-->

30 Dis 2016

Sinopsis Drama Hantu Punya Bos TV3

Sinopsis Drama Hantu Punya Bos Slot Iris TV3

Assalammualaikum..
Drama Hantu Punya Bos akan mula disiarkan di Slot Iris TV3 pada 28 Disember untuk menggantikan Drama Love You Mr Arang yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Shukri Yahaya, Intan Najuwa, Aizat Hassan, Julia Marin, Afiera Riana, Fahmy Reza, Iszander Nor, Tengku Fiella, Serina, Vicha Saywho, Tash Yong dan ramai lagi. Drama ini merupakan adaptasi daripada Novel Hantu Punya Bos karya Novelis Dekna Lee. Selain itu, Drama 20 episod ini diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh MIG Production Sdn Bhd. Nampak macam menarik je drama ni kan, apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Hantu Punya Bos 

Mengisahkan Abby (Intan Najuwa) yang mengambil keputusan secara mengejut untuk menggantikan tempat kerja sahabat baiknya, Diela kerana memerlukan wang untuk mengubati ibunya yang sedang sakit di kampung. Diela pula tidak sabar untuk berhenti bekerja dengan bos yang berperangai seperti hantu.Arrayyan (Shukri Yahaya) terkejut apabila Diela dapat cari penggantinya dalam masa yang singkat. Namun, Arrayyan akur dan menerima Abby sebagai pembantu peribadinya. Yang Arrayyan tidak sangka, sikap Abby yang cepat melatah dan suka menjawab bakal mencabar dirinya sebagai seorang bos yang sering ditakuti oleh pekerjanyaPada hari pertama, Arrayyan menyuruh Abby memperkenalkan diri kepada semua staf. Abby cemas dan terus dimarah oleh Arrayyan, Abby menjawab secara spontan dan membuatkan semua orang terpaku dengan keberaniannya. Arrayyan memaafkannya sebab baru hari pertama Abby bekerja.

Arrayyan mula naik angin apabila Abby membalas tengkingannya. Itu merupakan kali pertama Arrayyan ditengking dalam seumur hidup. 
Pada mulanya, Arrayyan sukar untuk menerima telatah Abby yang suka melatah. Namun, dia akur apabila Abby segera meminta maaf.
Seluruh pejabat mentertawakan Arrayyan yang terkebil-kebil ditengking Abby. Oleh kerana terlalu bengang, Arrayyan hendak memotong gaji semua orang sebanyak 20%. Abby rasa bersalah dan meminta Arrayyan memotong gajinya. Dato’ Zainuddin, ayah kepada Arrayyan membuat lawatan mengejut ke pejabat. Dia memerhatikan sikap garang Arrayyan pada Abby. Dato’ Zainuddin berpesan kepada Arrayyan untuk mengawal kemarahan. Dato’ Zainuddin turut memberi amaran supaya Abby ialah pembantu peribadinya yang terakhir. Pada masa yang sama, Abby berusaha mengambil hati Arrayyan. Arrayyan mula tertarik dengan kepetahan Abby ketika berinteraksi dengan klien. Kerjaya Abby yang baru bermula di syarikat Arrayyan terjejas dengan tuduhan bekas majikannya, kononnya dia dipecat kerana menggoda bos. Arrayyan marah dan mahu memecat Abby. Apakah jalan penyelesaian yang dilakukan oleh Arrayyan untuk mengetahui perkara sebenar tentang pembantu peribadinya itu? Adakah perbuatan Abby itu seburuk seperti diperkatakan?

Lagu Tema / OST Hantu Punya Bos
⇰ Hantu Atau Buaya Nyanyian Nanasheme

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017