-->

30 Dis 2013

Two Weeks- Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Drama 2 Weeks ni telah ditayangkan di Korea sekitar Ogos 2013 yang lalu dan merupakan Action Drama. Awalnya aku ingat tak best sebab banyak babak aksi la plak, tapi rupanya aku silap hehe lepas tengok drama ni ianya memang best penuh dengan debaran gitu. Mempunyai 16 episod dan dibintangi oleh Lee Joon Ki, Kim So Yeon dan ramai lagi. Sedih dan kasihan melihat watak Lee Joon Ki iaitu sebagai Jang Tae San yang diperangkap, dianiaya dan disabitkan dengan tuduhan membunuh. Lalu dia melarikan diri dari penjara dan hidup sbg pelarian masuk hutan, keluar hutan, menyamar dan sebagainya. Dia berbuat demikian untuk terus hidup demi anak perempuannya yang menghidap Leukimia.
Jang Tae San akan menjadi penderma tulang Sum Sum untuk anaknya maka die harus hidup hingga hari pembedahan anaknya itu nanti. Di penjara tidak selamat untuknya kerana ada orang telah diupah untuk membunuhnya di penjara, maka dengan itu die terpaksa terus melarikan diri. 2 Weeks adalah tajuk drama ini dan membawa maksud jalan cerita drama ni yg berkisarkan dalam tempoh 2 minggu, yang mana kita akan melihat bagaimanakah Jang Tae San akan cuba survive dalam tempoh 2 minggu itu sebelum hari pembedahan anaknya. Suka tengok adegan Jang Tae San bersama anak perempuannya itu, sangat sweet n comel. Jang Tae San tidak tahu die ada anak sehinggalah Ex-Girlfriend die datang cari die untuk minta die menolong anak mereka yg sakit. 
Budak perempuan tu memang sangat comey okey, pandai plak berlakon tu, sweet jer tgk masa 1st time Jang Tae San jumpa anak die kat hospital, Anak die tahu Jang Tae San tu ayah die, cuma J.Tae San jer mcm x mgaku sbb terkejut. Demi anak die yg comel tu, die sanggup buat apa jer asalkan die selamat dan dapat menolong anaknya. Dalam drama ni ada gak babak2 mengimbas kembali tentang detik2 pertemuan Jang Tae San dengan Ex GF nya Seo In Hye serta percintaan mereka. Namun akhirnya Tae San memutuskan hubungan mereka kerana bimbang Seo In Hye diapa-apakan oleh orang Jahat disebabkan olehnya.
Memang mendebarkan drama ni, Walaubagaimanapun semasa menjadi pelarian ada juga insan2 yang sudi membantunya kerana mereka percaya Tae San tidak bersalah antaranya Ex GF nya Seo In Hye. Diikuti Pendakwaraya Park Jae Kyung. Awalnya Park Jae Kyung benci giler dgn Tae San kerana myangka Tae San benar2 membunuh adik angkatnya yang merupakan pengintip kpd kegiatan jahat Moon Il Seok dan Joo Seo Hee namun setelah die tahu kebenaran die juga membantu Tae San, siap berpakat sama2 lagi untuk menangkap orang jahat tu. Seterusnya Im Seung Woo yang merupakan Polis serta tunang Seo In Hye yang turut membantu Tae San walaupun die kadang2 cemburu n marah dgn Tae San sebab tiba2 hadir dalam hidup Seo In Hye.
Aku tengok drama ni kat Maadu.com.my, sape yang suka tengok cite Korea dengan Sarikata bahasa melayu bolehlaa tengok kat sana. Drama2 terbaru memang semua dlm english. Memang tak boring tengok drama ni walaupun byk babak2 aksi sebab ianya penuh debaran dan kejutan gitu hehehe. Sinopsis drama ni x payah kot aku bagi sebab korang memang boleh faham dah jalan cerita drama ni berdasarkan apa yang aku tulis ni kannn hehe.
Baca Yang Ini Jugak..

- Review Drama Lakonan Lee Jun Ki yang terdahulu:
#~  Arang And The Magistrate..

5 ulasan:

  1. best2 semuanya..tp xde masa je nak tgk..huhu

    BalasPadam
  2. jom follow kita pulak. sharing is caring.

    BalasPadam
  3. dok lam penjara pun x selamat eh..huhu.. miss ni mesti dah byk korean drama/movie yg dah ditonton kan..minat sungguh..

    BalasPadam
  4. Solehah tau web Maadu tu, tapi internet xmgizinkan skrg ni. Cme leh update entri n bw je. Itu pn lama nk tggu.hehe

    BalasPadam
  5. mesti sedih cerita ni kan T__________T

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017