-->

3 Dis 2016

Review K-Drama “Incarnation of Jealousy” (2016)

Ini dia K drama terbaru yang bakal mencuri perhatian kamu, tayang mulai bulan Ogos 2016 yang lalu “Incarnation of Jealousy” atau “Jealousy Incarnate” yang akan memberikan warna tersendiri sebagai salah satu drama korea romantis tahun 2016 ini. Sebenarnya drama korea yang satu ini sudah banyak kamu dengar desas desusnya. Awalnya siri drama ini memang sudah akan disiarkan pada bulan Jun yang lalu, tapi kerana satu dan lain hal akhirnya diundur hingga bulan Ogos 2016.

Bagaimana dengan jalan cerita atau sinopsis drama korea ini? sudah tak sabar nak tahu?
 Kalau anda masih ingat dengan serial drama Korea berjudul Pasta" yang ditayangkan beberapa tahun yang lalu, mungkin anda akan mendapatkan inti cerita yang hampir sama, namun dengan detail yang berbeza. Intinya memang masih berkisarkan tentang kisah cinta yang terjadi di tempat kerja (cinta lokasi)
Kalau dalam drama Korea "Pasta" cinta lokasi terjadi di dapur restoran, kalau dalam drama terbaru ini akan mengambil setting di pejabat berita sebuah stesyen TV. Kisah cinta yang terjadi adalah antara seorang penyampai berita dan penyampai ramalan cuaca.
Gambar: youtube.com

Dalam salah satu drama Korea terbaik tahun 2016 ini anda akan berjumpa kembali dengan pelakon hebat Gong Hyo-jin yang cantik,  berbakat besar dan kemas sentiasa (seperti dalam serial "Pasta"). Dialah yang akan berperanan sebagai pengacara / penyampai berita kaji cuaca bernama Pyo Na-Ri.  Ia akan bergandingan dengan Jo Jung-seok yang berperanan sebagai penyampai berita bernama Lee Hwa-shin. Sebagai seorang reporter yang berdedikasi dan juga macho, ia juga memiliki skill, kecerdasan, dan ketampanan dalam semua aspek, sehingga kariernya sebagai seorang penyiar berita pun semakin menyinarSama seperti cerita "Pasta", kisah cinta antara watak utama tidak serta merta muncul di awal, namun berlangsung dengan serangkaian proses dan kejadian yang berliku-liku. Jadi pada awalnya nanti anda akan dapat melihat persaingan sengit di antara mereka sebagai rakan kerja di tempat kerjanya. Mereka bersaing untuk mendapatkan posisi dan prestasi yang terbaik dengan berbagai macam cara. 

Maka justeru itu, dalam persaingan tersebutlah, cinta mereka akhirnya bersemi. Tapi kebanyakan jejaka dan gadis Korea dengan ego setinggi langit, maka mereka berdua tidak ada yang mahu terlebih dahulu mengakui perasaan mereka masing-masing. Keseronokkan drama ini bukan hanya ada pada watak  Gong Hyo-jin dan Jo Jung-seok saja, malah ada Beberapa Pelakon lain yang membuat ceritanya menjadi lebih best. Siapa saja mereka? Lee Mi-sook (Kye Sung-Sook), Lee Seong-jae (Kim Rak), dan Park Ji-yeong (Bang Ja-Young) adalah antara tiga watak utama lainnya yang akan terlibat dalam cinta segitiga yang juga seronok untuk ditontonSo, daripada makin tidak sabar, lebih baik anda tonton sendiri drama yang satu ini mulai bulan Ogos 2016 yang lalu dan kemungkinan baru akan selesai pada akhir tahun 2016 nanti. Catat tanggal mainnya, Rabu dan Kamis di SBS pada pukul 22.00 (waktu korea setempat) ataupun tonton online saja. Drama ini kemudiannya akan diganti dengan drama The Legend Of The Blue Sea lakonan Lee Min Ho dan Jun Ji Hyun.

1 ulasan:

  1. Memang watchlist wajib untuk kaki k pop ni 😄

    ⛔⛔ Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan ⛔⛔

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017