-->

25 Ogo 2014

Suka Tengok Drama Korea Ini - Temptation

~King Of High School
~Fate To Love You
~It's Okay, That's Love
~High School Love On
~Night Watchman
~Marriage Without Love
~Temptation

Senarai diatas adalah antara drama2 Korea yang terbaru yang memang aku tengok. Sebelum ni aku ada tengok gak drama korea bertajuk Endless Love lakonan Hwang Jung Eum. Tapi aku drop drama ni lepas tengok beberapa episod sebab rasa x best n aku x berapa suka dengan hero2 drama ni hehehe. Drama diatas ni semuanya best cuma drama Its Okay Thats Love tu agak pelik n unik sikit, best juga n dlm drama tu ada Zo In Sung, Kwang Soo dan Gong Hye Jin. Dalam senarai diatas ni aku paling suka sekali drama yg bertajuk Temptation lakonan Choi Ji Woo dan Kwon Sang Woo (Pasangan Stairway To Heaven). Diorang buat comeback bersama dlm drama ni.
Awalnya aku memang x tengok drama ni sebab rasa drama ni berat dan x best n boring. Tapi bila start tengok drama ni memang tertunggu-tunggu lak next episode, mmg giler tul drama ni akan buat kita x sabar nak tahu apa yang akan terjadi seterusnya. Bestnya drama ni sebab akan berlaku perdebatan dikalangan penonton sebab masing2 ada pandangan sendiri. Seronok baca komen2 para penonton di dlm laman web yang siarkan drama ni. Ada yang sokong watak Choi Ji Woo dan Kwon Sang Woo dan mengharapkan happy ending untuk watak diorang. Tak kurang juga yang marah giler dengan watak Choi Ji Woo dan menyokong watak isteri tu yg dilakonkan oleh Park Ha Sun.
Aku rasa watak isterinya tu kadang2 mcm over gak. Die yang nak sangat cerai bila dah bercerai tak boleh move on pula, nak balas dendam pula kat bekas suami tapi tak leh salahkan die juga sbb die rasa diri die dikhianati. Suka gak tengok watak Choi Ji Woo dan Kwon Sang Woo sweet jer. Tapi masing2 ada salah juga hingga buatkan situasi jadi teruk. Drama Temptation ni baru masuk episod 12. Tak tahulaa ending drama ni camne, rase macam sad ending jer nanti hahaha sebab drama ni ada 20 episod. Sape nak tengok drama ni bolehlaa nanti tgk kat channel ONE HD kat Astro tu. Takpun tengok kat tenet jer cam aku. Adioss..

Update!
Secara keseluruhannya, aku memang layann drama Temptation ni, tapi ending drama ni kurang gempaq sikit sebab die just tunjuk watak Choi Ji Woo tu sakit, bila dah bedah ada kanser plak n pastu die start stress dan pusing2 kat situ laa sakit jer. Tapi still lah watak die akan terus bersama dengan watak Kwon Sang Woo tu. Manakala bekas isterinya bercerai kali kedua n bawa haluannya sendiri.

*Nak Baca Review2 Drama Korea Yang Lain? boleh tengok n baca kat sini -> KLIK SINI..

2 ulasan:

  1. selamat malam...esok monday blues ke? hehee..jom blogwalking sebelum tidur :)

    BalasPadam
  2. sis, sye pun tgk, ok gak Temptation nie, lately nie suke thk The night watchmen, surplus princess, Joseon Gunman, The three musketeers...

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017