-->

6 Feb 2019

Sinopsis Drama Plan Cinta (TV3)

Plan Cinta, Drama Plan Cinta, Slot iris, TV3, Sinopsis Drama Plan Cinta, Drama Melayu 2019, Poster Drama Plan Cinta, Cast, Watak Pelakon Drama Plan Cinta, Pelakon Drama Plan Cinta, Redza Rosli, Azar Azmi, Neera Azizi, Nazrief Nazri, Didie Alias, Amirul Faqeem, Adibah Noor, Ain Sufia, Ucop Cecupak, Emma Naim, Ben Ryzlan, Cinta,
Sinopsis Drama Plan Cinta Slot Iris TV3

Drama Plan Cinta adalah drama terbaru yang disiarkan di slot Iris TV3 dan sudah mula bersiaran sejak 29 Januari yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang. Antara pelakon drama Plan Cinta ini adalah Redza Rosli, Azar Azmi, Neera Azizi, Nazrief Nazri, Didie Alias, Amirul Faqeem, Adibah Noor, Ain Sufia, Ucop Cecupak, Emma Naim, Ben Ryzlan dan ramai lagi. Selain itu drama Plan Cinta ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Kyoll Hamzah serta diterbitkan oleh Mache AllStar United Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, jalan ceritanya nampak best, apa pun jom tengok sinopsis drama Plan Cinta ini di bawah ye..


Alisya (Azar Azmi) pulang bercuti semester selama 6 bulan semata-mata untuk meraikan hari perkahwinan abangnya, Ismadi (Nazrief Nazri). Namun Alisya memilih untuk bekerja sambilan sebagai guru sekolah bagi menampung keperluan di oversea nanti. Pertemuan dengan Nizam (Redza Rosli), di satu taman akibat insiden yang tidak disengajakan telah membibitkan perasaan cinta namun keduanya menafikan perasaan itu sehinggalah Nizam benar-benar jatuh hati pada Alisya ketika merakam foto majlis pertunangan Ismadi dan Mira (Neera Azizi). Plan memikat Alisya menjadi mudah apabila Rahmah (Didie Alias) menyokong Alisya berkahwin awal untuk mengekang hasrat Alisya yang mahu bekerja di luar negara setelah semester akhirnya tamat berbaki enam bulan. Berbagai konflik terjadi apabila Alisya turut diminati oleh guru lain di sekolah selain hubungan cintanya dengan Nizam perlu dirahsiakan daripada pengetahuan Ismadi. Apa yang berlaku seterusnya?.

Lagu Tema / OST Plan Cinta

➤Malu Mahu nyanyian Mark Adam & Suara Academy
➤Sayang I Love You nyanyian Ezreen & The Classmate
➤Demam Cinta nyanyian Haikal Farid feat Asfan Shah

Jom Baca Ini juga ➔ Biodata Terkini Azar Azmi..
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017