-->

19 Feb 2019

Drama dan Filem Bulan Januari 2019


Sepanjang bulan Januari 2019 yang lalu, aku sempat tengok beberapa drama dan juga filem, so aku senaraikan semuanya di bawah ini. Sempat gak layan filem Bollywood selepas sekian lama tak tengok hehehe.

When Time Stopped
Pelakon: Kim Hyun Joong, An Ji Hyun, In Gyo Jin, Lee Si Hoo dan ramai lagi
Klik untuk baca review ➔ Review Drama Korea When Time Stopped
When Time Stopped, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea When Time Stops, Cast, Pelakon Drama Korea When Time Stops, Kim Hyun Joong, An Ji Hyun, In Gyo Jin, Lee Si Hoo, Poster, Drama dan Filem Bulan Januari 2019, Sinopsis Drama Korea When Time Stops, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Drama Korea 12 episod ini agak menarik juga mengisahkan tentang seorang lelaki yang mampu menghentikan masa dan seorang wanita yang langsung tidak terkesan dengan masa yang terhenti. Mereka diburu oleh sekumpulan grim reaper yang ingin menghapuskan semua manusia yang mempunyai kebolehan luar biasa. Merupakan drama pertama Kim Hyun Joong selepas segala kontroversi yang melanda dirinya serta selepas dia menamatkan khidmat ketenteraannya. 

Mama Fairy and The Woodcutter / Tale Of Fairy
Pelakon: Moon Chae Won, Yoon Hyun Min, Seo Ji Hoon, Jeon Soo Jin, Kang Mi Na dan ramai lagi.
Mama Fairy and The Woodcutter, Tale Of Fairy, Drama Korea Mama Fairy and The Woodcutter, Sinopsis Mama Fairy and The Woodcutter, Drama dan Filem Bulan Januari 2019, Drama Korea 2018, TVN, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Cast, Pelakon Drama Korea Mama Fairy and The Woodcutter, Moon Chae Won, Yoon Hyun Min, Seo Ji Hoon, Jeon Soo Jin, Kang Mi Na, Poster,
Drama Korea Mama Fairy and The Woodcutter ini mempunyai 16 episod dan merupakan adaptasi daripada web comic. Apa pun jalan ceritanya menarik juga bila penonton kena berteka - teki tentang siapa suami sebenar pari - pari Sun Ok Nam yang dilahirkan semula itu. Ada 2 calon iaitu Prof Jung Yi Hyun (lakonan Yoon Hyun Min) atau pun pembantu Prof Jung Yi Hyun iaitu Kim Geum (Seo Ji Hoon) yang jauh lebih muda. Walaupun rival dan kedua - duanya suka pada Sun Ok Nam, tapi bromance diorang pun comel je.

Game Night
Pelakon: Jason Bateman, Rachel McAdams, Kyle Chandler, Billy Magnussen, Jesse Plemons dan ramai lagi.
Game Night, English Movie, Game Night Movie, Filem Inggeris, Drama dan Filem Bulan Januari 2019, Game Night Cast, Pelakon Filem Game Night, Jason Bateman, Rachel McAdams, Kyle Chandler, Billy Magnussen, Jesse Plemons, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
English Movie Game Night ini agak menarik juga terutama di bahagian plot twistnya itu, di permulaan cerita mungkin sedikit bosan tapi makin lama makin best. 

Revenge
Pelakon: Matilda Lutz, Kevin Janssens, Vincent Clombe dan ramai lagi
Revenge, Revenge Movie, Sinopsis Filem Revenge, Revenge Cast, Pelakon Filem Revenge, Matilda Lutz, Kevin Janssens, Vincent Clombe, Poster Filem Revenge, Drama dan Filem Bulan Januari 2019,
Awalnya aku ingatkan filem ini best, tajuknya pun dah best, tapi banyak scene - scene yang giler dan menggelikan. Jalan ceritanya tak logik pun ada gak, bila heroin cerita ni hampir separuh mati tapi boleh lagi melawan 3 lelaki dan membalas dendam. Mengisahkan Jen yang merupakan perempuan simpanan Richard, mereka berdua pergi bercuti di kawasan yang terpencil. Tiba - tiba 2 kawan lelaki Richard datang lebih awal untuk sama - sama pergi memburu dan kesemua mereka tinggal serumah. Sikap Jen yang ramah dan gerak - gerinya yang menggoda telah membuat salah seorang dari kawan Richard merogolnya. Jen yang marah akhirnya mengugut Richard akan memberitahu hubungan mereka pada isterinya lalu membuatkan Richard ingin membunuhnya.

Raazi
Pelakon: Alia Bhatt, Vicky Kaushal, Jaideep Ahlawat, Rajit Kapur, Shishir Sharma dan ramai lagi.
Raazi, Movie, Raazi Movie, Bollywood, Bollywood Movie, Filem Hindustan Raazi, Hindi Movie Raazi, Sinopsis Filem Raazi, Drama dan Filem Bulan Januari 2019, Poster Filem Raazi, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Raazi Cast, Pelakon Filem Raazi, Alia Bhatt, Vicky Kaushal, Jaideep Ahlawat, Rajit Kapur, Shishir Sharma,
Aku bukanlah peminat Alia Bhatt, tapi aku suka lakonannya dalam filem Raazi ni, memang best dan jalan cerita movie Raazi ini adalah adaptasi daripada Novel Calling Sehmat yang merupakan kisah benar gitu. Berlatarbelakangkan tahun 1971 di India dan Pakisatan yang mengisahkan Sehmat yang merupakan Spy daripada India yang berkahwin dengan Iqbal Syed dari Pakistan. Keluarga Iqbal Syed merupakan tentera yang berpangkat tinggi di Pakistan. Sehmat perlu mendapatkan segala maklumat mengenai persiapan Pakistan dalam perang untuk menentang India. Namun filem ini tidak begitu memfokuskan mengenai perang, sebaliknya memfokuskan tentang Sehmat dan kesusahannya untuk melawan tekanan dan perasaan cintanya pada suaminya serta semangat patriotik dan cintakan negaranya. Memang terbaik filem ini, antara filem hindustan yang harus tonton.

Shubh Mangal Saavdhan
Pelakon: Ayushmann Khurrana, Bhumi Pednekar, Brijendra Kala, Neeraj Sood, Supriya Shukla dan ramai lagi.
Shubh Mangal Saavdhan, Shubh Mangal Saavdhan Movie, Bollywood, Bollywood Movie, Hindi Movie, Filem Hindustan, Bollywood Movie Shubh Mangal Saavdhan, Drama dan Filem Bulan Januari 2019, Sinopsis Shubh Mangal Saavdhan Movie, Cast, Pelakon Filem Shubh Mangal Saavdhan, Ayushmann Khurrana, Bhumi Pednekar, Brijendra Kala, Neeraj Sood, Supriya Shukla, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Shubh Mangal Saavdhan bermaksud "Beware Of Marriage" yang menyaksikan gandingan Ayushmann Khurrana dan Bhumi Pednekar sebagai hero dan heroin buat kali kedua, selepas sukses dengan filem Dum Laga Ke Haisha. Jalan cerita movie ini agak kelakar juga bila rahsia watak hero cerita ni terbongkar, maka haru - biru dan huru - hara jadinya dengan campur tangan keluarga pengantin perempuan dan lelaki. Mengisahkan tentang Mudit Sharma yang jatuh cinta dengan Sugandha Joshi dan lamarannya diterima. Persiapan perkahwinan mula dibuat oleh kedua - dua buah keluarga. Namun tak lama kemudian Mudit Sharma mendapati dirinya ada masalah kelelakian dan hal ini turut diketahui oleh bakal isterinya Sugandha. Mudit cuba untuk membatalkan perkahwinan mereka namun Sugandha tidak bersetuju dan akan tetap menunggu Mudit untuk datang ke tempat perkahwinan mereka. Dengan berat hati, Mudit datang juga ke tempat tersebut dan atas nasihat dan pujukan Sugandha, mereka berdua cuba untuk bergembira di hari bahagia mereka. Namun keadaan mula kacau bilau bila rahsia Mudit diketahui oleh bapa Sugandha dan juga orang lain.

Andhadhun
Pelakon: Tabu, Ayushmann Khurrana, Radhika Apte, Anil Dhawan, Manav Vij, Zakir Hussain dan ramai lagi.
Andhadhun
Andhadhun antara movie yang mendapat sambutan penonton, aku suka dengan jalan ceritanya yang unik, malah lagu - lagu dalam filem ini juga terbaik. Paling menarik pastilah di bahagian endingnya yang merupakan open ending dan membuatkan penonton perlu berfikir apa sebenarnya yang berlaku hehehe. Aku sampai seacrh kat internet untuk baca komen - komen mengenai ending filem ini dan akhirnya aku ada ending yang aku suka hahaha. Antara movie yang patut ditonton okey..

Jom Baca ini juga ➔ Movie Review : The Doll
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

Tiada ulasan:

Catat Komen

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017