-->

27 Jul 2012

BiG~FiNaL Episode (K-Drama)


Assalammualaikum..
Korang ingat x dulu aku pernah buat review drama Korea BiG ni leh rujuk sini bagi sesape yg belum baca KLIK SINI.. masa aku tulis entry tuh aku baru menonton cite tuh sampai episod 10 saja..okey tadi baru je habis menonton episod ke 16 yang merupakan episod final untuk drama ni..Ada sesape x yg dh tgk cerita ni??kalau ada yg tgk cer bagitau aku pendapat korang mengenai ending cerita ni hehehe...
Drama ni antara drama terbaru di Korea yg baru je habis ditayangkan di Korea beberapa hari yg lepas..bagi aku pelakon dlm cerita ni mmg terbaik,aku suke terutama heronyer Gong Yoo hensemnyer hihihi die ni lah yg berlakon cite Coffe Prince tuh..seriously keseluruhan jalan cerita bagi aku memang best..paling ditunggu pastinya ending cerita ni..sebab penonton x dapat nak mengagak langsung ending cerita ni disebabkan ianya melibatkan pertukaran badan/roh antara 2 orang iaitu Seo Yeon Jae ngan Kang Kyun Jung,lebih ironik mereka adalah adik beradik yg 1 bapa berlainan ibu dan terpisah sejak kecil..Seo Yeon Jae berada dibadan adiknya iaitu K.K.Jung dan terlantar Koma dan adiknya iaitu K.K.J mengambil alih tempat abangnya dan hidup seperti biasa..konflik terjadi bila Gil Da Ran terlibat dgn kedua-duanya yg mana Gil Da Ran adalah tunang kpd S.Y.Jae dan juga Guru kepada K.K.J..untuk sinopsis yg lebih lanjut korang klik je link yg aku bagi kt atas tuh pening aku nak cerita balik kahkahkah...
Aku nak cerita pasal final episod cerita ni..bila dh final mestilah nak tau apa kesudahannya adakah Kang Kyun Jun dan Seo Yeon Jae akan kembali ke badan asal dan semuanya kembali normal sedangkan Kang Kyun Jun dan Gil Da Ran sudah saling mencintai?Jika kembali ke keadaan asal bagaimanakah kesudahan percintaan K.K.J ngan Gil Da Ran sebab K.K.J lebih muda dri G.D.Ran dan merupakan anak muridnya sendiri..?bagaimana pula Gil Da Ran nak berdepan dgn Seo Yeon Jae iaitu Tunangnya sebab Gil Da Ran dh terjatuh cinta kat adik Seo Yeon Jae iaitu K.K.J hahaha..banyak konflik kan??tapi x semuanya terjawab dalam ending cerita ni..banyak yg tergantung dan mengelirukan..
Mereka yakni Seo Yeon Jae dan Kang Kyun Jun akhirnya kembali ke badan asal tapi cara diorang kembali x ditunjukkan langsung..ianya hanya ditulis 1 tahun kemudian...hahaha..adoii x ditunjukkan juga bagaimana Seo Yeon Jae dan K.K.J bersemuka dan bercakap sama2 sebab selama ni sorang koma sorang hidup..kemudian dikatakan Seon Yeon Jae dan K.K.J x ingat apa2 peristiwa yg berlaku selepas insiden kemalangan tuh..bermakna K.K.J x ingat langsung yg dirinya pernah bertukar badan dan pernah bercinta dengan gurunya iaitu Gil Da Ran..sedihkan..tapi dirinya masih kenal laa dgn Gil Da Ran..Part akhir sekali bila Gil Da Ran terserempak dgn K.K.J semula..K.K.J yg menegur Gil Da Ran terlebih dahulu..yg x puas hatinya kan patutnya bila dh kembali ke badan asal diorang patut tunjuk Kang Kyung Jung yg originalnyer la kan yg muda remaja tuh baru la kena dgn jalan cerita..tapi sebaliknya yg berlaku bila yg muncul tuh masih K.K.J versi yg bertukar tuh iaitu muka Seo Yeon Jae..aii aku tengok pun konpius sekejap..patutnya diorang dh bertukar ke asal kenapa masih yg tu lagi...
Inilah Kang Kyung Jung yg asal qiut je kan ;)

Ingat kan aku sorang je yg konpius rupanya ramai lagi yg konpius macam aku..haha aku baca2 komen2 diorang kat laman web ni semua x puas hati dengan ending cerita nih sebab Kang Kyung Jung yg asal x muncul walaupun dia bukan hero dalam cerita nih tapi kalau ikut jalan cerita patutnya die la yg muncul untuk ending cite ni..mcm gmbr kat atas ni hehehe..ending yg begini rupa menyebabkan ramai yg konpius,pening dan tertanya-tanya what happen hahaha..kenapa bukan K.K.J yg asal yg muncul??jadi ramaila yg terpaksa buat andaian sendiri ada yg cakap maybe sebab K.K.J dan Seo Yeon Jae ni awalnya sepatutnya kembar jadi endingnya begitu..pada pendapat aku maybe gak si Gil Da Ran ni yg berhalusiasi haha yg datang padanya mmg K.K.J yg asal iaitu seperti gambar kat atas ni tapi dimata Gil Da Ran dia nampak K.K.J versi hero cerita ni yg dtg padanya maklumlah selama ni kan Gil Da Ran mmg nmpk yg tuh pun kan..ataupun mmg dh adat Hero mestilah yg menang walau apa pun keadaan muka hero haruslah ada untuk ending hehehe..
                                                
die ni la yg muncul di ending cerita ni hehehe..K.K.J versi hensem dan matang
Walaupun ending die gitu..tapi jalan cerita die mmg best..aku suke..hehehe aku suke ngan semua pelakon2 dlm cerita ni semuanya best2...okey lagu yg paling aku suke dalam drama ni bertajuk Hey you..meh tgk videonyer yer..best lagunyer sweet..sape ntah buat video ni..terbaik..jangan lupe tengok video lagu ni..tau..mana tau pas tengok video lagu ni terminat plak nk tgk drama ni..

22 ulasan:

  1. xpenah lg tgk citer ni sis...sama cantik sama ensem...

    BalasPadam
  2. woahhhhhhhhhhhhhhhhhhh~~
    mcm best je~~
    nak tengok! nak tengok!

    BalasPadam
  3. dulu ada la tgok drama korea ni..sekarang tak pernah sudah..kalau tgok mesti alesya suh alih...cha nak tgok atoon r mama...hahaaaa...cian kan..huuu

    BalasPadam
  4. Tak minat ler cerita korea dan cinta2...heheheh

    BalasPadam
  5. tak tengok. tp kkj tu comel la. huhu..

    BalasPadam
  6. Akak pun tak pernah tengok..hihihi...

    BalasPadam
  7. Tak pernah lg tgk crita ni...cam best plak... Tapi akhir ni bz ja.. Tak sempat nak tgk tv...

    BalasPadam
  8. semua org confius tengok ending BIG nie.....but don't worry I'am a ghost is coming. mesti lagi menarik

    BalasPadam
  9. menarikk..! tapi nur xlayan citer ni lagi..kalau melayan habislaa... melekat...!

    BalasPadam
  10. dya tak pernah tgk cite ni lgi..hihih

    BalasPadam
  11. xtgk cite ni..huhuu..pelakon yg lelaki nyue suka...

    BalasPadam
  12. tak payah tgk la.. cukup faham dah dgn crita kak banu nih... hehe

    BalasPadam
  13. lama tak layan citer korea.heheh

    BalasPadam
  14. Tak pernah tengok. Lama dah tak layan citer korea. hee :D

    BalasPadam
  15. @ary_lee
    -mmg best..tengok jgn x tgk tau..
    @ lelamaisara
    -siannyer hehe hari2 la kena tgk kartun yer xpe demi anak turutkan jer ye tak..
    @Chic Na
    -KKJ tuh mmg comel bangat hahaha
    @Si Matatajam
    -mmg best pun nti free tgklah yer
    @Cinta Misteri
    -mmg konpius tapi sweet hehehe
    @Cik Nur
    -betul tuh cik nur lau dh layan konform melekatnyer
    @Nyue
    -sama la saya pun suke ngan pelakon lelaki cite nih hehe
    @Mimie
    -x samA dik..membaca dengan menonton berbeza feelingnyer hahaha menonton lagi best dri membaca..

    BalasPadam
  16. mcm best je ni.tak pnah tngok lagi.comel nye manusia.hoho

    BalasPadam
  17. sy tgk sis citer ni, tapi start dri eps 13-16 jer..grm betullah! nmpk sgt kat astro,tapi xada rasa nk tgk..mlm tu,tba2 tertkn channel tu!ayyyo,pnyalah mnyesal gila sbb xtgk sjk dri awl..huhu

    BalasPadam
  18. err...ending x best...da tgk da. anyway okla cite die

    BalasPadam
  19. setuju sangat2.....ending cita nie memang conpius..but cita nie memang best!!

    BalasPadam
  20. Comelnya Shin a.k.a. Kang Kyung Jung. Wah x sngka dia ade blakon ingtkn member dia (takuya terada) jer yg pndai blakon. Walaupon Shin x pgang watak hero dlm cite nie x pe. Nk tngoklah cite nie. Slalu nmpk Shin kat music video die jer...Hehehehe...
    [#]Shin Won Ho (Cross Gene)

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017