-->

22 Dis 2013

Kumpulan Boboi Tersingkir Di Minggu Ke-6 Maharaja Lawak Mega 2013

Assalammualaikum
Minggu ke-6 MLM2013 telah pun berlangsung pada jumaat lalu dengan bertemakan Loghat/Dialek. Rata2 peserta memberikan persembahan yang terbaik ini terbukti dgn beberapa peserta yg berjaya mendapatkan 4 bintang dari juri begitu juga dgn 3 bintang. Kump Boboi juga mendapat 4 Bintang dari Nora Danish tapi mereka tetap tersingkir di minggu ke-6 ini. Walaubagaimanapun kump Boboi mmg nampak gembira dengan penyingkiran diorang kerana sejak dari minggu ke-4 lagi, mereka mahu tarik diri kerana ingin memberi peluang kpd pelawak2 lain dan ingin berehat serta meneruskan perjuangan di luar, disamping doktor juga menasihatkan Afdlin utk berehat seketika kerana terlalu byk bekerja. Apapun Good Luck utk Boboi. 
Kump Jambu membuat persembahan pembukaan dan berjaya mendapat 4 bintang dari juri.  Kemudian menyusul pula kump SYJ yang turut mendapat 4 bintang. SYJ mmg cemerlang minggu ini dengan idea kreatif mereka yang sangat best. Kump Wala menggabungkan loghat Sabah dengan Kelantan namun sketsa diorang minggu ini agak sedikit kurang berbanding minggu lepas tapi tetap menghiburkan dgn mendapat 3 bintang. Begitu juga dgn kump Comey, lawak gak tengok Ropie ajar Suhaimi cakap Kedah hihi. Saywho pula menggabungkan loghat Negeri Sembilan, Jawa dan Terengganu. Tapi aku rasa sketsa diorang agak sedikit boring. 
Kump Boboi pula buat sketsa ttg berniaga Pelikat Pants tu, sempat gitu promote barang diorang sambil bertanding sambil berniaga gitu hihi. Bocey pula buat sketsa tentang getah2 ni tpi comel part diorang main tarik upih tu pastu part kerbau tu pon best cuma hujung2 sketsa tu dh jd slow sikit. Nabil pula tampil ringkas tanpa ada sebarang props dan buat stand up comedy. Memang nampak Nabil selesa dengan cara begitu, nampak konfident gitu cuma sketsa yg disampaikannya belum cukup untuk menandingi persembahannya spt di minggu pertama dan kedua MLM 2013 ini.
Kump Sepahtu tampil agak berbeza dgn minggu sblum2 nya. Kali ni nampak effort diorang dengan props yg byk serta cara pemakaian, yang mana Shuib jadi waiter dan Jep n Rahim jd orang Asli yang datang makan di sebuah restoran. Sayangnya sketsa diorang x begitu kelakar, punchline pun kurang dan menyebabkan mereka menjadi satu2 nya kump yang mendapat 2 bintang, sekaligus turut mengakibatkan mereka berada di Bottom Three bersama dengan kump Wala dan Boboi. Para penonton kelihatan terkejut apabila Sepahtu diumumkan berada dlm Bottom Three kerana mereka sering mendapat undian tertinggi.
Kump Shiro adalah kump terakhir yg membuat persembahan dan ternyata persembahan diorang sangat best, kreatif dan konsisten. Ajak jd pelancong yg melancong di Thailand dan Shahrol jadi tukang urut hehe memang kelakar cara Shahrol mengurut Ajak hehe kesian Ajak hihi. Ramai yg cakap bila tengok Shiro ni teringat JOZAN. Apapun prestasi kump Shiro semakin meningkat begitu juga dengan undian mereka. Selain itu ada benda baru yg diperkenalkn dlm minggu ke-6 MLM2013 ini iaitu "Man Of The Match" yang juga berdasarkan undian dari peminat.  Berdasarkan sketsa, gaya dan lakonan yang terbaik dari Shiro, maka Shahrol Shiro telah berjaya memenangi Man Of The Match minggu ini siap dpt piala comel lgi.

Baca entry ini jugak..
#- Kumpulan Zero Tersingkir Di Minggu Ke-5 Maharaja Lawak Mega 2013..

4 ulasan:

  1. Cari yang terbaik diantara yg terbaik..:D

    BalasPadam
  2. frust la sepahtu tak best sangat.. huhu..

    BalasPadam
  3. terkeluar gak boboi akhirnyakan..!

    smlm, SYJ best..hahaha

    BalasPadam
  4. ye ada tgk.. boboy dah tersingkir.. huhuhu... memula ingtkan comel , tp tgk comel best gak kan..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017