-->

10 Jan 2017

Sinopsis Drama Kerana Anisa TV3

Sinopsis Drama Kerana Anisa TV3 Lakonan Zara Zya
Sinopsis Drama Kerana Anisa Slot Samarinda TV3

Assalammualaikum..
Drama Kerana Anisa akan disiarkan bermula 9 Januari 2017 ini di Slot Samarinda TV3 menggantikan Drama Lara Cinta Ameena yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Zara Zya, Mustaqim Bahadon, Fahrin Ahmad, Sura Sojangi, Uqasha Senrose, Syaffiq Sahli, Aman Graseka, Ellie Suriati dan ramai lagi. Drama 15 episod ini diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Enuja Production Sdn Bhd. Drama baru Zara Zya gitu, mesti best drama ni, tambahan lagi ada Aman Graseka serta pengarahnya juga adalah pengarah yang sama mengarah Drama popular 7 Hari Mencintaiku tu. Apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Kerana Anisa (Samarinda Tv3)

Mengisahkan Anisa dan Syukri yang berkawan baik di kampung. Anisa mempunyai impian besar dalam hidup apabila bercita-cita menjadi peguam dan meminta Syukri menjadi 'guru' dan penguat semangatnya. Bagaimanapun, bapa Anisa, Long Yahya menentang persahabatan Syukri dan Anisa. Selepas Anisa tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Syukri berangkat ke London untuk menyambung pengajian namun mereka meneruskan hubungan menerusi surat. Satu hari, Anisa dikejutkan dengan rombongan peminangan daripada Zahid. Anisa menentang kerana mahu meneruskan pelajaran kerana dia lulus cemerlang dalam SPM. Bagaimanapun, Anisa dipaksa berkahwin. Selepas berkahwin, Zahid bertindak kejam terhadap zahir dan batin Anisa. Malah, Zahid makin menyakiti Anisa terutama selepas mendapat tahu hubungan Anisa dengan Syukri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017