-->
Memaparkan catatan dengan label undi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label undi. Papar semua catatan

7 Mac 2016

Keputusan Pemenang Mentor Milenia 2016

Fareez Juara Mentor Milenia 2016

Assalammualaikum..
Berakhir sudah Mentor Milenia yang menobatkan Fareez sebagai juaranya. Fareez ni anak kepada pelakon Fauzi Nawawi. Aku baca dalam paper, ramai yang meramalkan Qody ada harapan jadi juara, apapun ni semua rezeki masing2 kan.  3 Finalis iaitu Fareez, Qody dan Wanie berentap di Konsert Akhir Mentor Milenia dan tahniah buat Fareez kerana menjadi juaranya. Jom tengok Senarai Pemenang Mentor Milenia kat bawah ni k..

Keputusan Pemenang Mentor Milenia 2016

Juara Mentor Milenia 2016 -> Fareez
Pemenang Tempat Ke-2 Mentor Milenia 2016 -> Qody
Tempat Ketiga Mentor Milenia 2016 -> Wanie

Read More »

7 Apr 2015

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular (ABPBH2014)

Assalammualaikum..
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 telah pun melabuhkan tirainya pada malam Ahad yang lalu dan menobatkan Shaheizy Sam sebagai Bintang Paling Popular. Bagi aku ABPBH2014 agak sedikit bosan, maybe sebab hosnya kurang lawak, persembahan2 artis pulak biase2 jer, cuma suka gak tengok persembahan pembukaan dari Faizal Tahir yang best dan penuh energy gitu, selain persembahan Dato Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah berduet tu. Tak sangka jugalah Shaheizy Sam akan menang Bintang Paling Popular lagi buat kali ketiganya. Apapun tahniah buat semua pemenang. Jom tengok Senarai Pemenang ABPBH2014 kat bawah ni k..

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular 2014

Anugerah Bintang Paling Popular abpbh 2014: Shaheizy Sam
Artis Baharu Lelaki Popular: Hafreez Adam
Artis Komedi Wanita Popular: Didie Alias


Artis Duo/Berkumpulan Popular: Akim & The Majistret

Pengacara TV Lelaki Popular: Datuk Aznil Haji Nawawi
Penyampai Radio Wanita Popular: Fara Fauzana
Pelakon TV Lelaki Popular: Shah Iskandar
Artis Baru Wanita Popular: Ayda Jebat
Penyampai Radio Lelaki Popular: Johan

Pengacara TV Wanita Popular: Neelofa


Pelakon TV Wanita Popular: Nad Zainal

Artis Komedi Lelaki Popular: Abam (Bocey)
Penyanyi Wanita Popular: Adira
Pelakon Filem Lelaki Popular: Shaheizy Sam
Penyanyi Lelaki Popular: Akim Ahmad
Pelakon Filem Wanita Popular: Siti Saleha

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Tan Sri Dato’ SM Salim
KATEGORI ONLINE


Personaliti Popular: Faiz Dickie

Gandingan Serasi Di Layar: Zul Ariffin dan Ayda Jebat
Pasangan selebriti Romantis: Awal Ashaari & Scha Al-Yahya
Artis Paling Kontrovesi: Sharnaaz Ahmad
Artis Lelaki Stailo: Zul Ariffin
Artis Wanita Stailo: Datuk Siti Nurhaliza

Read More »

22 Mac 2015

Senarai Pemenang Anugerah Drama Festival DFKL 2015

Assalammualaikum..
21 Mac yang lalu berlangsungnya Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015 DFKL2015. AG dan Yana Samsuddin bertindak sebagai pengacara/hos DFKL 2015. Antara kejutan yang berlaku Keputusan Anugerah DFKL ini adalah apabila Ayda Jebat tewas ditangan Amyra Rosli namun Ayda tetap cool jer, lagipun drama lakonan Ayda Jebat dan Zul Ariffin iaitu Rindu Awak 200 peratus tetap menang besar. Antara moment yang paling kelakar masa Sharnaaz Ahmad terpaksa umum pemenang untuk kategori yang dirinya juga tercalon hahaha. Tak leh bayang kalau masa Sharnaaz tengah nak umum pemenang tetiba die yang menang, kiranya macam umum diri sendiri, mesti janggal giler dan lawak gak hihi. Apapun Zul Ariffin yang menang.

Walaubagaimanapun Sharnaaz x pulang dengan tangan kosong, Sharnaaz turut menang bersama Nelydia Senrose gitu. Apapun jom tengok Senarai Pemenang Anugerah Drama Festival DFKL 2015 dibawah ni k..
Senarai Pemenang DFKL2015

Penulis Skrip Drama Pilihan
Nieza Nahar – Rindu Awak 200%
Barisan Pelakon Drama Pilihan
Selamat Pengantin Madu
Pengarah Drama Pilihan
Aidilfitri Mohamed Yunos – Rindu Awak 200%
Pelakon Lelaki Drama Pilihan
Zul Ariffin – Rindu Awak 200%
Pelakon Wanita Drama Pilihan
Amyra Rosli – Kristal Maya
Hero Dan Heroin Drama Pilihan
Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose
Drama Pendek Pilihan
Luahan Abah (Muhamad Haizad Hashim)
Drama Pilihan 
Rindu Awak 200% (Creative Skill Solution)
Read More »

25 Okt 2014

Tahniah Untuk Johan - Juara Super Spontan 2014

Assalammualaikum..
Berakhir sudah Super Spontan 2014 dan seperti diramal Johan menjadi Juara setelah dua tahun berturut-turut menjadi Naib Juara. Tahniah diucapkan. Final Super Spontan musim ini sedikit boring kerana para pemenang sudah mampu dijangka dari awal. Undian juga tidak begitu sengit kecuali untuk di tempat kedua dan ketiga iaitu antara Shuib dan Shahrol. Walaubagaimanapun agak kesian juga dengan Tauke sebab die tidak sepatutnya dapat nombor 6. Tauke selayaknya di nombor 2 tapi apa nak buat, dah rezeki masing2 kan. Pada yang tak menang boleh cuba lagi ditahun hadapan.
Ketika pengumuman semua pemenang dan penyampaian hadiah, masing2 sudah dapat mengagak nombor berapa yg diorang dapat, tanpa dipanggil dan diumumkan, diorang sudah datang ke depan dan ambik hadiah hehehe. Beza dengan Super Spontan di musim pertama dan kedua kerana kedudukan undian juara dan naib juara sangat sengit. Apapun memang rezeki baby agaknya, Johan muncul juara. Tahun depan tiada lagi laa Johan di Super Spontan. Maybe Johan boleh join pula Liga Lawak Superstar di tv3 tu hehehe. Pas dah habis Super Spontan ni, MLM2014 pula bakal menyusul dan hampir semua pelawak popular join kecuali Johan jer.
Apapun tahniah untuk semua finalis Super Spontan iaitu Johan (Juara), Shahrol (naib juara), Shuib (tempat ketiga), Achey (tempat ke-4), Yus (tempat ke-5) dan Tauke (tempat ke-6).

P/s- Korang semua kalau ada masa, silalah isi poll Nuffnang di bahagian kanan blog ini dibawah sekali, klik jer ikon Nuffnang tu n jawab soalan yg disediakan. TQ
Read More »

30 Dis 2013

Senarai 100 Wajah Tercantik Di Dunia 2013 Oleh Independent Critics

Assalammualaikum..
Baru2 ini ada keluar di paper tentang artis negara kita iaitu Soo Wincci tersenarai di kedudukan 91 dlm list The 100 Most  Beautiful Face of 2013. Dlm list tu aku tengok banyak artis Korea tersenarai, dah laa tempat diorang popular dgn pembedahan plastik kan. Heran gak pelakon Bollywood pun Deepika Padukone jer terlepas masuk senarai sedangkan ramai jer yang lawa lagi. Fazura patut masuk dlm list tu kannn hehe.

Apapun Jom tengok sape lagi yang tersenarai dalam 100 Wajah Tercantik Di Dunia 2013.

100- Rosie Huntington-Whiteley
99- Aya Ueto
98- Bella Heathcote
97- Annasophia Robb
96- Cynthia Addai Robinson
95- Vanessa Hessler
94- Woori (Korea)
93- Amanda Seyfried
92- Antonia Lacobescu

91- Soo Wincci 
90- Anna Konchakovskaya
89- Marcela Guirado
88- Louise Bourgoin
87- Elena Satine
86- Fan Bingbing
85- Megan Markle
84- Giulia Arena
83- Gabriella Wilde
82- E-Young (Korea)
81- Nora Kubiliute
80- Victoria Song (Korea)
79- Nora Arnezeder
78- Kate Upton
77- Golshifteh Farahani
76- Holly Earl
75- Jaekyung (Korea)
74- Doukissa Nomikou
73- Sabine Jemeljanova
72- Carice Van Houten
71- Im Yoona (Korea)
70- Mishael Morgan
69- Odeya Rush
68- Elsa Hosk
67- Maite Perroni
66- SooYoung (Korea)
65- Christina Hendricks
64- Hannah New
63- Lizzy (Korea)
62- Vica Kerekes
61- Monica Belluci
60- Ayumi Hamasaki (Jepun)
59- Rose Byrne
58- Jurnee Smollett Bell
57- Lisa Tomaschewsky
56- Haruka Shimazaki (Jepun)
55- Kate Winslet
54- Khristina Ramanova
53- Freida Pinto
52- Aferdita Dreshaj
51- Rachel Weisz
50-Liu Yifei
49- Tone Damli
48- Emma Stone
47- Mila Kunis
46- Mirei Kiritani
45- Keira Knightley
44- Malena Costa
43- Gianna Jun (Korea)
42- Imogan Poots
41- Nozomi Sasaki (Jepun)
40- Jennifer Lawrence
39- IU (Korea)
38- Kate Beckinsale
37- Kerry Washington
36- Cintia Dicker
35- Kate Bock
34- Go Ara (Korea)
33- Natalie Portman
32- Satomi Ishihara (Jepun)
31- Sarah Gadon
30- Zhu Zhu
29- Laura Haddock
28- Megan Young
27- Amber Heard
26- Lupita Nyong o
25- Lea Seydoux
24- Song Hye Kyo (Korea)
23- Tamsin Egerton
22- Meagan Tandy
21- Lily Collins
20- Jessica Jung (Korea)
19- India Eisly
18- Selena Gomez
17- Zara Larsson
16- Nathalie Emmanuel
15- Alison Brie
14- Bae Suzy (Korea)
13- Alexandra Daddario
12- Deepika Padukone (India)
11- Olivia Wilde
10- Jessica Brown Findlay 
9- Kim Taeyeon (Korea)
8- Emma Watson
7- Lena Gercke
6- Alexandra Joner
5- Camilla Belle
4- Emilia Clarke (Winner 2012)
3- Chloe Grace Moretz
2- Nana (Korea)
1- (Winner 2013) ~ Marion Cotillard
Itulah senarainya..sape lebih rajin boleh tengok video dengan klik SiNi..
Read More »

13 Nov 2013

Azhael Tersingkir & AFMASUK Dibuka AF2013

Assalammualaikum..
Ahad Lepas, penonton dikejutkan dengan penyingkiran Azhael yang merupakan satu-satunya peserta Duo yang tinggal dalam AF2013 nih. Rasanya ramai yang menyangka Azhael akan ke Final kerana sering mendapat undian yang agak tinggi juga. Kecoh juga laa kat Twitter bila ramai tidak berpuas hati dengan penyingkiran Azhael ini. Azhael sampai trending di Twitter dan ramai juga yang meminta agar AFMasuk diwujudkan untuk memberi peluang kedua pada peserta2 yang telah tersingkir. AFBUZZ pada hari isnin yang lalu telah mengumumkan yang AFMasuk telah diwujudkan dan para penonton boleh mengundi peserta yang telah disingkirkan untuk diserap masuk kembali sekaligus dapat beraksi di Final.
Keputusan AFMASUK akan diumumkan dalam program Meletop pada hari Selasa yang dikendalikan oleh Nabil & Neelofa. Rasanya untuk undian AFMASUK ni, Azhael sangat berpotensi besar untuk masuk kembali dan beraksi di Final AF2013. Aku confident yang Azhael akan diserap masuknyer. Di program AFBuzz pun Azhael ada cakap yg diorang akan all out di final jika terpilih untuk mendapat peluang kedua. Apapun kita tunggu dan lihat jer.

Ketika semua orang terkejut akan penyingkiran Azhael tu, ada satu perkara kelakar yg berlaku di twitter yang mana twitter AF telah tersalah tag orang. Diorang nak tag Nabila AF2013 tapi tak sengaja tertag Nabil Ahmad (Raja Lawak) n yang bestnyer Nabil siap reply balik n tanya bila masa die nyanyi dgn ella??adoii lawak tul. Ramai gak yang perasan benda ni, Hazama pun siap retweet dan mention Nabil, boleh tgk gambar kat bawah ni hehe.
Kelakar bila last2 Nabil layankan jerr semua n mgaku plak nyanyi dgn ella hahaha..memang tersengih jer tengok jawapan Nabil ni. 
Finalis AF2013-Faizul, Indah, Nabila, Aisyah & Amira

Update!!!!
Dato Siti Nurhaliza telah mengumumkan di program Meletop yang Azhael akan diserap masuk kembali dalam AF2013 dan beraksi di Final.
Read More »

4 Okt 2013

Review Super Spontan 2013 Minggu Ke-5

Assalammualaikum..
Diam tak diam dah 5 minggu Super Spontan 2013 bersiaran, malam ini masuk minggu ke-6 dah. Di Minggu ke-5, Munir telah tersingkir kerana Ketam Konfius telah kalah diminggu ke-4. Manakala di hujung rancangan Super Spontan 2013 minggu kelima, Semut Sentap yang kalah, jadi siapakah yang akan tersingkir??sebab di kumpulan Semut Sentap semuanya hebat2 belaka, tapi ramai yg mengagak yang Noorkhiriah akan tersingkir, apa pun jawapannya di minggu ke-6 nanti. Aisyah AF2013 turut berada dalam Super Spontan untuk mempromosikan AF2013 dan sempat bermain Sketsa Soal-Menyoal dengan Amir.

Game pertama yang diorang main adalah Beku. Suhaimi dan Tauke menjadi wakil team masing2 untuk memulakan permainan ini. Diorang bermain dengan agak baik gak untuk game ini tapi yang kelakarnya bukan main lama lagi diorang atas pentas, takde sape yg nak sebut perkataan beku lalu menggantikan salah sorang daripada mereka. Sampai Tauke pun cakap korang ni kenapa hahaha. Kemudian Ray pun cakap kenapa xde yang sebut beku ni? pastu Ajak Shiro pun masuk mgantikan Suhaimi dan memulakan sketsa baru. Tak lama pastu, Jepp lak masuk menggantikan Tauke dan keadaan mula jadi gamat bila Jepp memparodikan isu isteri Mat Yo dengan Pak Guard yang kini hangat diperkatakan. 
Walaubagaimanapun Jepp dikenakan Kad Kuning disebabkn membangkitkan isu itu, namun jepp terus menyambung sketsa tersebut dengan jayanyer dan mengundang tawa penonton.
Kemudian Johan pula masuk menggantikan Ajak dan turut join meparodikan isu itu diikuti Nabil hehehe, Kemudian Norkhiriah pula masuk namun die tidak menyambung sketsa tersebut tapi membuat sketsa baru dan still kelakar, bila die menjadikan jepp seperti public fon hehe. Game kedua yang mereka main adalah Sketsa 2 Ayat, kedua-dua team bermain dengan cemerlang game ini yang mana Team Ketam Konfius diwakili Shuib, Along dan Yus manakala Team Semut Sentap pula diwakili oleh Johan, Rahim dan Jepp. Teringat ayat Jepp masa ni "Aku nak cucuk duit" hehehe.

Seterusnya diorang main game Ciptaan, yang mana dalam game ni kedua2 team akan beraksi sama2 di atas pentas secara bergilir-gilir, dalam game ni pun kedua-dua team bermain dgn baik, kreatif betul diorang ni boleh fikir macam2 nak buat dengan benda yang diberikan kepada mereka tu. Pastu diorang main Game Pemandu Pelancong, namun dalam game ini team Ketam Konfius lebih menyerlah apabila Suhaimi berjaya meneka dengan tepat lokasi yang dibayangkan tu iaitu di kandang kambing. Manakala team Semut Sentap agak kurang menyengat bila Norkhiriah gagal meneka lokasi yg dibygkan tu iaitu di Pyramid Mesir. Walaubagaimanapun para peserta lain dah cuba terbaik memberikan hint2 namun ada gak Hint2 yang merapu dan tak berkaitan.

Game terakhir yang diorang main adalah Direktor Tak Siuman, yang mana Team Semut Sentap kena melakonkan scene dalam filem Iron Man, manakala team Ketam Konfius pula dapat filem Transformers dan Direktornya adalah Rahim dari Semut Sentap. Team Semut Sentap berjaya melakonkan scene Iron Man dgn baik diorang siap speaking in english gitu, lawak tul. Manakala team Ketam Konfius juga agak berjaya, walaupun diorang kena berlakon jadi robot dalam Transformers tu. Genre2 yang diberikan untuk mereka juga agak susah kadang2 nampak diorang macam pening gak nak melakonkannya. Yus masa ni mmg agak kelakar, die x join Along dan Nabil jadi robot sebaliknya jadi ekstra kat belakang hahaha. Aksi2 Yus yang tidak diduga tu berjaya membuatkan penonton ketawa. Agak2 nya siapa yang akan menang di minggu ke-6 ni pula yer?.
Read More »

14 Sep 2013

Zizan Sah Jadi Hos Akademi Fantasia 2013

Assalammualaikum
Akhirnya segala teka teki terjawab apabila Zizan Razak sah menjadi Pengacara tetap AF2013. Zizan start mengacara AF di Konsert Prelude Sabtu lalu. Jadi memang benar khabar2 angin sebelum ini yg Zizan sememangnya Hos AF yang baru cuma dia tidak menafikan atau mengiyakannya sahaja. Antara pengacara2 AF sebelum ini adalah Dato Aznil, Dato Ac Mizal, Jimmy Shanley & Sarimah Ibrahim dan kini beralih kepada Zizan. Nampaknya Zizan berani menyahut cabaran untuk mengacarakan AF2013, All The Best & Good Luck to Zizan.
Awalnya ingatkan AF dah takde dah sebab masa AF9 dulu, Astro bukan main cakap dah xde AF dah lepas nih..tup2 dalam setahun dua dah muncul AF balik..ikutkan malas dah nak tengok AF nih balik2 macam tuh gak..kalau ada yang tengok AF pun maybe sebab Zizan jer kot hehehe. Tapi tak tahu laa kot2 musim ni best sebab banyak pembaharuan yang dibuat misalnya tahun ni xde pengetua dah sebaliknya diwujudkan inspirer iaitu Dato Siti, Faizal Tahir & Melly Goeslow masing2 akan bergilir-gilir untuk menjadi pengajar dan membimbing budak2 AF nih dalam 3 minggu sorang.

Dari Segi Hos tu aku suka kalau Zizan digandingkan berdua dari die sorang diri. Bukan apa kalau berdua tu lagi nampak meriah kannn..bayangkan kalau JOZAN yg jadi Hos konform meletupp pentas tu hehehe.Kalau Zizan dgn Paknil pun okey gak sebab teringin gak nk tgk diorang sama2 jadi Hos. Ada gak yang mempertikaikan camne Fizz Fairuz leh jadi tenaga pengajar lak?hehehe Guru Tarian pun diorang tukar bagi kat Alam n Suhaili. Aku rasa linda Jasmine patut dikekalkan mcm dulu2 sbb die dah sinonim dgn AF kan. Dari Segi Pengkritik camne lak diorang leh amik Sharifah Amani? maybe sebab die pernah menang anugerah pelakon wanita terbaik jadi melayakkan die jadi pengkritik kot. Edry KRU ngan Roslan Salleh tu kira okey la jadi pengkritik.
Ada gak yang x setuju AF disambung semula sebab ada banyak program lain yang lebih bermanfaat boleh dibuat, pendapat korang camne lak??
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017