-->
Memaparkan catatan dengan label Mentor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mentor. Papar semua catatan

16 Jan 2017

Salma Menang Pentas Epik 3 Juara

Salma Menang Pentas Epik 3 Juara Menewaskan Kudien & Azizul

Bekas Juara Mentor musim kelima, Salma dinobatkan pemenang Pentas Epik 3 Juara yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral malam ini. Salma atau nama sebenarnya Salmah A Asis, 26, mewakili kategori Balada mengetepikan dua pencabarnya, Muhammad Ariffuden Mohd Rafee (Kudien) dan Azizzul Haqim Md Anuwar (Azizul) dengan masing-masing mewakili kategori Rock dan Irama Malaysia. Penyanyi yang berasal dari Tawau, Sabah itu menawan hati juri dengan membawa lagu solo berjudul I Surrender (dendangan asal Celine Dion) dan lagu duet bersama Azlan Typewriter menerusi Sepi Sekuntum Mawar Merah (Ella) dan Hukum Karma (Wings). 
Dengan kejayaannya itu, beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 serta trofi. Peserta diadili juri profesional terdiri daripada Datuk Awie, Datuk Rossa dan Noraniza Idris. Program 3 Juara yang disiarkan selama 13 minggu dengan mempertaruhkan tiga genre muzik itu menyaksikan peserta mendapat bimbingan penerbit, Ajai (Balada), Edrie Hashim (Rock) dan Pak Ngah (Irama Malaysia). Minggu lalu, tiga peserta terbabit menjuarai kategori masing-masing selepas menewaskan pesaing pada peringkat akhir rancangan realiti itu. Pada pertandingan malam ini, ketiga-tiga juara berkenaan sekali lagi berentap untuk merebut gelaran 'Juara Antara Juara'. Program itu dikendalikan Ammar, Mira Filzah dan Issey.- Sumber..


P/s- Memang woww suara Salma, memang layak menang, Kudien dan Azizul juga best.

Read More »

7 Mac 2016

Keputusan Pemenang Mentor Milenia 2016

Fareez Juara Mentor Milenia 2016

Assalammualaikum..
Berakhir sudah Mentor Milenia yang menobatkan Fareez sebagai juaranya. Fareez ni anak kepada pelakon Fauzi Nawawi. Aku baca dalam paper, ramai yang meramalkan Qody ada harapan jadi juara, apapun ni semua rezeki masing2 kan.  3 Finalis iaitu Fareez, Qody dan Wanie berentap di Konsert Akhir Mentor Milenia dan tahniah buat Fareez kerana menjadi juaranya. Jom tengok Senarai Pemenang Mentor Milenia kat bawah ni k..

Keputusan Pemenang Mentor Milenia 2016

Juara Mentor Milenia 2016 -> Fareez
Pemenang Tempat Ke-2 Mentor Milenia 2016 -> Qody
Tempat Ketiga Mentor Milenia 2016 -> Wanie

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017