-->
Memaparkan catatan dengan label Slot Iris. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Slot Iris. Papar semua catatan

6 Feb 2019

Sinopsis Drama Plan Cinta (TV3)

Plan Cinta, Drama Plan Cinta, Slot iris, TV3, Sinopsis Drama Plan Cinta, Drama Melayu 2019, Poster Drama Plan Cinta, Cast, Watak Pelakon Drama Plan Cinta, Pelakon Drama Plan Cinta, Redza Rosli, Azar Azmi, Neera Azizi, Nazrief Nazri, Didie Alias, Amirul Faqeem, Adibah Noor, Ain Sufia, Ucop Cecupak, Emma Naim, Ben Ryzlan, Cinta,
Sinopsis Drama Plan Cinta Slot Iris TV3

Drama Plan Cinta adalah drama terbaru yang disiarkan di slot Iris TV3 dan sudah mula bersiaran sejak 29 Januari yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang. Antara pelakon drama Plan Cinta ini adalah Redza Rosli, Azar Azmi, Neera Azizi, Nazrief Nazri, Didie Alias, Amirul Faqeem, Adibah Noor, Ain Sufia, Ucop Cecupak, Emma Naim, Ben Ryzlan dan ramai lagi. Selain itu drama Plan Cinta ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Kyoll Hamzah serta diterbitkan oleh Mache AllStar United Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, jalan ceritanya nampak best, apa pun jom tengok sinopsis drama Plan Cinta ini di bawah ye..


Alisya (Azar Azmi) pulang bercuti semester selama 6 bulan semata-mata untuk meraikan hari perkahwinan abangnya, Ismadi (Nazrief Nazri). Namun Alisya memilih untuk bekerja sambilan sebagai guru sekolah bagi menampung keperluan di oversea nanti. Pertemuan dengan Nizam (Redza Rosli), di satu taman akibat insiden yang tidak disengajakan telah membibitkan perasaan cinta namun keduanya menafikan perasaan itu sehinggalah Nizam benar-benar jatuh hati pada Alisya ketika merakam foto majlis pertunangan Ismadi dan Mira (Neera Azizi). Plan memikat Alisya menjadi mudah apabila Rahmah (Didie Alias) menyokong Alisya berkahwin awal untuk mengekang hasrat Alisya yang mahu bekerja di luar negara setelah semester akhirnya tamat berbaki enam bulan. Berbagai konflik terjadi apabila Alisya turut diminati oleh guru lain di sekolah selain hubungan cintanya dengan Nizam perlu dirahsiakan daripada pengetahuan Ismadi. Apa yang berlaku seterusnya?.

Lagu Tema / OST Plan Cinta

➤Malu Mahu nyanyian Mark Adam & Suara Academy
➤Sayang I Love You nyanyian Ezreen & The Classmate
➤Demam Cinta nyanyian Haikal Farid feat Asfan Shah

Jom Baca Ini juga ➔ Biodata Terkini Azar Azmi..
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

29 Dis 2017

Sinopsis Drama Bilo Nogori Jupo Kelate (Iris TV3)

Drama Bilo Nogori Jupo Kelate, Slot Iris, TV3, Negeri Sembilan, Kelantan, Pelakon Drama Bilo Nogori Jupo Kelate, Nazrief Nazri, Mia Ahmad, Didie Alias, Hanna Aqeela, Fadilah Mansor, Kuna Muzani, Kamarool Haji Yusof, Adam Shadan, Tisha Shamsir, Cinta, Perkahwinan, Adat Resam, Budaya, Sinopsis Drama Bilo Nogori Jupo Kelate, OST,
Sinopsis Drama Bilo Nogori Jupo Kelate Slot Iris TV3

Drama Bilo Nogori Jupo Kelate adalah drama terbaru yang disiarkan di Slot Iris TV3 bermula 26 Disember yang lalu. Kalau tengok tajuk drama ini saja dah unik dan lawak, jadi jalan cerita pun mesti best kan. Antara Pelakon Drama Bilo Nogori Jupo Kelate ini adalah Nazrief Nazri, Mia Ahmad, Didie Alias, Hanna Aqeela, Fadilah Mansor, Kuna Muzani, Kamarool Haji Yusof, Adam Shadan, Tisha Shamsir dan ramai lagi. Drama 20 episod ini diarahkan oleh Amor Rizan dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.
Drama Bilo Nogori Jupo Kelate, Slot Iris, TV3, Negeri Sembilan, Kelantan, Pelakon Drama Bilo Nogori Jupo Kelate, Nazrief Nazri, Mia Ahmad, Didie Alias, Hanna Aqeela, Fadilah Mansor, Kuna Muzani, Kamarool Haji Yusof, Adam Shadan, Tisha Shamsir, Cinta, Perkahwinan, Adat Resam, Budaya, Sinopsis Drama Bilo Nogori Jupo Kelate, OST,
Sinopsis Drama Bilo Nogori Jupo Kelate Slot Iris TV3

Adat dan budaya merupakan identiti sesebuah masyarakat. Pastinya setiap masyarakat mempunyai adat resam serta gaya kehidupan yang mereka banggakan. Namun bagaimanakah keadaan jika dua pasangan yang berasal dari negeri berbeza yang begitu kuat memegang tradisi masing-masing diikatkan dalam pertalian yang sah? Noah (Nazrief Nazri) dan Safiya (Mia Ahmad), baru sahaja berpisah dengan pasangan masing-masing, membuat keputusan untuk berkahwin selepas berkenalan hanya dalam tempoh enam bulan. Konflik mereka bermula apabila tiba masanya untuk bertemu dengan keluarga masing-masing yang mempunyai banyak perbezaan. Apa yang berlaku seterusnya? Dapatkah keluarga Noah yang berasal dari Negeri Sembilan bersatu dengan Safiya yang berasal dari negeri Kelantan, yang pastinya mengamalkan adat resam yang berbeza daripada mereka?
Drama Bilo Nogori Jupo Kelate, Slot Iris, TV3, Negeri Sembilan, Kelantan, Pelakon Drama Bilo Nogori Jupo Kelate, Nazrief Nazri, Mia Ahmad, Didie Alias, Hanna Aqeela, Fadilah Mansor, Kuna Muzani, Kamarool Haji Yusof, Adam Shadan, Tisha Shamsir, Cinta, Perkahwinan, Adat Resam, Budaya, Sinopsis Drama Bilo Nogori Jupo Kelate, OST,
Lagu Tema / OST Bilo Nogori Jupo Kelate

Cuba Teka - Tasha Manshahar & Syed Shamin
Gadis Jolobu - WARIS feat Dato Hattan
Semakin Benci Semakin Rindu - Fian Ali
Most Wanted - WARIS
Oghe Kito - Iwere

Watak - Watak Pelakon Drama Bilo Nogori Jupo Kelate

Nazrief Nazri sebagai Noah
Mia Ahmad sebagai Nik Safiya
Didie Alias sebagai Sarimah
Kuna Muzani sebagai Mek Nab
Fadilah Mansor sebagai Jamilah
Kamarool Hj Yusoff sebagai Pok Nik
Hanna Aqeela sebagai Syakira
Adam Shadan sebagai Abe Mat
Tisha Shamsir Alam sebagai Rara
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

30 Dis 2016

Sinopsis Drama Hantu Punya Bos TV3

Sinopsis Drama Hantu Punya Bos Slot Iris TV3

Assalammualaikum..
Drama Hantu Punya Bos akan mula disiarkan di Slot Iris TV3 pada 28 Disember untuk menggantikan Drama Love You Mr Arang yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Shukri Yahaya, Intan Najuwa, Aizat Hassan, Julia Marin, Afiera Riana, Fahmy Reza, Iszander Nor, Tengku Fiella, Serina, Vicha Saywho, Tash Yong dan ramai lagi. Drama ini merupakan adaptasi daripada Novel Hantu Punya Bos karya Novelis Dekna Lee. Selain itu, Drama 20 episod ini diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh MIG Production Sdn Bhd. Nampak macam menarik je drama ni kan, apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Hantu Punya Bos 

Mengisahkan Abby (Intan Najuwa) yang mengambil keputusan secara mengejut untuk menggantikan tempat kerja sahabat baiknya, Diela kerana memerlukan wang untuk mengubati ibunya yang sedang sakit di kampung. Diela pula tidak sabar untuk berhenti bekerja dengan bos yang berperangai seperti hantu.Arrayyan (Shukri Yahaya) terkejut apabila Diela dapat cari penggantinya dalam masa yang singkat. Namun, Arrayyan akur dan menerima Abby sebagai pembantu peribadinya. Yang Arrayyan tidak sangka, sikap Abby yang cepat melatah dan suka menjawab bakal mencabar dirinya sebagai seorang bos yang sering ditakuti oleh pekerjanyaPada hari pertama, Arrayyan menyuruh Abby memperkenalkan diri kepada semua staf. Abby cemas dan terus dimarah oleh Arrayyan, Abby menjawab secara spontan dan membuatkan semua orang terpaku dengan keberaniannya. Arrayyan memaafkannya sebab baru hari pertama Abby bekerja.

Arrayyan mula naik angin apabila Abby membalas tengkingannya. Itu merupakan kali pertama Arrayyan ditengking dalam seumur hidup. 
Pada mulanya, Arrayyan sukar untuk menerima telatah Abby yang suka melatah. Namun, dia akur apabila Abby segera meminta maaf.
Seluruh pejabat mentertawakan Arrayyan yang terkebil-kebil ditengking Abby. Oleh kerana terlalu bengang, Arrayyan hendak memotong gaji semua orang sebanyak 20%. Abby rasa bersalah dan meminta Arrayyan memotong gajinya. Dato’ Zainuddin, ayah kepada Arrayyan membuat lawatan mengejut ke pejabat. Dia memerhatikan sikap garang Arrayyan pada Abby. Dato’ Zainuddin berpesan kepada Arrayyan untuk mengawal kemarahan. Dato’ Zainuddin turut memberi amaran supaya Abby ialah pembantu peribadinya yang terakhir. Pada masa yang sama, Abby berusaha mengambil hati Arrayyan. Arrayyan mula tertarik dengan kepetahan Abby ketika berinteraksi dengan klien. Kerjaya Abby yang baru bermula di syarikat Arrayyan terjejas dengan tuduhan bekas majikannya, kononnya dia dipecat kerana menggoda bos. Arrayyan marah dan mahu memecat Abby. Apakah jalan penyelesaian yang dilakukan oleh Arrayyan untuk mengetahui perkara sebenar tentang pembantu peribadinya itu? Adakah perbuatan Abby itu seburuk seperti diperkatakan?

Lagu Tema / OST Hantu Punya Bos
⇰ Hantu Atau Buaya Nyanyian Nanasheme

Read More »

Baca Online Novel Hantu Punya Bos

Baca Novel Hantu Punya Bos! Secara Online

Assalammualaikum..
Novel Hantu Punya Bos Karya Novelis Dekna Lee telah diadaptasi menjadi Drama Bersiri yang tengah hangat disiarkan di Slot Iris TV3. Shukri Yahaya berlakon menjadi watak Arrayyan Zainuddin manakala Intan Najuwa menjadi Abby. Jadi sambil - sambil tengok drama tu, bolehla baca novel hantu punya bos ni secara online gak. Caranya just klik jer link kat bawah ni k. Selamat Membaca..
Baca Online Novel Hantu Punya Bos Bab 1 - 15 (Drama Adaptasi Novel)

Read More »

29 Nov 2016

Sinopsis Drama Love You Mr Arang

Sinopsis Drama Love You Mr Arang Slot Iris TV3

Assalammualaikum..
Drama Love You Mr Arang adalah drama terbaru di Slot Iris Tv3 menggantikan Drama Tak Beli Tak Cinta yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Amirul Faqeem, Hanna Aqeela, Maria Farida, Ryzal Jaafar, Dazrin Kamaruddin, Ieda Moin, Zalif Sidek, Ani Maiyuni, Mustapha Kamal, Zarina Zainuddin, Ikhlas Jalil dan ramai lagi. Drama Love You Mr Arang ni dah disiarkan sejak 23 November yang lalu dan mempunyai 20 episod serta diarahkan oleh Along Kamaludin dan diterbitkan oleh Promeworks Studios Sdn Bhd. Agak kelakar bila tengok tajuk drama ni hehe, apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Love You Mr Arang

 Mengisahkan Irma (Hanna Aqeela) yang didesak oleh ibunya untuk kahwin secepat mungkin. Irma sangat tertekan kerana perlu mencari pasangan hidup dalam masa yang singkat untuk mengelakkan berkahwin dengan pilihan ibunya. Hanna berkata bahawa dia sudah ada pilihan hatinya sendiri. Selepas berjumpa, pilihan hatinya langsung tidak menepati ciri-ciri ibunya. Ibu Irma, Datuk Sherry (Maria Farida) yang berangan untuk mempunyai menantu yang kulitnya cerah dan putih melepak itu terus hanyut apabila Irma memperkenalkan bakal suaminya, Fariz (Amirul Faqeem). Tidak puas hati dengan pilihan Irma, Datuk Sherry terus menggelar Fariz yang berkulit gelap sebagai Mr. ArangFariz pula berasal dari kampung dan merupakan sumber pendapatan bagi keluarganya. Satu hari, Fariz terlanggar kereta Irma. Irma terus mengamuk dan meminta ganti rugi sebanyak RM 5 ribu. Fariz terkejut dimarahi oleh Irma walaupun dia yang bersalah. Bagi Fariz, maruahnya seperti tercalar dan egonya tercabar. Selepas insiden kemalangan itu, Irma tidak menerima apa-apa berita daripada Fariz. Irma didesak oleh ibunya lagi dan mahu dikahwinkan dengan sepupunya, Imran. 

Mengetahui niat Imran sebenarnya mempunyai agenda untuk mengambil alih syarikat ibunya, Irma tolak serta-merta. Tidak mempunyai pilihan lain, Irma hanya boleh memikirkan Fariz seorang sahaja lagi yang boleh menyelamatkannya daripada paksaan Datuk Sherry. Fariz dijadikan mangsa buat Irma dengan perjanjian hutang Fariz dapat dilangsaikan jika Fariz bersetuju untuk menjadi teman lelakinya. Irma juga berjanji dia tidak akan mengganggu Fariz lagi selepas itu. Fariz terpaksa bersetuju. Datuk Sherry yang langsung tidak menyukai Fariz mengesyaki hubungan sebenar anaknya dengan Fariz lalu mendesak Irma untuk berkahwin kerana dia ingin menguji. Namun, Encik Azman, ayah Irma sangat sukakan cara Fariz kerana Fariz menyerupai hidupnya masa muda dulu. Akhirnya Irma mahu mengupah Fariz sebagai suami kontrak untuk tiga bulan. Manakala, Fariz pula mendapat idea untuk mengenakan Irma. Fariz meletakkan syarat bahawa Irma perlu ikut dia balik ke kampung. Fariz membuat beberapa permintaan yang melampau dengan harapan Irma akan insaf dan membatalkan niatnya. Irma hanya menuruti semua permintaan Fariz. Di kampung, Irma terharu dengan layanan baik oleh Mak Tom, ibu Fariz. Bagaimanakah hidup rumah tangga mereka? Adakah cinta bakal hadir di antara Fariz dan Irma? 

Read More »

28 Ogo 2016

Sinopsis Drama Kahwin Muda TV3

Sinopsis Drama Kahwin Muda Slot Iris Tv3

Assalammualaikum..
Drama Kahwin Muda adalah drama terbaru untuk Slot Iris Tv3 yang mula disiarkan pada 22 Ogos yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang. Drama Kahwin Muda ini dilakonkan oleh Fadlan Hazim, Chacha Maembong, Aziza Kazan, Jasmine Ashraff, Sharonizam, Esma Daniel, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi. Drama 12 episod ini diarahkan oleh Pali Yahya dan merupakan terbitan Rumah Karya Citra. Apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Kahwin Muda

Rizal dan Nilam berkawan sejak sekolah rendah lagi dan digelar Romeo & Juliet. Selepas SPM mereka mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkara tersebut mengejutkan ibu bapa mereka. Ibu bapa membenarkan perkahwinan mereka dengan syarat mereka perlu hidup berdikari.

Kedua-dua mereka lulus dengan cemerlang dalam SPM. Sementara itu Kasih sedang mengandung. Amrin mula bimbang jika dia gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa. Adakah mereka berdua dapat mengharungi melalui cabaran hidup dilalui?

Read More »

31 Mac 2016

Sinopsis Drama Ahli Mesyuarat Tingkap Slot Iris TV3

Ahli Mesyuarat Tingkap
Sinopsis Drama Ahli Mesyuarat Tingkap Slot Iris TV3

Assalammualaikum..
Drama Ahli Mesyuarat Tingkap telah pun disiarkan di Slot Iris Tv3 sejak 23 Mac yang lalu. Drama ini dilakonkan oleh Rita Rudaini sebagai Zai, Izreen Azminda sebagai Ju, Sherry Alhadad sebagai Ira, Azrel Ismail sebagai Azmel, Mia Ahmad, Lufya Omar, Lia Natalia, Idris Khan, Fizz Fairuz dan ramai lagi. Drama Ahli Mesyuarat Tingkap ni mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Azman Yahya serta merupakan terbitan JS Pictures. Jom layannn sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Ahli Mesyuarat Tingkap 

Mengisahkan tiga orang rakan baik iaitu Zai (Rita Rudaini), Ju (Izreen Azminda) dan Ira (Sherry Alhadad) yang saling mengenali di bangku sekolah menengah lagi. Setelah dewasa dan berkerjaya mereka cuba menganjurkan majlis pertemuan semula yang digelar ‘Reunion of The Year’ untuk rakan-rakan sekolah mereka. Mereka menggelarkan kumpulan mereka sebagai Ahli Mesyuarat Tingkap. Mana tidaknya, bukan sahaja pasal pencarian teman-teman lama mereka dibincangkan malah bahan gosip juga tidak kurang menjadi perhatian tiga sahabat wanita ini. Apa sahaja yang terlintas di hati mereka ada sahaja yang ingin dibualkan.



Pertemuan mereka itu sering menarik perhatian orang sekeliling ekoran aksi mereka yang dianggap keterlaluan walaupun membabitkan masalah kecil. Sesuai dengan tagline mereka iaitu ‘Tak Over, Tak Sah’.

Setiap daripada mereka mempunyai kerenah masing-masing. Zaiti atau dipanggil Zai (Rita Rudaini) oleh rakan-rakannya merupakan peminat no.1 drama Melayu. Paling diminati Zai ialah hero slot Akasia, Saharul Ridzwan. Dia bercita-cita untuk berkahwin dengan hero kesayangannya itu. Malah apa sahaja majalah, poster atau surat khabar yang meletakkan gambar aktor itu, pasti Zai akan mendapatkannya. Namun sifat fanatiknya itu juga selalu merisaukan rakan-rakannya yang lain.

Ju (Izreen Azminda) pula seorang yang suka berterus terang dengan pendapatnya. Ju memiliki perniagaan butiknya yang tersendiri. Namun dia tidak suka dengan ‘trend’ selebriti Malaysia yang asyik menjual tudung. Baginya mereka tidak kreatif dan memberi persaingan kepada perniagaannya. Manakala Ira (Sherry Al-Hadad) adalah pakar pastri dan manisan. Malah dialah pembekal kek di kedai Datin Bobo (Kuna) di mana mereka sering menghabiskan masa bersama. Namun itu bukan satu sahaja sebab mereka ke sana. Sebab lain ialah Ju dan Ira telah jatuh hati dengan anak Datin Bobo, Azmel (Azrel Ismail).

Di dalam setiap episod, ada sahaja misi Zai, Ju dan Ira selain cuba mengumpulkan teman-teman mereka yang lain untuk majlis pertemuan semula mereka. 



Read More »

19 Jan 2016

Sinopsis Drama Kak Marr Slot Iris TV3

Assalammualaikum..
Drama Kak Marr sudah pun mula bersiaran di Slot Iris Tv3 sejak 13 Januari yang lalu. Drama Kak Marr ini dilakonkan oleh Rozita Che Wan, Izreen Azminda, Sherry Ibrahim, Redza Rosli, Hairi Safwan dan ramai lagi. Anak Che Ta iaitu Aaisha Dhia Rana juga turut serta dalam drama ni kira macam special appearance gitu. Nampak menarik jalan cerita Kak Marr ni selain dibarisi pelakon yang best2. So jom layan sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Kak Marr

Kak Marr (Che Ta) bekas jurusolek artis yang cantik, glamour dan terkenal dalam bidangnya itu. Namun setelah meningkat usia, Kak Marr mengambil keputusan untuk bersara dan pulang ke kampungnya. Di kampung, Kak Marr membuka sebuah gerai makan yang mendapat sambutan dan terkenal dengan Mee Udangnya. Kecantikan Kak Marr juga membuatkan seorang duda bernama Zolkifli (Redza Rosli) jatuh cinta tapi seringkali terlepas peluang untuk menyatakan rasa hatinya kepada Kak Marr. Kak Marr turut menjual produk kecantikan dan ramailah juga orang kampung terutamanya golongan isteri dan gadis berpusu-pusu datang ke kedainya untuk turut menjadi cantik dan bergaya seperti Kak Marr.

Namun kerana kehadiran Kak Marr, telah membuatkan perniagaan Asmah (Izreen Azminda) yang menjual laksa semakin merudum. Tiada lagi pelanggan datang ke kedainya, jualannya juga tidak habis kerana semua orang bertumpu ke kedai Kak Marr. Ditambah pula dengan hasutan-hasutan Kak White yang dengki dengan kejayaan Kak Marr. Kak White turut mencadangangkan kepada Asmah untuk berjumpa bomoh bagi merosakkan perniagaan Kak Marr. Berjayakah rancangan Asmah untuk menjatuhkan Kak Marr? Saksikan celoteh Kak Marr, perangai gedik Asmah, ragam pekerja dan pelanggannya dalam drama keluarga komedi Kak Marr ini setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang.

Read More »

20 Nov 2015

Sinopsis Drama Abang Sado Jemur Kain Slot Iris TV3

Assalammualaikum..
Drama Abang Sado Jemur Kain adalah drama terbaru untuk Slot Iris Tv3, ianya telah mula disiarkan mulai 16 November yang lalu dan mempunyai 20 episod. Drama Abang Sado Jemur Kain ni dilakonkan oleh Shah Jaszle, Janna Nick, Lan Siro, Cat Farish, Idris Khan, Ammar Alfian, Afzan Rahman dan ramai lagi. Sape layannn drama ni?? Sementara nak tunggu drama Akulah Balqis tu bolehla layan drama ni sekejap sebab setengah jam jer bila masuk iklan semua tak sampai pun setengah jam hehehe. Apapun jom layann sinopsis drama Abang Sado Jemur Kain kat bawah ni k..

Sinopsis Drama Abang Sado Jemur Kain

Mengisahkan Marzuki (Shah Jaszle), Budin dan Riduan (Cat Farish dan Lan Siro) yang telah membuka tempat penjagaan haiwan. Satu hari, kedai haiwan Marzuki didatangi seorang wanita Cina yang kelihatan sedih mengadu kucingnya mati dan meminta bantuan Marzuki untuk menguburkan kucingnya. Marzuki bersimpati lalu membantu wanita itu. Pada sebelah malam ketika dalam perjalan ke rumah, Marzuki bertembung dengan sekumpulan pemuda yang sedang membelasah seorang lelaki. Marzuki mengenali lelaki yang dibelasah itu sebagai Idrus lalu membantu menyelamatkanya. Menurut Idrus, budak-budak itu yang memukulnya itu adalah samseng jalanan yang mencuba untuk merompaknya.


Setibanya dirumahnya, Marzuki disambut oleh isteri tercinta bernama Elyana (Janna Nick) dan anak lelakinya Amir. Marzuki berasa amat bertuah kerana mempunyai keluarga yang bahagia. Ibu mertuanya, Mariam (Kartina Aziz) juga turut menjaga kebajikan anak menantunya dengan menyediakan makan malam. Ketika mereka sedang berehat bersama keluarga, Marzuki dikejutkan dengan satu panggilan. Ianya adalah daripada kawannya Dino, yang sedang dalam bahaya. Marzuki bergegas keluar dari rumah untuk membantu kawannya dan ini membuatkan hati ibu mertuanya tidak keruan. Sebaik sahaja Marzuki hendak keluar rumah, Mariam berasa curiga terus bertanya kepada menantunya. Mariam tahu tentang kisah silam Marzuki yang merupakan bekas samseng. Marzuki berkeras menyangkal tuduhan Mariam.

Apabila berjumpa Dino, dia menceritakan kepada Marzuki yang dia telah diancam oleh sekumpulan samseng kerana tersalah mengurat wanita yang merupakan isteri kedua seorang ketua kumpulan samseng. Dino kecewa apabila Marzuki tidak dapat membantunya kerana dia telah bersara daripada menjadi samseng. Bagaimana Dino ingin menyelamatkan diri sendiri? Adakah Dino berjaya memujuk Marzuki untuk menyelamatkannya daripada kumpulan samseng yang mengejarnya itu?

Read More »

13 Okt 2015

Sinopsis Alaa Bib Slot Iris TV3

Assalammualakum..
Drama Alaa Bib adalah drama terbaru di Slot Iris Tv3 yang dilakonkan oleh Nur Risteena, Iqram Dinzly, Atikah Suhaimie, Shafiq Kyle dan ramai lagi. Drama Alaa Bib disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang di tv3. Apapun jom layannn Sinopsis Drama Alaa Bib kat bawah ni k..

Sinopsis Alaa Bib..

Suatu hari, Bibah mendapat poskad daripada London dan kiriman tersebut adalah daripada buah hatinya, Hakim. Hakim yang bakal pulang ke Malaysia membawa hajat yang besar, iaitu untuk meminang seorang gadis yang dikenalinya. Bibah menyangkakan bahawa Hakim ingin meminangnya sehingga dia menolak lamaran Luqman (Ammar Titan) yang sangat menyukai Bibah. Lebih malang lagi, Bibah dikejutkan dengan kepulangan Hakim yang rupa-rupanya ingin meminta Bibah untuk menjadi pengapit bakal isterinya, seorang wanita yang dikenalinya di London.

Bibah kemudiannya bertemu semula dengan teman lamanya, Mira (Atikah Suhaime) yang sudah berubah menjadi lebih cantik dan kaya. Bibah mendapat tahu bahawa Mira menjadi kaya raya kerana dia telah berkahwin dengan seorang lelaki yang kaya. Mira mengajak Bibah untuk melakukan pelaburan. Setelah dirayu-rayu oleh Bibah, ibunya meminjamkan wang sebanyak RM2, 000 untuk pelaburan yang sebenarnya ingin digunakan oleh Bibah untuk membeli baju baharu, alat solek dan perhiasan dengan satu tujuan, iaitu untuk memikat lelaki kaya. Adakah strategi Bibah untuk mendapatkan lelaki kaya akan berjaya?

Read More »

22 Mei 2015

Sinopsis Drama Rubber Band Slot Iris TV3

Assalammualaikum..
Drama Rubber Band adalah drama terbaru untuk Slot Iris Tv3 dan akan mula bersiaran pada 18 Mei ini. Drama ini dilakonkan oleh Beto Kushairy, Sara Ali, Bil Azali dan ramai lagi. Nampak best jer drama ni tambah2 ada Beto Kushairy gitu dan pengarah drama ini adalah Sabri Yunus uolls. Harus tengok ni, sinopsis die  pun best. Apapun jom layan sinopsis drama Rubber Band kat bawah ni yer..'

Sinopsis Drama Rubber Band

Rubber band mengisahkan mengenai Rahim (Beto Kusyairi) lelaki buta yang gemar bermain gitar dan menyanyi. Rahim tinggal di kampung bersama ibunya, Mak Nah. Satu hari, Alimin (Ezany Nizariff) iaitu rakan sekampung Rahim telah pulang ke kampung dan mengajak Rahim untuk bekerja di Kuala Lumpur. Rahim dijanjikan pekerjaan sebagai penyanyi. Pada mulanya Mak Nah keberatan apabila memikirkan keselamatan Rahim lebih-lebih lagi anaknya itu berbeza dengan orang lain. Tetapi setelah didesak dan dipujuk, Mak Nah benarkan. Setelah tiba di Kuala Lumpur, rupa-rupanya Rahim menjadi penyanyi jalanan. Alimin mengambil kesempatan atas kekurangan Rahim untuk mengaut keuntungan tetapi masih lagi menjaga Rahim dengan baik. Satu hari, Rahim telah ditinggalkan dengan sengaja oleh orang-orang suruhan Alimin yang sering mengenakannya. Rahim akhirnya sedar, dia telah dipergunakan Alimin dan akhirnya melarikan diri. Rahim tidak tahu hendak menuju ke mana dia hanya menurut gerak hatinya untuk melangkah demi mencari rezeki yang akhirnya menemukannya dengan Basir (Suffian). 


Basir seorang lelaki yang gagap dan bekerja di sebuah kedai makan. Basir sering sahaja dimarahi oleh majikannya sehingga dia diberhentikan kerja. Setelah itu, Basir mengikuti Rahim menjadi penyanyi jalanan sambil menjual ubat. Oleh kerana kecatatan mereka, mereka dipandang rendah oleh masyarakat. Namun, kecacatan tersebut tidak melemahkan azam mereka untuk menjadi seseorang yang dikenali dalam masyarakat. Menyedari hakikat bahawa kecacatan merupakan satu-satunya batu penghalang bagi kejayaan mereka, mereka mengambil keputusan untuk bergabung tenaga bagi menubuhkan sebuah kumpulan musik dengan bantuan Jelita (Sara Ali), seorang produser yang telah melihat bakat mereka menyanyi.



Jelita ingin membantu mereka dan membuka mata masyarakat walaupun mereka cacat, mereka masih punya sesuatu yang istimewa untuk dikongsikan. Dari situ, mereka mula membina strategi bagaimana untuk menjadi terkenal meskipun mempunyai kekurangan fizikal. Mereka menamakan kumpulan mereka sebagai “Rubber Band”. Dalam perlahan-perlahan mendaki tangga kemasyuran, satu-persatu kisah lucu terjadi dan menduga persahabatan Rahim dan Basir. Adakah mereka akan terus kekal bersatu dan berjaya melalui rintangan demi untuk populariti yang diangankan?


Sinopsis credit to EDtv..
Read More »

6 Mac 2015

Sinopsis Drama Suami Sebelah Rumah Slot Iris TV3

Assalammualaikum..
Nampaknya Tv3 dah ada Slot baru iaitu Slot Iris dan drama yang akan ditayangkan menerusi Slot Ini bermula 2 Mac ini, adalah drama Suami Sebelah Rumah. Drama Suami Sebelah Rumah ini dilakonkan oleh Izzue Islam, Ayda Jebat, Nazrief Nazri, Zulin Aziz, Sherry Al-Shadad dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Azman Hj Yahya. Drama Suami Sebelah Rumah ini adalah adaptasi daripada Novel yang tajuknya juga sama dan merupakan hasil karya Ana Sofia. Jom layannn Sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopsis Suami Sebelah Rumah

Mengisahkan Eryna mengahwini suaminya yang tinggal di sebelah rumah. Walaupun mempunyai ikatan sah, mereka tidak hidup serumah. Demi memiliki cinta Eryna, Amar rela menerima syarat Eryna. Namun segalanya tidak seperti yang dirancangkan, timbul persaingan sengit di rumah dan di tempat kerja apabila masing-masingnya ingin memiliki cinta Amar. Sedarkah mereka hati Amar telah dimiliki Eryna? Bagaimana reaksi Eryna apabila suaminya sendiri menjadi rebutan rakan-rakannya?
Segalanya bermula apabila Azlan yang sepatutnya menjadi suami Eryna, telah membatalkan majlis pernikahan mereka di saat akhir setlah egala persiapan telah dibuat. Amar nekad untuk mencuri hati Eryna sebelum Azlan kembali menagih kasih. Kerana itu, dia memilih untuk menjadi jiran sebelah rumah isterinya. Kononnya mudah untuk dia mengurat Eryna. Malangnya, bukan Eryna yang jatuh hati tetapi Anis, teman serumah isterinya itu.

Amar memang pandai mengambil hati. Sentiasa berusaha untuk memikatnya. Jadi, sebelum Amar disambar Anis yang dah terpikat sepenuhnya terhadap Amar, Eryna perlu buat keputusan. Kedatangan ibubapa masing-masing menimbulkan lagi huru-hara. Dalam kemelut, Azlan datang menganggu Eryna dan Amar hingga membuat onar menyatakan mereka melakukan maksiat. Begitu juga dengan kehadiran Doktor Wani di hospital yang tak jemu mencanang di hospital yang Doktor Amar tu dia yang punya. Apa yang akan terjadi seterusnya? kena la tonton drama ni nanti.

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017