-->

3 Jan 2017

The K2 - Korean Drama Review

Review Drama Korea - The K2

Assalammualaikum..
Macam biasa hari ni nak buat Review satu lagi Drama Korea yang bertajuk The K2 yang disiarkan pada 23 September yang lalu dan tamat pada 12 November 2016. Drama ini dilakonkan oleh Ji Chang Wook, Yoona (Girl's Generation), Song Yoon Ah, Cho Seong Ha, Lee Jung Jin, Kim Kap Soo, Lee Yea Eun dan ramai lagi. Drama 16 episod ini dikatakan berbajet besar, jadi patutlah adegan bergaduh pun nampak macam real gitu, kualiti gambar pun bukan main cantik lagi disamping dibarisi pelakon - pelakon hebat. The K2 adalah drama terbaru Ji Chang Wook selepas sukses dengan drama Healer sebelum ini. Pengarah drama The K2 ini pernah mengarah drama2 popular yang lain seperti The Slave Hunters, The Fugitive: Plan B, Neighborhood's Hero dan lain lain manakala penulis skrip drama ini pula pernah menulis skrip untuk Drama popular Yong Pal. Drama ini dikatakan berbajet besar gitu tapi kadang2 aku konfius sape sebenarnya heroin drama ni? sama ada Yoona atau pun Song Yoon Ah sebab karakter watak sebagai Choi Yoo Jin yang dilakonkan oleh Song Yoon Ah lebih menyerlah dan mempunyai impak yang kuat berbanding watak Go Anna yang dilakonkan Yoona tu. Tak silap aku, awalnya Yoona menolak tawaran untuk berlakon drama ni tapi lepas tu die terima. Ji Chang Wook nampaknya memang selesa berlakon dalam drama aksi seperti ini.
Drama The K2 ni disiarkan untuk menggantikan Drama The Good Wife dan akan digantikan dengan Drama yang tengah hot sekarang ini iaitu Goblin. Di episod pertama drama The K2 ni memang agak geram juga dengan watak Choi Yoo Jin sebab ingatkan die ni kejam giler, tapi die takdela sejahat yang disangka. Bila tengok episod2 seterusnya, rasa kesian pula dengan Choi Yoo Jin ni sebab die dikelilingi dengan musuh dan membuatkan dirinya terpaksa jadi kuat dan tak boleh menampakkan dirinyer lemah. Pastu dengan suaminya Jang Se Joon yang tidak sayang kat die, anak tirinya Go Anna yang sangat bencikan die. Walaubagaimanapun nampak Choi Yoo Jin sangat mengambil berat pada Kim Je Ha yang pernah menyelamatkan die dulu. Ramai penonton jadi salah sangka dengan sikap Choi Yoo Jin pada Kim Je Ha sebab penonton ingatkan Choi Yoo Jin ni mungkin ada hati pada Kim Je Ha tu tapi diorang takde hubungan apa2 pun. Lagi pun Kim Je Ha dah sukakan Go Anna ketika ini, walaubagaimanapun ada juga penonton yang sukakan kalau Kim Je Ha dan Choi Yoo Jin tu couple hahahaha. Apapun lakonan Song Yoon Ah tu sebagai Choi Yoo Jin tu memang terbaik giler, sesuai dan berkesan lakonan die tu.
Bagi aku memang stress juga tengok watak Go Anna ni, die ni nampak lemah pastu naif n senang pula ditipu oleh pakcik die yang jahat tu iaitu Choi Sung Won, semua orang kena protect die jer hahaha. Kan bagus kalau Go Anna ni jadi lebih bijak sikit macam Choi Yoo Jin  tu dan tak ikut emosi semata -mata. Apapun memang geram betul dekat pakcik Go Anna tu iaitu Choi Sung Won tu terutamanya masa ending drama ni. Walaupun happy ending tapi happy ending tu untuk watak Kim Je Ha dan Go Anna jer dan sad ending untuk watak Choi Yoo Jin dan Jang Se Joon sebab dua2 akan mati, tapi sekurang - kurangnya Choi Yoo Jin dapat gak la rasa yang Jang Se Joon tu sayang kat die juga. Agak tak puas hati jugak lah bila watak2 jahat dalam drama ni tak dapat pembalasan yang setimpal dengan perbuatan diorang tu. Lagu Tema / OST The K2 ni boleh tahan gak la tapi aku dah tak berapa ingat mana satu lagu yang best hahaha sebab dah lama tonton drama ni dan baru sekarang nak buat review hehe. Apapun jalan cerita Drama The K2 ni memang penuh suspen dan ada banyak adegan lawan2, maklumlah drama aksi gitu kan.
Sikap Kim Je Ha ni agar kasar juga dengan kawan2 sekerja die, tapi bila dengan orang tua jer nampakla Kim Je Ha ni hormat pada orang tua. Aku suka gak tengok gelagat rakan sekerja Kim Je Ha yang awalnya memang semua tak suka dengan sikap dan personaliti Kim Je Ha ni tapi lama kelamaan diorang saling ambil berat dan bantu - membantu antara satu sama lain. Bukan main happy diorang bila dapat tahu yang Kim Je Ha masih hidup masa kat ending drama ni. Apapun boleh tahan best gak cite ni n aku bagi 8.8 Bintang dari 10 bintang untuk Drama The K2 ni.

5 ulasan:

  1. Terjumpa cerita ni kat dalam 123movie.. Nak tengok, tapi.. Macam serius pula ceritanya. Reen suka tengok korean yang romance dan lawak. Ada cadangan? :D

    BalasPadam
  2. @Reen Johari Drama The k2 ni tgh disiarkan kat 8tv boleh la layann kt sana hehe. Kalau nak tgk drama korea yang lawak or romantik, bolehla baca review2 nyer kat sini k sbb ada byk pilihan yg best --> http://mulan-sahbanu.blogspot.my/p/review-korean-drama.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi, dia punya percakapan tu dubbing bahasa cina ke? Kalau dubbing bahasa cina memang tak best lah :(

      Padam
    2. In sya Allah.. Terima kasih yunk hehehe

      Padam
  3. @Tanpa Nama masa tengok hari tu, xde dubbing apa pun, memang original bahasa korea dan ada malay and chinese subtitle.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017