-->

10 Okt 2012

I DO I DO - Korean Drama Review

I DO I DO - Korean Drama Review

Assalammualaikum
hari ni baru nak buat review drama Korea yg bertajuk I Do I Do drama ni kire drama yg kuar tahun 2012 nih laa..mula2 aku ingat cerita nih x best kot..try tengok sekali best gak...lawak gitu hahaha
ada 16 episod..kalau tengok kebanyakan drama banyak bertumpu pada perniagaan butik pakaian semua kan,bidang modelling semua kan tapi drama ni lain sikit sebab bertumpu pada perniagaan kasut tumit tinggi, design kasut dsbnya..kat sini dah nampak uniknya drama nih kan..aku suka dengan karakter watak utama heroin cerita nih..aku sebenarnya x berapa minat sgt dengan heroin cerita ni haha tapi bila tengok die pegang watak tuh nampah sangat sesuai dgn die..Wanita yg berjaya dalam bidang kerjanya,bercita-cita tinggi,cantik,garang dan amat tegas sekali, semua pekerja sangat takut dengan die ni..kalau salah sikit mmg kena tengking la jawabnya.Baginya apa yang penting dalam hidupnya adalah kasut..kasut..kasut xde benda lain dah..Baginya die lebih memilih kerjayanya dari mempunyai keluarga sendiri sebab tuh die tak kahwin lagi walaupun dah berusia 30 tahun keatas.
Ada je doktor yang suka giler dgn die..tapi die anggap cuma kawan jer..sehinggalah hadirnya hero cerita ni yang lebih muda darinya..hensem, sweet dan gentleman haha..banyak perkara lucu yang terjadi dalam kisah mereka berdua..diorang berjumpa tanpa sengaja dan akhirnya perempuan tuh mengandungkan anak lelaki tuh..perempuan tuh mmg tertekan dgn berita die hamil lebih parah lagi lelaki tuh pulak bekerja di syarikat yang sama dengannya pastu jadi orang bawahannya pula..haha mmg parah la jawabnya..Perempuan tuh merahsiakan pada semua orang termasuk lelaki tersebut yang dirinya mengandung..Sampai la akhirnya lelaki tuh yg tahu sendiri perempuan tuh mengandung.
Mmg kelakar laa..tapi disebabkan hero cerita ni agak sweet dan sangat gentleman walaupun die masih muda membuatkan perempuan tuh akhirnya makin suka dengan die..so dalam cerita nih banyak halangan yg terpaksa die tempuhi untuk berjaya,persaingan yg sengit dalam syarikat tuh,ditambah dengan die mengandung anak luar nikah plak tuh membuatkan dirinya diumpat masy sekeliling..bagi aku jalan cerita drama ni direct to the point..korang akan rasa hero drama ni sangat sweet hahaha
Antara pengajaran yang boleh diambil dlm drama nih rasanya semua pun tahu bila perempuan tuh mengandung anak luar nikah..mcm2 benda yg die kena lalui..so pengajaran boleh diambik dari situ,selain tuh drama ni juga menekankan sikap tidak mudah putus asa dalam sesuatu perkara..contohnya dalam drama ni ada tunjuk design kasut yg direkanya telah disabotaj dan dicuri oleh pihak pesaing membuatkan dirinya terkejut dan kecewa namun dia x mudah putus asa dia tetap buat dan mendesign semula kasut tuh walaupun tahu masa dah tak cukup..namun dengan bantuan kwn2 akhirnya die berjaya, dan banyak lagi laa pengajarannya..disamping jalan cerita yg kelakar..antara part yg aku suka bila hero cerita ni nak bagitau kat bapanya akan kesalahan yg die buat haha bapanya konform akan mengamuk baling segala periuk belanga kat lelaki tuh haha..memang kena pukul kaw2 nyer laa hahaha..so pada sape nk tengok cerita yg lawak2 boleh laa tengok cerita nih hehe..

Sinopsis Drama I Do I Do
Hwang Ji-ahn is in her late thirties and works as a director of a shoe company. She likes being single and has no plans to get married. Meanwhile, Tae-kang only has a high school diploma but wants a career as a shoe designer. After a one-night stand, Tae-kang gets Ji-ahn pregnant and their lives become entangled. Fighting against rigid social mores, the two of them try to navigate a messy and challenging world. But these two people persevere despite the obstacles before them, searching for true happiness despite living in a society where morally acceptable behavior is in constant flux.
Sekarang den tgh layan drama The Innocent MaN & Arang And The Magistrate drama lain x sempat layan lagi hehehe..drama apa yg best lagi ek?hehehe

8 ulasan:

  1. Aiseyman I x minat la citer korea :))

    BalasPadam
  2. miss banu download citer korea ni kat website ape eh? pernah bgtau ke dulu? tak ingatkah..huhu~

    BalasPadam
  3. Citer ni pown mcm menaruik jer kannnnn.... CiM tak berapa minat Korean drama, tapi tengok skit2 pown boleh jugak

    Skang sdg ikuti Arang secara on-off. hehehe

    BalasPadam
  4. menarik..tapi bila masanya nak menonton kan.. :)

    BalasPadam
  5. ingatkan lagu colbie caillat. hehe..

    BalasPadam
  6. Macam best jalan cerita nye...jarang benar layan drama korea ni...hehehe

    BalasPadam
  7. samala..sekarang tengah layan Arang and the magistrate, xsabar :)

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017