-->

7 Ogo 2012

KePuLaNgaN Lee Chong Wei Ke MaLaysia DisaMbut MeriaH di KLIA

Walaupun Gagal menyumbangkan emas pertama untuk Malaysia di Olimpik,Dato Lee Chong Wei tetap dihargai dan dibanggakan oleh rakyat Malaysia kerana menyumbangkan pingat pertama negara untuk Olimpik London 2012.Sokongan terhadap Lee Chong Wei tetap utuh walaupun beliau tewas kepada Lin Dan. Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran hampir 1,000 orang membanjiri KLIA menantikan kepulangan Dato Lee Chong Wei ke Malaysia pada pagi tadi..Dato Lee Chong Wei disambut dengan meriah oleh orang ramai di KLIA..Dato L.C.Wei melahirkan rasa terkejut dan gembira melihat sokongan padu rakyat Malaysia terhadapnya.

Dato L.C.Wei berkata:-
“Saya betul-betul terharu di atas kehadiran peminat hari ini. Malah, kehadiran mereka membuatkan kekecewaaan saya terubat setelah gagal menyumbang emas kepada negara.
“Kesudian mereka juga membuktikan rakyat Malaysia mampu menerima kekalahan saya walaupun ada segelintir peminat yang kecewa,” jelasnya yang berterima kasih kepada rakyat Malaysia apabila tidak jemu memberikan sokongan padu kepadanya selama ini.
Selain itu,Datuk Lee Chong Wei menjelaskan bahawa beliau akan mempertimbangkan untuk beraksi di Sukan Olimpik 2016 sekiranya kesihatan beliau berada dalam keadaan baik.
“Untuk beraksi di Sukan Olimpik 2016 amat mustahil bagi saya.
“Tapi sekiranya fitness saya berada dalam keadaan baik dan stabil, saya akan cuba beraksi.
“Apa-apa pun, ia bergantung kepada tahap kecergasan kerana temasya Olimpik empat tahun lagi, umur saya sudah menjangkau 34 tahun,” kata Chong Wei ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, hari ini.
Chong Wei berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat rakyat Malaysia yang masih memerlukan khidmat beliau untuk beraksi pada temasya Olimpik 2016.
JuruLatih dan Pemain Badminton negara

Menurut Chong Wei, selepas ini beliau akan memberi tumpuan untuk kejohanan sirkit dunia yang lain.

Pada pendapat aku..Lee Chong Wei x perlu nak bersara awal..selagi terdaya teruskan jer betul tak..lagipun Malaysia masih memerlukan khidmat Chong Wei..Selain Chong Wei aku x nampak mana2 pemain pelapis yang sehebat L.C.Wei..rasanya bila tengok wajah L.C.Wei masa kat KLIA tuh nampak die dah happy sikit bile tengok sokongan rakyat Malaysia padanya..dia asyik senyum jer bila semua orang tangkap gambar die..hehe jarang aku tengok L.C.Wei senyum lebar mcm kat gambar bwh ni hehehehe..

Sementara itu Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh mengakui adalah sukar untuk mencari pengganti Chong Wei pada masa ini untuk mewakili Malaysia ke sukan Olimpik 2016.
Menurut beliau, BAM boleh melahirkan pemain badminton bertaraf dunia melalui rejim latihan tertentu tetapi untuk menjadi jaguh yang mampu memenangi kejohanan dunia ia memerlukan bakat dan potensi atlet itu sendiri.
Masalah itu, jelas beliau, bukan sahaja dihadapi oleh Malaysia bahkan negara China dan Indonesia yang juga kuasa badminton dunia masih belum dapat mencari pengganti Lin Dan dan Taufik Hidayat.
Sehubungan itu, ujar Nadzmi, beliau mahu persatuan peringkat negeri supaya lebih agresif mencari dan mengenal pasti bakat-bakat baru dalam sukan badminton untuk diketengah.

~IMBAS KEMBALI~
ESPN commentator had this to say of him: "Lee Chong Wei is such a great guy, but Lin Dan is a bit arrogant. Skills win you medals, but attitude wins hearts.


P/s-disebabkan aku merupakan antara peminat Badminton..maka entry minggu ni asyik cerita pasal Badminton jela jawabnya hehehe..

13 ulasan:

  1. DLCW adlh EMAS di hati rkyt Msia.. :)

    BalasPadam
  2. Baru ja M nak wat entry ni tadi.. Nasib baik tak jadi lagi Kalau tak...ha ha.. Apa2 pun best sangat tengok senyuman lebaq DLCW tu...hilang sebak M ni...

    BalasPadam
  3. tu la..lin dan mmg nmpk berlagak sket..huhuhu

    BalasPadam
  4. syabas DLCW..
    ttp berbangga sbb tu ramai org sambut:)

    BalasPadam
  5. Lin Dan memg xcool lgsung...wat memek muka yg menambahkan xhensem...hmm,chong wei emas dhati kita :)

    BalasPadam
  6. Dato LCW ttp juara d hati kita.

    BalasPadam
  7. meriahkan..! seronok betul sape yg ade dekat KLIA tu..!
    kalau dekat nur pun nak g smbut juga..!

    tgk dalam tv pun dah teruja dengan kemeriahannya..!

    BalasPadam
  8. yup agree dgn ESPN commentator tuh. chong wei mmg ramah tamah la. n lindan lak tgk dr cara dia tak hiraukan chong wei nk tukar shuttle pn dh tahu dia tu cmne.dia ty nk tukar tak, tp bila chong wei mintak dia xnk tukar lak. time dia jer slalu tukar shuttle.xper chong wei mmg dh menang di hati bkn rakyat Malaysia jer, rasanya seluruh dunia dh nmpak attitude dia kan...

    BalasPadam
  9. sgt2 berbangga wlupun beliau kalah..semangat 1 malaysia gitu... :)

    BalasPadam
  10. oooo, espn ada komen macam tu ye? bangga saya jadi rakyat malaysia..hehe~

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017