-->

24 Feb 2019

Sinopsis Drama Jodoh - Jodoh Annisa (Astro Prima)

Jodoh - Jodoh Annisa, Drama Jodoh - Jodoh Annisa, Drama 100 Episod, Slot Tiara, Astro Prima, Drama Melayu 2019, Drama Melayu Astro Prima 2019, Drama Bersiri, Drama Jodoh - Jodoh Annisa 100 Episod, OST Jodoh - Jodoh Annisa, Lagu Sambil, Poster Drama Drama Jodoh - Jodoh Annisa, Cast, Pelakon Drama Drama Jodoh - Jodoh Annisa, Izara Aishah, Aaron Aziz, Amar Baharin, Raja Afiq, Afiq Muiz, Shah Iskandar, Fatin Afeefa, Rosnah Johari, Liza Abdullah, Shiqin Kamal, Fizz Fairuz, Fikhree Bakar, Syeera Aziz, Daniella Sya, Adam Corrie, Badrul Muhayat, Hilal Azman, Ekin Kamarudin,
Sinopsis Drama Jodoh - Jodoh Annisa Slot Tiara Astro Prima

Drama Jodoh - Jodoh Annisa adalah drama terbaru di slot Tiara Astro Prima iaitu setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang. Drama Jodoh - Jodoh Annisa ini disiarkan bagi menggantikan drama Selafaz Cinta yang telah tamat episodnya dan drama ini sudah bersiaran di Astro Prima bermula 19 Februari 2019 yang lalu. Antara pelakon drama Jodoh - Jodoh Annisa ini adalah seperti Izara Aishah, Aaron Aziz, Amar Baharin, Raja Afiq, Afiq Muiz, Shah IskandarFatin Afeefa, Rosnah Johari, Liza Abdullah, Shiqin Kamal, Fizz Fairuz, Fikhree Bakar, Syeera Aziz, Daniella Sya, Adam Corrie, Badrul Muhayat, Hilal Azman, Ekin Kamarudin dan ramai lagi. Selain itu drama Jodoh - Jodoh Annisa ini mempunyai 100 episod dan diarahkan oleh Mohamad Riza Baharudin serta diterbitkan oleh Elite Forsure Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, plus ada ramai pelakon best - best gitu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye
Jodoh - Jodoh Annisa, Drama Jodoh - Jodoh Annisa, Drama 100 Episod, Slot Tiara, Astro Prima, Drama Melayu 2019, Drama Melayu Astro Prima 2019, Drama Bersiri, Drama Jodoh - Jodoh Annisa 100 Episod, OST Jodoh - Jodoh Annisa, Lagu Sambil, Poster Drama Drama Jodoh - Jodoh Annisa, Cast, Pelakon Drama Drama Jodoh - Jodoh Annisa, Izara Aishah, Aaron Aziz, Amar Baharin, Raja Afiq, Afiq Muiz, Shah Iskandar, Fatin Afeefa, Rosnah Johari, Liza Abdullah, Shiqin Kamal, Fizz Fairuz, Fikhree Bakar, Syeera Aziz, Daniella Sya, Adam Corrie, Badrul Muhayat, Hilal Azman, Ekin Kamarudin,

Berkisarkan konflik keluarga dan percintaan. Annisa (Izara Aishah) terpaksa menempuh jalan hidup yang berliku baik dari segi kerjaya dan percintaan. Detik sukar hidup Annisa bermula apabila dia membatalkan perkahwinannya dengan Nizam. Awalnya Annisa bersetuju berkahwin dengan Nizam kerana yakin dengan pilihan ayahnya, walaupun dirinya masih mencintai bekas kekasihnya Roy. Setelah Annisa mengetahui tujuan sebenar perkahwinannya dengan Nizam, Annisa nekad membatalkan perkahwinannya. Selepas itu ayah Annisa Dato Azhar (Hilal Azman) ditemui pengsan dan dibawa ke hospital. Seluruh keluarga Annisa menyalahkan dirinya yang menjadi penyebab Dato Azhar sakit. Rykarl (Fizz Fairuz) abang Annisa mengguna kesempatan ini untuk menghalang Annisa dari berjumpa ayahnya di hospital, malah dia turut menghalau Annisa dari rumah. 
Jodoh - Jodoh Annisa, Drama Jodoh - Jodoh Annisa, Drama 100 Episod, Slot Tiara, Astro Prima, Drama Melayu 2019, Drama Melayu Astro Prima 2019, Drama Bersiri, Drama Jodoh - Jodoh Annisa 100 Episod, OST Jodoh - Jodoh Annisa, Lagu Sambil, Poster Drama Drama Jodoh - Jodoh Annisa, Cast, Pelakon Drama Drama Jodoh - Jodoh Annisa, Izara Aishah, Aaron Aziz, Amar Baharin, Raja Afiq, Afiq Muiz, Shah Iskandar, Fatin Afeefa, Rosnah Johari, Liza Abdullah, Shiqin Kamal, Fizz Fairuz, Fikhree Bakar, Syeera Aziz, Daniella Sya, Adam Corrie, Badrul Muhayat, Hilal Azman, Ekin Kamarudin,
Rykarl menganggap Annisa sebagai pesaingnya untuk jawatan CEO di syarikat kepunyaan ayah mereka iaitu F3. Annisa kemudiannya mula menyiasat masalah yang wujud di syarikat F3 dan dapat meneka ada sesuatu yang tak kena dalam syarikat tersebut. Rykarl makin benggang apabila Annisa mula campur tangan dalam urusan syarikat. Rykarl berpakat dengan semua ahli lembaga pengarah F3 untuk mengugurkan semua saham Annisa dalam syarikat. Annisa kemudiannya menumpang di rumah kawan baiknya Sheila (Fatin Afeefa) dan terpaksa mencari kerja untuk menampung hidupnya yang kini susah. Annisa terpaksa bermula dari bawah dan bekerja sebagai sales promoter di sebuah syarikat jualan perabot. Tak lama kemudian Annisa membuat keputusan drastik untuk berhenti kerja dan memilih untuk bekerja di perlabuhan. Banyak kesukaran yang dilalui Annisa oleh Annisa untuk kekal bekerja di pelabuhan itu.

Annisa terpaksa membuat kerja - kerja berat, dalam masa yang sama terpaksa menghadap kerenah pekerja lelaki disitu yang biadap dan memandang rendah pada dirinya hanya disebabkan dia perempuan. Manakala Rykarl pula masih memantau gerak - geri Annisa, walaupun Annisa dah buat haluan sendiri.  Apa yang berlaku seterusnya?. Dugaan hidup juga memaksa Annisa memilih antara lima jejaka. Adakah Nizam (Aaron Aziz), Rizal (Amar Baharin), Syafiq (Shah Iskandar), Ishak  (Afiq Muiz) atau Roy (Raja Afiq) yang menjadi pilihan Annisa?

Lagu Tema / OST Jodoh - Jodoh Annisa
➔ Sambil nyanyian Irfan Haris & Amira Othman

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, , Miss_Syahbanu,

14 ulasan:

  1. hari tu tengok sikit ja.. fuh, macam sinetron dah gayanya.

    BalasPadam
  2. so far tgk dari awai best jugak.. cuma tak suka scene mak annisa tu mcm teruk sgt bencikan anak sendiri sampai tahap tu mcm kene guna2 pun ada..Saya syak mungkin Karl punca ayah dia koma.. isteri karl tu pun mcm misteri ada agenda tersendiri. . harap episod2 seterusnya lebih menarik.

    BalasPadam
  3. Jalan cerita nmpak menarik..cuma geram ngn watak reykal yg tamak Dan mengambil kesempatan atas kebaikan org lain

    BalasPadam
  4. Menarik jugak cerita nie lepas 8 episode tengok. Sampai kemunculan amar baharin dan ibunya tue macam nampak ada agenda tersembunyi. Gaya penceritaan seperti adaptasi dari telenovela, tpi nth telenovela apa ya sebab banyak twist sana sini, tapu itulah yng membuat cerita anissa menarik sangat. Fuhh jenuh tunggu sampai ep100.

    BalasPadam
  5. Siapakah nama2 pelakon yg jd kwn2 Annisa di pelabuhan tu? Ramai pelakon baru..

    BalasPadam
  6. Cerita yg menarik utk ditonton, sehingga membuatkan kita tak sabar nak tahu apa yg berlaku dlm episode yg seterusnya...

    BalasPadam
  7. Ingat kenangan waktu bekerja di workshop dikelilingi pekerja lelaki, pakai overall & safety helmet.

    BalasPadam
  8. Mmg best jln citer ni, xsbr nk tgu episod lanjut

    BalasPadam
  9. Saya tak tengok pun drama ni tapi selalu juga nampak iklannya dekat tv.

    BalasPadam
  10. Citer mmg best...tp episod byk..smpai 100 episod

    BalasPadam
  11. macam tak sesuai tajuk cite ngan jalan cite nye..

    BalasPadam
  12. tajuk cite dengan jalan cite macam tak sesuai je..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017