-->

30 Jan 2017

Sinopsis Filem Bo-Peng

Sinopsis Filem Bo-Peng
Sinopsis Filem Bopeng Lakonan Nabil & Johan As'ari

Assalammulaikum..
Filem Bopeng / Bo-Peng telah ditayangkan di pawagam pada 22 Disember yang lalu dan dilakonkan oleh Nabil Ahmad, Johan As'ari Zulin Aziz, Soffi Jikan, Wanna Ali, Fauzi Nawawi, Along Ezandy, Kila Fairy, Juzzthin dan ramai lagi. Filem Bo-Peng ini bergenre komedi suspen dan diarahkan oleh Helmi Yusof yang sebelum ini merupakan pengarah Bikers Kental dan diterbitkan oleh Pencil Pictures And Records Sdn Bhd. Kalau tengok dari sinopsis filem BoPeng ini memang nampak menarik jer filem ni, apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Filem BOPENG

“Bo” dan “Peng” merupakan dua orang sahabat baik yang tinggal bersama dan bekerja di sebuah restoran makanan segera yang sama iaitu Opiel Secret Pizza. “Peng” (Johan Asa’ri) yang terkenal dengan sikap peramah dan mesra setiap kali menjawab panggilan yang dari pelanggan untuk membuat pesanan pizza; manakala“Bo” (Nabil Ahmad) terkenal dengan kepantasan dan kecekapannya menghantar pesanan pizza kepada pelanggan. Suatu hari, “Peng” dihubungi pelanggan tetap Opiel Secret Pizza; Mira Idora Senrose (Zulin Aziz). Ketika Mira Idora Senrose sedang berjalan kaki seorang diri di kawasan letak kenderaan, Mira Idora Senrose telah diekori oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dan Mira Idora Senrose telah meminta bantuan“Peng” untuk menyelamatkannya. “Peng”mencari idea dan memberikan arahan kepada Mira Idora Senrose untuk menyelamatkan diri namun panggilan akhirnya terputus dan “Peng” gagal menghubungi Mira Idora Senrose semula. Di atas rasa perikemanusian, Peng” telah meminta “Bo”menemaninya membuat laporan polis mengenai misteri kehilangan Mira Idora Senrose. Pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana kekurangan maklumat mengenai kes kehilangan Mira Idora Senrose. Selepas beredar dari balai polis, mereka terus pulang ke Opiel Secret Pizza.“Peng” sekali lagi menerima panggilan dari Mira Idora Senrose yang mendakwa dirinya telah diculik dan dihumban kedalam sebuah but kereta. 
Mira Idora Senrose menangis ketakutan dan meminta “Peng” menyelamatkannya.Peng” cuba memberikan idea untuk Mira Idora Senrose menyelamatkan diri. Dengan berbekalkan pengetahuan yang diperolehinya dari novel-novel jenayah yang pernah dibacanya“Peng” menyuruh Mira  Idora Senrose membuka lampu brek dan menghulurkan tangan keluar dari but kereta. Dalam masa yang sama, Bo” telah menunjukkan  video seseorang yang melambai-lambai tangan dari  but sebuah kereta yang diperolehinya dari Instagram kepada “Peng” dan “Bo” yakin itu ialah Mira Idora Senrose. Sementara itu, pihak polis juga turut menerima video yang sama dan mengesyaki ia ada kaitan dengan kes penculikan Mira Idora SenroseAtas bantuan pihak polis, Mira Idora Senrose telah menuang cat kejalan raya bagi memudahkan lagi pihak polis menjejakinya. Tetapi malangnya, Based (Sofi Jikan) menyedari perkara itu selepas ditegur oleh seorang pemandu kereta lain mengenai cat yang tumpah dari kereta. Apakah kejadian yang akan menimpa Mira Idora Senrose sementara “Bo”, “Peng” dan pihak polis akan sampai menyelamatkannya? Saksikan kesudahannya dalam“Bo-Peng.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017