-->

21 Okt 2013

Senarai Lagu-lagu di Konsert Minggu Ke-6 AF2013

Assalammualaikum..
Konsert Akademi Fantasia Minggu Ke-5 tiada penyingkiran. Jadi di minggu ke-6 ini siapa pulak yang akan tersingkir?kita tunggu dan lihat nanti k..ada 8 peserta yang tinggal, 6 daripadanya adalah peserta solo. Apapun jom tengok senarai lagu yang diorang akan nyanyikan di Konsert Minggu Ke-6 ini.

Senarai LaGu

1- Kita, nyanyian asal Forteen & akan dinyanyikan oleh Azhael.
2- Teman Tapi Mesra, nyanyian asal Ratu & akan dinyanyikan oleh Irmisa.
3- Madu Tiga, (Versi Ahmad Dhani) & akan dinyanyikan oleh Suhada.
4- Love Fool, nyanyian asal The Cardigans & akan dinyanyikan oleh Nabila.
5- Cinta Ini Membunuhku, nyanyian asal DMasiv & akan dinyanyikan oleh Faizul.
6- Ku Menunggu, nyanyian asal Rossa & akan dinyanyikan oleh Indah.
7-Terima Kasih, nyanyian asal IAmNeeta & akan dinyanyikan oleh Amira.
8- Ikut Rentakku, nyanyian asal Jaclyn Victor & akan dinyanyikan oleh Aishah.

Lagu Ku Menunggu dah penah dinyanyikan oleh Lena masa konsert AF9 yang dulu..
Read More »

19 Okt 2013

Review Super Spontan 2013 Minggu ke-7

Assalammualaikum..
Sekejap jer dah minggu ke-7, Di minggu ketujuh ini menyaksikan Ajak Shiro tersingkir dan membuat team Semut Sentap tinggal 4 peserta begitu juga dengan team Ketam Konfius yang juga tinggal 4 peserta. Rasanya di minggu ke-8 ini saingan pasti lebih sengit untuk menang kerana ahli yang tinggal semuanya hebat-hebat belaka. Penyingkiran Ajak di minggu ketujuh juga agak mengejutkan kerana dia bermain agak baik. Tapi mungkin jugak kerana dalam Team Semut Sentap dia yang paling junior berbanding yang lain, jadi dia yang dipilih untuk disingkirkan, tapi tak tahulaa sebab ni pendapat aku jer. Aku rasa Final Super Spontan mesti ada 6 finalis sama macam musim lalu. Game2 yang diorang main untuk minggu ketujuh ini semuanya best2 dan kelakar.

Game pertama yang diorang main adalah game Duduk, Bongkok & Berdiri. Team Ketam Konfius start dulu dan diorang bermain agak best juga, sebab kelakar bila tengok masing2 nak buat aksi yang sama. Manakala team Semut Sentap pun best cuma diorang banyak cakap ala2 jepun sebab situasi diorang kena bersumo. Seterusnya diorang main game Sketsa Berabjad Terbalik. Game ni agak susah juga sebab diorang kena ingat turutan abjad secara terbalik dan buat sketsa. Game ni makan masa jugak nak main sebab para peserta lambat bab2 nak pikir apa turutan abjad terbalik yang seterusnya.

Kemudian diorang main game Emosi Tidak Stabil, Team Ketam Kofius iaitu Nabil, Yus dan Along start dulu, diorang diberi 2 benda dan setiap benda tersebut ada emosinya iaitu Teruja dan Terkesima. Rasanya diorang agak konfius nak buat emosi Terkesima tu macam mana hehehe.  Paling seronok bila salah sorang dari mereka tu pegang 2 benda tu sekaligus terus blank sekejap sebab kena buat 2 emosi sekaligus hehe.  Seterusnya giliran team Semut Sentap pula iaitu Rahim, Jepp dan Ajak. Emosi yang diorang kena buat apabila memegang 2 benda tersebut adalah Konfius dan Sentap. Rasanya ketiga-tiga mereka bermain dengan baik untuk game ni, kelakar tengok diorang buat aksi konfius dan sentap tu. Semut Sentap menyerlah dalam game ini. 

Game seterusnya yang diorang main adalah Game Muzik Video Karaoke. Team Semut Sentap yang diwakili oleh Johan dan Tauke start dulu manakala Nabil, Yus dari Team Ketam Konfius akan jadi Pengarah muzik video tu, diorang pun start kasi step kat Johan dan Tauke dan lepas tu terus keluar lagu Hindustan yang best giler hehe iaitu lagu Phil Bhil Dil Hai Hindustani petikan dari filem yang sama. Apalagi Johan dan Tauke start menari mengikut step yang diberi beserta rentak lagu tersebut.  Siap ada adegan Johan peluk Tauke lagi hehe. Masa adegan ni terbayang Zizan kat tempat Tauke mesti comel giler, tapi Tauke mmg terror main game ni, sentiasa cemerlang gitu hehe.
Kemudian tibalah giliran team Ketam Konfius yang akan diwakili oleh Suhaimi dan Along.  Manakala pengarahnya adalah Jepp dan Ajak. Jepp dan Ajak bagi step yang agak sukar untuk Suhaimi dan Along, masa Jepp tengah bagi step tu memang kelakar. Dia sempat bagi stepp yang melibatkan Haniff dan Ray gak haha. Namun Suhaimi n Along Berjaya buat step yang diberikan dengan baik dengan diiringi lagu English. Bersungguh-sungguh diorang menari. Bila habis jer lagu, Suhaimi dan Along jadi letih sgt dan terduduk kat situ. Terus kawan2 diorang bantu mereka untuk bangun.
Last sekali diorang main game Demonstrasi. Team K.Konfius start dulu,  yang mana Suhaimi jadi muka, Yus jadi tangan dan Nabil jadi hos. Diorang bertiga bermain dengan baik juga. Cuma tangan Yus tu x berapa sampai nak amik benda2 tu sume. Kalau tak mesti lagi best. Manakala Team Semut Sentap pula, Jepp yang akan jadi Muka dan Tauke akan jadi Tangan manakala Rahim akan jadi hos. Untuk game ni Jepp x sempat nak kena krim sebab masa dah cukup kalau tak mesti lagi epiknyer Cuma yang kelakarnya Jepp sempat bagitau kat semua orang apa yang Tauke buat kat dia, terus semua penonton ketawa tengok telatah diorang nih.
Kedua-dua team bermain dengan baik, Cuma kemenangan lebih berpihak pada team Ketam Konfius untuk Minggu Ke-7 ini.

Ganbar2 diatas credit to Facebook Super Spontan..
P/s-Sorry tulisan kat atas terkecik sikit disebabkan masalah teknikal..





Read More »

18 Okt 2013

Patrick & Spongebob

Read More »

17 Okt 2013

JOZAN Melepas Rindu Di Instagram


Assalammualaikum..
Sejak dua tiga hari ni memang kecoh pasal mesej JOZAN yang sweet di Instagram ni. Seperti yang semua sedia maklum Johan, Zizan memang sangat sibuk dengan kerja masing2 jadi memang jarang berjumpa tambahan lagi mereka juga tidak terlibat dalam apa2 program di tv secara bersama-sama. Namun begitu diorang ni ibarat jauh dimata dekat dihati gitu, sweet sentiasa. Peminat memang sangat merindui JOZAN dan rasanya JOZAN pun pasti tahu betapa ramainya yang rindu nak tengok diorang together-gather kan. Selain peminat, diorang sendiri juga saling merindui antara satu sama lain, Buktinya Johan/Ozlyn ada memberi komen di Instagram Zizan dengan menyeru nama Zizan. Sebelum diikuti dengan pengakuan Johan merindui Zizan dalam beberapa kali so sweet. 

Zizan juga reply kembali komen Johan tu, cuma die reply agak lambat sikit, mungkin sebab die agak busy masa tu. Masing2 saling mengatakan diorang saling merindui antara satu sama lain. Sweet giler diorang ni siap rindu-rinduan gitu. Teringin nak tengok Zizan buat suprise di Super Spontan, tetiba die muncul di Super Spontan mesti ada jejak kasih JOZAN kat situ kan. Jom bayangkan ramai2 hehehe..Aku perasan juga masa Zizan jadi Hos kat AF, tak kisahlah masa konsert ker, masa TGI AF ker, Zizan mesti ada mention nama JoHaN or JOZAN kat situ. Hope diorang akan bergandingan lagi dalam apa2 program selepas ini..

Jom Tengok Apa yang diorang borakkan dibawah ini..
Klik 2x untuk besarkan gambar dan untuk lihat lebih jelas..
Read More »

16 Okt 2013

SaLaM Aidiladha

Read More »

15 Okt 2013

CPUV Nuffnang- Digi Easy Prepaid

Assalammualaikum..
Beberapa hari lepas ada bukak Nuffnang, sekali check ada CPUV lak masuk hehehe Digi Easy Prepaid gitu, Alhamdulilah melekat gak CPUV kat blog ni.  Terima kasih Nuffnang n DiGi. Tak lupa pada mereka2 yang sudi klik iklan kat blog ini, thanks yer..kalau sudi klik2 laa lagi yer hehe.

Read More »

14 Okt 2013

Senarai Lagu-lagu di Konsert Minggu Ke-5 AF2013

Assalammualaikum
Diam tak diam dah 4 peserta tersingkir dari Akademi Fantasia 2013, bermula dengan Sani, Darren, Iman dan Nona. Kini tinggal 8 peserta lagi yang akan bersaing. Penyingkiran Nona minggu lalu tidak disangka. Siapakah yang akan tersingkir di hujung Konsert AF2013 Minggu Ke-5 ini? sama2 lah kita nantikan. Kumpulan Duo Azhael nyata unggul berada di tempat teratas carta undian, persembahan mereka di setiap konsert juga selalu dipuji, adakah mereka calon finalis AF2013 nanti?Aku rasa harapan diorang untuk terus mara sangat cerah sebab undian diorang selalu tinggi dan sentiasa maintain di tempat teratas. Apapun kita tunggu dan lihat k. 

Tema pada minggu ini adalah lagu-lagu daripada Filem, Jom tengok lagu2 apa yang diorang dapat pada minggu ke-5 ini.

1)Pencinta Wanita, nyanyian asal Irwansyah, akan dinyanyikan oleh Azhael.
2)Ajari Aku, nyanyian asal Anuar Zain, akan dinyanyikan oleh Faizul.
3)Aku Mahu Dia, nyanyian asal Hazama, akan dinyanyikan oleh Suhada.
4)Pergi, nyanyian asal Aizat, akan dinyanyikan oleh Indah.
5)Wajah Rahsia Hati, nyanyian asal Fauziah Ahmah Daud, akan dinyanyikan oleh Nabila.
6)Skyfall, nyanyian asal Adele, akan dinyanyikan oleh Amira.
7)Ada Apa Dengan Cinta, nyanyian asal Melly Goeslow, akan dinyanyikan oleh Aishah.
8)My Heart, nyanyian asal Irwansyah & Acha Septriasa, akan dinyanyikan oleh Irmisa.

Kalau tak silap diorang ada lagu bonus yg kena nyanyi ramai2 tu, rasanya diorang akan nyanyi lagu dangdut nanti hehe. Lagu Pencinta Wanita dah pernah dinyanyikan oleh Dafi masa AF5 dulu. Begitu juga dengan lagu Wajah Rahsia Hati yang dah pernah dinyanyikan secara beramai-ramai oleh peserta lelaki AF5 yang lalu.
Read More »

13 Okt 2013

Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Akhirnya Mengaku Sudah Bernikah

Assalammualaikum..
Gosip tentang Aeril dan Wawa memang sedang hangat diperkatakan. Jumaat yang lalu, satu sidang akhbar telah diadakan oleh Aeril dan Wawa, turut hadir bersama mereka adalah ayah mereka masing2. Akhirnya kedua-dua mereka telah mengaku bernikah dan mempunyai seorang anak lelaki.. Baca artikel dibawah.

 Garang kot David Teoh tu sampai Wawa takut kena marah dan sorok perkahwinan die, sebab kalau salah haribulan boleh kena saman. Emm baguslah diorang dah mengaku bernikah. Semoga berbahagia.
Sumber..
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017