-->

16 Jul 2014

Sinopsis Drama Rindu Awak 200% Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Mulai hari ini di Slot Akasia Tv3, akan muncul satu drama baru yg diadaptasi dari novel yang bertajuk Rindu Awak 200%. Drama ini akan menggantikan drama Kerana Terpaksa Aku Relakan yang melabuhkan tirainya semalam. Drama Rindu Awak 200% ini dilakonkan oleh Zul Ariffin dan Ayda Jebat dan mempunyai 28 episod. Sape yang pernah tengok AF9 pasti kenal dengan Ayda Jebat ni. Ramai yang cakap novel Rindu Awak 200% karya Liyana Zahim ni best so diharapkan versi dramanya juga best lah kan. Apapun jom layan Sinopsis drama ni dibawah k.
Sinopsis Drama Rindu Awak 200%

Zill Faezrul terpaksa berkahwin dengan Armel Aisya kerana atas pilihan kedua ibu bapanya. Zill Faezrul pada mulanya enggan untuk berkahwin dengan Armel Aisya kerana masih lagi terkenang akan kekasihnya yang sudah meninggal dunia sejak 5 tahun lalu. 

Manakala, Armel Aisya juga tidak bersetuju pada mulanya untuk berkahwin dengan Zill Faezrul. Namun untuk membuatkan bekas teman lelaki Armel Aisya cemburu dan membuktikan bahawa dia juga boleh bahagia, Armel akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan Zill Faezrul. Selepas berkahwin, masing-masing membuat haluan sendiri. 
Mereka juga tidak bersefahaman dan saling tidak melengkapi antara satu sama yang lain. Armel juga langsung tidak mengenali Zill Faezrul iaitu suaminya sendiri. Zill Faezrul yang sentiasa menghilangkan diri juga menimbulkan tanda tanya kepada Armel. Ada kalanya, Armel juga pernah berfikir siapakah gerangan Zill Faerul seorang jejaka kampung yang mampu memiliki sebuah kereta Range Rover Evoque.

3 ulasan:

  1. Drama ni pun asal dari novel ka? Banyak drama skarang yang diadaptasi daripada novel. Mungkin trend semasas sekarang.

    BalasPadam
  2. ramai ekk update pasal nie..
    x tengok pun cerita nie semalam..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017