-->

25 Jan 2017

My Wife's Having An Affair This Week - Korean Drama Review

Review Drama Korea - My Wife's Having An Affair This Week

Assalammualaikum..
Tibalah masa untuk mengreview Drama Korea yang aku dah tonton baru - baru ini iaitu My Wife's Having An Affair This Week. Drama ini dilakonkan oleh Lee Sun Kyun, Song Ji Hyo, Kim Hee Won, Ye Ji Won, Lee Sang Yeob, Boa, Kim Kang Hoon dan ramai lagi. Drama ini adalah remake daripada Drama Jepun (2007) dan mempunyai 12 episod jer. Drama ini release pada 28 Oktober dan tamat pada 3 Disember 2016 dan disiarkan bagi menggantikan Drama Fantastic dan kemudiannya akan digantikan dengan Drama yang juga remake dari drama Jepun iaitu Solomon's Perjury. Rasanya ramai yang tengok drama ni sebab ada Song Ji Hyo kot hehehe, tapi drama ni memang unik dan aku suka perwatakkan Song Ji Hyo dalam drama ni, sebab die lemah lembut jer dan lakonannya juga menyakinkan, iaitu sebagai seorang wanita berkerjaya yang juga isteri dan ibu yang sempurna. Di awal episod nampak diorang ni happy family gitu, suaminya juga bangga mempunyai isteri dan ibu untuk anaknya yang sempurna dalam segala segi. Namun siapa sangka di sebalik kelembutan dan kesempurnaan isterinya tu tersembunyi suatu rahsia yang mana isterinya tidak berasa gembira dan bahagia berbanding suaminya yang berperasaan sebaliknya. Apapun meh layann sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis My Wife Having An Affair This Week

Mengisahkan Do Hyun Woo dan Jung Soo Yeon yang hidup bahagia bersama anak lelaki mereka iaitu Do Joon Soo. Walaubagaimanapun segalanya berubah apabila Do Hyun Woo secara tak sengaja melihat henfon isterinya dan mendapat tahu yang isterinya ada hubungan sulit dengan lelaki lain, malah isterinya akan menemui lelaki tersebut di hotel pada hujung minggu nanti. Do Hyun Woo cuba berfikiran positif dan memerhati gerak - geri isterinya iaitu Jung Soo Yeon, namun dalam masa yang sama Do Hyun Woo tidak tahu untuk berbuat apa jika Jung Soo Yeon benar2 curang padanya. Akibat stress, malu dan keliru, Do Hyun Woo akhirnya meluahkan masalahnya di Internet (media sosial) dan meminta pandangan dan nasihat orang ramai untuk membantunya. Pelbagai komen yang diterimanya, ada yang positif ada juga yang negatif, akhirnya apa yang ditakuti Do Hyun Woo benar - benar terjadi bila isterinya sememangnya curang. Do Hyun Woo berasa sangat marah dan tak tahu apa yang harus dilakukannya, kemudian die bertanyakan lagi pendapat orang ramai di Internet. Ada yang mencadangkan agar Do Hyun Woo menceraikan saja isterinya itu, ada juga yang mencadangkan agar die bunuh diri hahaha tak kurang juga yang mencadangkan agar die cuba mencari punca atau sebab kenapa isterinya curang.  Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
Agak kelakar melihat gelagat orang yang bagi komen kat internet tu, paling mengejutkan ada diantara komen yang diterima oleh D.Hyun Woo datangnya dari orang yang dikenalinya cuma masing2 tak tahu jer. Awalnya agak stress dengan perangai Jung Soo Yeon yang tak nak berterus terang pada suaminya tentang sebab die curang sebaliknya cuba untuk keluar dari rumah dan suami die plak memang asyik marah2. Walaubagaimanapun memang nampakla suami die tu sangat sayang kat Soo Yeon tu sebab die dah memaafkan Jung Soo Yeon dan ingin kembali hidup bersama seperti dulu, tapi tanpa die sedar yang die masih belum boleh melupakan kecurangan Soo Yeon padanya. Akhirnya dekat hujung2 episod baru tahu sebab die curang, memang alasannya nampak mudah dan remeh tapi ada pengajaran yang boleh diambil dari kes Soo Yeon ni. Bila tengok muka Lee Sang Yeob yang memegang watak sebagai kawan baik Hyun Woo ni memang familiar betul, n then baru teringat yang die juga ada berlakon dalam Drama Signal, die jadi pembunuh bersiri dalam drama Signal tu hehe tapi dalam drama ni die pegang watak komedi sikit. Selain itu memang agak menyampah dengan sorang lagi kawan Do Hyun Woo iaitu Choi Yoon Ki yang playboy dan kaki perempuan, walaupun die dah ada isteri yang cantik, setia dan kaya raya tapi stil die curang dan kaki perempuan.
Apapun ni kali pertama aku tengok pelakon Kim Hee Won memegang watak komedi iaitu kaki perempuan, sebab sebelum ni die selalu pegang watak jahat ataupun watak polis jer. Aku suka tengok perubahan watak Eun A Ra yang merupakan isteri Choi Yoon Ki yang sangat setia, kaya, penyabar berubah menjadi berani dan akhirnya meninggalkan suaminya yang tak guna tu. Lepas bercerai memang Choi Yoon Ki menderita laa jawabnya sebab dah tak dapat nak guna duit isterinya dah. Lebih best bila Eun A Ra mencari satu persatu perempuan simpanan Choi Yoon Ki ni dan balas dendam cukup2 kat diorang. Antara scene yang aku suka, masa salah sorang pengguna internet jadi obses dengan kisah Do Hyun Woo dan isterinya serta cuba mengugut untuk dedahkan identiti Jung Soo Yeon kepada umum. Do Hun Woo dan Jung Soo Yeon mula risau sebab jika identiti Soo Yeon didedahkan, ianya akan membawa akibat yang buruk kepada keluarganya especially kat anaknya tu. Selain itu Boa terus berlakon dalam drama ni, Boa ni sebenarnya penyanyi, die ni pernah berduet kot dengan Westlife dulu hehe tak sangka plak die try berlakon. Nampak lakonan die meyakinkan jugak cuma aku tak berapa suka dengan watak die yang agak ego sikit.
Ending drama ni happy ending lah kan cuma ingatkan Do Hyun Woo akan pilih perempuan lain sebab ada je perempuan lain yang mengorat die tapi di hati die tetap ada Jung Soo Yeon tu. Walaupun dah bercerai diorang start dari awal balik dan happy together gitu. Apapun aku bagi 7 Bintang dari 10 Bintang untuk Drama My Wife Having An Affair This Week.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017