-->

12 Jan 2017

Sinopsis Drama Jejak Karmila TV3

Sinopsis Drama Jejak Karmila TV3 Lakonan Mia Ahmad, Ruhainies
Sinopsis Drama Jejak Karmila Slot Zehra TV3

Assalammualaikum..
Drama Jejak Karmila akan disiarkan bermula 11 Januari ini menggantikan Drama Sein Dan Luna yang telah tamat episodnya. Drama ini diadaptasikan daripada Novel Jejak Karmila karya Novelis Nilam Himawari dan Rizalwan Ramli. Antara pelakon yang membintangi drama 13 episod ini terdiri daripada Fauziah Ahmad Daud, Mia Ahmad, Ruhainies, Asyraf Ali, Amy Mastura, Fauziah Nawi dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Murali Abdullah dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Wah ada ramai pelakon best yang berlakon drama ni, haruslah layannn drama ni nanti kan, apa pun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Jejak Karmila (Zehra Tv3) - Drama Adaptasi Novel

Berkisar tentang seorang ibu iaitu Karmila yang mempunyai dua puteri iaitu Nonie dan suraya mula terpisah dan menjadi permulaan jejak karmila. Suaminya karim suka berjudi. Akhirnya satu malam merungkai segala apabila Karmila cuba selamatkan anaknya dari dibawa lari oleh Karim untuk dilunaskan hutang judinya. Karmila dipenjarakan selepas beliau tertikam Karim tanpa sengaja ketika cuba menyelamatkan anaknya. Anak Karmila iaitu Suraya dan Nonie ditempatkan di JKM setelah beliau dipenjarakan. Di JKM Nonie pula diambil keluarga kaya raya dan jadi adik angkat kepada Syed Haikal. Kemudian Nonie dah berganjak dewasa tidak mengenali kakak sendiri yang cintanya mula berputik dengan abangnya sendiri Syed Haikal. Nonie juga sukakan abang sendiri. Turut mengusutkan keadaan apabila ayah Syed Haikal menikahi KarmilaApakah kesudahannya, adakah akan bertambah kusut atau akan ada penyelesaian yang akan mengembirakan semua orang.

Novel Jejak Karmila

1 ulasan:

  1. smlm bile start cite nie kat tv3, e'in terus tukar.. haha..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017