-->

25 Okt 2014

Tahniah Untuk Johan - Juara Super Spontan 2014

Assalammualaikum..
Berakhir sudah Super Spontan 2014 dan seperti diramal Johan menjadi Juara setelah dua tahun berturut-turut menjadi Naib Juara. Tahniah diucapkan. Final Super Spontan musim ini sedikit boring kerana para pemenang sudah mampu dijangka dari awal. Undian juga tidak begitu sengit kecuali untuk di tempat kedua dan ketiga iaitu antara Shuib dan Shahrol. Walaubagaimanapun agak kesian juga dengan Tauke sebab die tidak sepatutnya dapat nombor 6. Tauke selayaknya di nombor 2 tapi apa nak buat, dah rezeki masing2 kan. Pada yang tak menang boleh cuba lagi ditahun hadapan.
Ketika pengumuman semua pemenang dan penyampaian hadiah, masing2 sudah dapat mengagak nombor berapa yg diorang dapat, tanpa dipanggil dan diumumkan, diorang sudah datang ke depan dan ambik hadiah hehehe. Beza dengan Super Spontan di musim pertama dan kedua kerana kedudukan undian juara dan naib juara sangat sengit. Apapun memang rezeki baby agaknya, Johan muncul juara. Tahun depan tiada lagi laa Johan di Super Spontan. Maybe Johan boleh join pula Liga Lawak Superstar di tv3 tu hehehe. Pas dah habis Super Spontan ni, MLM2014 pula bakal menyusul dan hampir semua pelawak popular join kecuali Johan jer.
Apapun tahniah untuk semua finalis Super Spontan iaitu Johan (Juara), Shahrol (naib juara), Shuib (tempat ketiga), Achey (tempat ke-4), Yus (tempat ke-5) dan Tauke (tempat ke-6).

P/s- Korang semua kalau ada masa, silalah isi poll Nuffnang di bahagian kanan blog ini dibawah sekali, klik jer ikon Nuffnang tu n jawab soalan yg disediakan. TQ

3 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017