-->

23 Dis 2016

Sinopsis Filem Interchange

Sinopsis Filem Interchange Lakonan Sam & Nicholas Saputra

Assalammualaikum..
Filem Interchange sudah ditayangkan di pawagam pada 1 Disember 2016 yang lalu, filem Interchange arahan Dain Iskandar Said ini menggabungkan pelakon Malaysia dan juga Indonesia seperti Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Iedil Putra, Prisia Nasution, Nadiya Nissa, Alvin Wong dan ramai lagi. Rasanya ramai yang teruja untuk tengok filem ni kan, tambah2 bila ada pelakon yang best2 dan jalan cerita filem ini juga unik dan menarik. Tambahan lagi Filem terdahulu Dain Said iaitu Bunohan turut dapat banyak anugerah dalam Festival Filem Malaysia Ke 25. Jadi mungkinkah Filem Interchange ni akan mengulangi kejayaan filem Bunohan? Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Interchange

Mengisahkan tentang Adam (Iedil Putra) seorang jurufoto forensik yang telah dibawa oleh rakan baiknya, Detektif Man (Shaheizy Sam) untuk menyiasat satu siri kes pembunuhan ngeri di sebuah bandar yang penuh dengan rahsia. Kes itu menjadi igauan dan memberi kesan mendalam kepada Adam. Sejak peristiwa itu, Adam mula menyendiri dan menghindari dunia nyata serta sering meluangkan masa mengambil foto dari balkoni apartmennya. Satu lagi kes pembunuhan berlaku di mana terdapat banyak persamaan dengan kes yang berlaku sebelum ini menjadikan Adam terdesak untuk menyelesaikan misteri tersebut yang dipenuhi dengan darah dan mayat, bulu-bulu yang tidak pernah wujud dan fotograf antik yang berpunca daripada rakaman-rakaman Iva (Prisia Nasution), seorang wanita menawan berasal dari Borneo yang baru sahaja berpindah ke apartmen berhadapan dengan Adam.


Iva dalam misi untuk membebaskan jiwa suku kaumnya yang terperangkap dalam plat kaca negatif masa lampauAdam mula mendekati Iva, lalu membawanya lebih mendalam mengenai kes yang disiasat hingga akhirnya menemukan seorang lelaki dengan kuasa luar biasa iaitu Belian (Nicholas Saputra) yang muncul dari tahyul kuno. Tatkala Adam dibawa masuk ke dalam dunia puak asli Iva, Man berjaya mengorek kes pembunuhan yang berlaku dan akhirnya berhadapan dengan pelbagai kejadian mistik, ngeri dan dipenuhi dengan kepercayaan-kepercayaan dahulukala yang kembali hidup. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.


2 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017