-->

23 Jan 2017

Senarai Pemenang AJL31

Lagu Lelaki Teragung Nyanyian Dayang Nurfaizah Menang Anugerah Juara Lagu Ke - 31

Assalammualaikum..
Tahniah Buat Dayang Nurfaizah kerana menang AJL31 yang disiarkan secara langsung di TV3 malam tadi. Lagu Lelaki Teragung yang juga menjadi lagu tema / OST Drama 7 Hari Mencintaiku dinobatkan sebagai Juara di AJL31. Ketika menyampaikan lagu Lagu Teragung itu, suara dan vokal Dayang Nurfaizah memang sangat memukau sehingga mendapat standing ovation dari penonton. Tak hairan lah bila Dayang Nurfaizah turut membawa pulang Anugerah Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke 31 dan mengekalkan rekod cemerlangnya sebagai pemenang Vokal Terbaik selama 3 tahun berturut - turut. Pengacara / Hos untuk AJL31 ini terdiri daripada Fizie, Fara Fauzana, Awal Ashaari dan Sarimah Ibrahim. Semua Finalis AJL31 memberikan persembahan yang best dan vokal yang terbaik.
                                          
Lagu Terimaku Seadanya nyanyian Hafiz Suip dan Misha Omar menjadi Naib Juara / Tempat Kedua dalam Anugerah Juara Lagu 31, Lagu ini juga pernah menjadi lagu tema / OST untuk Drama Uda dan Dara yang disiarkan di Astro dulu. Tak sangka juga lagu ni boleh jadi naib juara sebab persaingan sengit kan, tapi dah penyanyinya pun awsome kan, so haruslaa menang hehehe.
Lagu kegemaran ramai iaitu lagu Sudah ku Tahu nyanyian Projektor Band mendapat tempat ketiga dalam AJL31 ini. Percubaan sulung mereka dalam Anugerah Juara Lagu ini ternyata membuahkan hasil, Tahniah buat mereka.
Persembahan Terbaik AJL31 menjadi milik kumpulan Khalifah dengan lagu popular mereka Hang Pi Mana. Persembahan diorang juga menarik sebab ada ciri - ciri tradisional gitu, siap ada macam kumpulan dikir barat gitu, plus dengan 3 ekor ayam atas pentas tu hehe. Personally selain persembahan kumpulan Khalifah ni, aku juga suka dengan persembahan Hazama yang agak kreatif juga. Itulah serba sedikit tentang Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu ke 31. Lagu favourite korang menang ke tak? Tahniah buat semua finalis dan pemenang AJL31. 

3 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017