-->

26 Jun 2014

Sinopsis Drama Ramadan Jangan Pergi Slot Samarinda TV3

Assalammualaikum..
Drama terbaru bertajuk Ramadan Jangan Pergi akan mengisi slot Samarinda (TV3) pada bulan Ramadan tahun ini. Menampilkan Siti Saleha dan Firdaus Rahman sebagai pelakon utama. Sheila Rusly pula berlakon sebagai ibu Firdaus Rahman dalam drama tersebut . Drama 15 episod ini hasil terbitan JS Pictures Sdn Bhd diarahkan oleh Jinggo. Jangan lupa saksikan drama ‪#‎RamadanJanganPergi‬ yang akan menemani anda sepanjang bulan puasa ini., bersiaran mulai 25 Jun 2014 iaitu setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10 malam di TV3.


Sinopsis Ramadan Jangan Pergi..

Farah berkahwin dengan Johan pada usia muda dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aidil. Hubungan mereka renggang sejak Johan berkawan rapat dengan Nadia. Tambahan pula, ibu Johan Mariana tidak menyukai Farah kerana menganggap Farah tidak sepadan dengan anaknya.

Menjelang bulan  Ramadan, Farah terkejut apabila mendapat tahu Johan mahu melamar Nadia. Pada mulanya, Farah menyangka akan dimadukan, tetapi sebaliknya. Johan mahu menceraikannya. Farah sedar, mungkin ini balasannya kerana dia mengingkari ibunya Rohani. Rohani juga tidak merestui perkahwinan Farah dengan Johan kerana Johan biadap dengan orang tua.

Pada suatu hari, Johan mencuri kad ATM Farah selepas mengusir Farah dari rumahnya. Apakah yang akan terjadi kepada Farah? Berjayakah Nadia mendesak Farah supaya bercerai dengan Johan? Adakah Johan dan Farah akan bercerai juga? Nantikan jawapannya dalam drama tersebut.

10 ulasan:

  1. selamat malam..
    selepas jam 12 jangan ketinggalan untuk terjah blog syira :D akan ada "GIVEAWAY RAMADHAN RAYA BY SYIRA LOKMAN"
    Lebih 50 hadiah untuk dimenangi ^_^

    BalasPadam
  2. terlayan drama ni malam tadi..geram tengok Johan...

    BalasPadam
  3. Memang best betul cite time bln puasa
    Tahun lps best juga Ramadan yg Hilang
    Tahun ni pun best haha blik trawih trus on tv3 !! Sedih pun ada Geram nk picit anak farah tu punada!! Hahha

    BalasPadam
  4. Ap tajuk lagu soundtrack time johan kat masjid td.

    BalasPadam
    Balasan
    1. LIRIK LAGU Sahrul Gunawan - Ketika Hati Mati

      Ketika hati mati, mulut terkunci
      Mata pun buta, telinga pun tuli
      Tak satu kebenaran bisa diterima
      Nikmat Tuhan yang mana harus didustai 

      Mengakui Allah tak menyembah-Nya
      Mengakui Rasul tak mengikuti sunahnya
      Mengakui Qur’an tak jadi pedoman
      Mengakui akhirat tak mempersiapkan bekal untuk mati

      Mengakui Allah tak menyembah-Nya
      Mengakui Rasul tak mengikuti sunahnya
      Mengakui Qur’an tak jadi pedoman
      Mengakui akhirat tak mempersiapkan bekal untuk mati

      Mengakui Allah tak menyembah-Nya
      Mengakui Rasul tak mengikuti sunahnya
      Mengakui Qur’an tak jadi pedoman
      Mengakui akhirat tak mempersiapkan bekal untuk mati

      Ketika hati mati, mulut terkunci

      Padam
  5. @Anonymous saya pon tercari cari lagu apa tu , anyone yg tahu lagu tu ?

    BalasPadam
  6. saya pon mencari tajuk lagu soundtrack yg second tue...lagu lelaki yang nyanyi...lagu dia syahdu sangat

    BalasPadam
  7. @Anonymous TaJUK LAGU TU- Ketika Hati Mati nyanyian Sahrul Gunawan..

    BalasPadam
  8. Apa pulak tajuk lagu background instrumental yg mcam ala2 arab tu... Sapa tau ek..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017