-->

6 Dis 2016

Kedudukan Markah Final Gegar Vaganza 2016 (GV3)

Azharina Juara Gegar Vaganza Musim Ketiga

Pentas Akhir Gegar Vaganza Musim Tiga berlangsung dengan sengit kerana persembahan dari setiap peserta yang sangat memukau. Azharina Azhar yang dinobatkan sebagai Juara pertandingan akhir Gegar Vaganza Musim Ketiga dengan kutipan markah keseluruhan sebanyak 82.4 berjaya menewaskan lima peserta akhir iaitu Ameng, Intan Sarafina, Siti Sarah, Zarul dan Gmie sekali gus berjaya membawa wang tunai sebanyak Rm100,000, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian Eropah, trofi dan peluang rakaman sebuah single baru terbitan Astro. Manakala Siti Sarah yang merangkul tempat kedua dengan 76.3 markah  dan juga memenangi Persembahan Pilihan Penonton yang turut membawa pulang wang tunai sebanyak Rm5000. Zarul yang menduduki tangga ketiga dengan markah sebanyak 73.1 dan diikuti dengan Ameng dengan markah 54.3, Intan Sarafina dengan 52.8 markah dan di tempat ke-6, Gmie dengan kutipan markah 52.1." (Sumber)..
Gambar Throwback ketika Azharina di Final Bintang RTM 2001

Dari awal aku dah agak yang Azharina akan jadi juara n aku pun memang suka dengan suara die. Tapi bila die bercakap memang nampak pelik sikit sebab suara die besar tapi bila die menyanyi memang woww sedap suara die. Ikutkan Masa Azharina masuk Bintang RTM 2001 tu sekali dengan Siti Sarah, Misha Omar dan Farawahida aku ada tengok hehe. Ketika tu aku heran dengan juri bila Misha tak masuk dalam top 3, apapun tu semua kisah lama kan. Berbalik pada GV2016 ni memang semua finalis best2 dan agak terkejut gak bila Gmie dapat nombor 6 dan aku rasa ni mesti sebab Battle Round tu. Apapun rezeki masing2 kan. Moga semua finalis terus menyinar selepas GV2016 ni tamat.

2 ulasan:

  1. xda tgk live msa final ni tp pserta smua mmg awesome =D
    Tahniah Azharina !

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017