-->

1 Okt 2014

Review Super Spontan 2014 Minggu Ke-4 - Fad Tersingkir

Assalammualaikum..
Minggu Ke-4 Super Spontan menyaksikan kumpulan Mawas Berduri kalah lagi walaupun pada awal permainan diorang jauh mendahului dari kump Biawak Laser. Kekalahan Mawas Berduri menyebabkan Fad Bocey tersingkir dan kumpulan MB tinggal 4 orang ahli jer iaitu Johan, Jihan, Rahim dan Yus. Maka dengan itu, di minggu hadapan kump Biawak Laser terpaksa memilih seorang ahli mereka untuk dimasukkan ke kump Mawas Berduri. Selain dari itu, kump MB juga akan di denda kerana mereka kalah di minggu ke-4 ini. Denda yang dikenakan adalah cakap baku Super Spontan. Di awal episod Amir telah menjadi Hos dan dibantu oleh Afdlin Shauki dan Adlin Aman Ramli. 

Disebabkan untuk game pertama Amir melakukan beberapa kesalahan seperti hon tercabut dsbnya hehe maka Hanif dan Ray kembali semula jadi hos untuk game kedua. Game pertama yg diorang main adalah Terteruk Di Dunia dan Di Ladang. Game kedua diorang main Skrip Rabak dan dibantu oleh tetamu undangan iaitu Kamal Adli dan Ridzuan Hashim. Untuk game ni aku suka kump Biawak Laser dengan Kamal Adli, diorang buat sketsa tentang berebut tanah, x boleh blah bila Shahrol sengaja mention nama Intan Ladyana tu hehehe. Game ketiga diorang main Jamuan Cik Kiah, Aku suka game ni sebab mmg lawak bila masing2 kena jadi watak tertentu macam Doraemon yg berpuasa, Ikan Paus, Misha Omar kejang kaki, Zizan terkena Bisul dan lain2, ni semua lawak. 
Yus yang jadi Ning Baizura tu mmg lawak, die x tahu lagu ning so die pkai bedal jer nasib Rahim teka betul, Shuib jadi Misha tu pun best, Tauke yg jadi Zizan tu pun lwk. Game ke-4 diorang main Emosi Tak Stabil, aku suka tengok gelagat Jihan dan Yus jadi manja tu hehehe comel jer. Game ke-5 diorang main game Lagu Spontan. Kedua-dua kump bermain dengan baik game ni, namun malang sedikit bagi team Mawas Berduri apabila Fad tak sempat nak menyanyi disebabkan masa dah tamat. Team MB merayu-rayu juga agar Fad diberikan peluang utk myanyi tapi masa dah tak cukup.

Akhirnya team MB kalah dan Fad tersingkir. Agak2 sape yang akan dipilih oleh team Biawak Laser utk masuk ke dlm team Mawas Berduri tu??

3 ulasan:

  1. tak tengok pun superspontan yangbaru nie

    BalasPadam
  2. sedih fad keluar. tinggal dua orang je bocey. patot rahim keluar dia tak best. haha.

    BalasPadam
  3. terlps tgk episod kali ni.. alahaii fad tersingkir.. napelah bkn biawak laser yg kalah..so michael ang ada peluang tersingkir. haha

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017