan ComBi  alolololo sweetnyer..Peminat filem P.Ramlee rupanya hehehe..semoga perkahwinan mereka kekal bahagia selamanya kan..jom tengok gambar2 akad Nikah Farid Kamil dan Diana Danielle kt bawah ni.. =)



Farid nampak hensem dan Diana nampak sangat Ayu gitu..gmbr2 ni kredit utk Roti Kaya, Oh Bulan dan owner2 lain bagi gmbr2 kt atas ni..
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017