Assalammualaikum..
Drama baru untuk Slot Akasia yang bertajuk Bila Hati Berbicara telah mula bersiaran di tv3 sejak 28 Oktober yang lalu. Drama ini dibintangi oleh Shafiq Kyle, Atikah Suhaime, Hafreez Adam dan ramai lagi. Watak utama dipegang oleh pelakon2 baru gitu. Drama ini juga adalah adaptasi daripada novel yang tajuknya juga sama. Drama ini mempunyai 32 episod dan nukilan skrip daripada Sharifah Abu Salem. Apapun semoga drama ini juga berjaya seperti drama2 terdahulu yang pernah ditayangkan di Slot Akasia ini. Jom layan sinopsis drama ini dibawah yer..
Sinopsis Drama Bila Hati Berbicara
Mengisahkan tentang percintaan antara dua insan yang berasal dari latar belakang yang berbeza. Emir Qasya (Syafiq Kyle) seorang pemaju hartanah yang berjaya dan amat mementingkan darjat dan keturunan manakala Tania Katsura (Atikah Suhaime) pula seorang gadis biasa yang tinggal di kawasan setinggan dan sentiasa berkerja keras untuk mengejar cita-citanya.
Apabila syarikat Emir ingin membeli kawasan setinggan tempat Tania tinggal untuk dimajukan, dia mendapat tentangan hebat daripada penduduk-penduduk di situ yang diketuai oleh Tania. Demi mengambil hati Tania supaya dapat memujuk penduduk-penduduk itu menjual tanah kepada syarikatnya, Emir telah menawarkan kerja kepada Tania.
Selepas mengenali hati budi Tania, Emir mengakui bahawa Tania ialah seorang gadis yang amat istimewa. Namun, Emir menafikan dirinya telah jatuh cinta pada Tania kerana dia merasakan Tania tidak sesuai untuk menjadi isterinya kerana perbezaan darjat.
Emir memperkenalkan Tania kepada sahahat baik yang juga pembantunya, Badri Fathul (Hafreez Adam). Badri tertarik dengan perwatakan Tania dan ini telah menyebabkan Emir rasa cemburu. Akhirnya, Emir telah memerangkap Tania supaya berkahwin dengan dia selepas tercabar dengan Badri yang juga mahu menawan hati Tania.
Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik (Azwan Kombos) terhadap Tania Katsura. Taufik berdendam kerana tidak dapat memiliki Tania. Bekas teman wanita Emir, Babe (Raja Ilya) juga berpakat dengan Taufik untuk merosakkan hubungan Emir dan Tania. Apakah yang akan terjadi kepada Emir dan Tania? Adakah kasih sayang dapat menyatukan cinta Emir kepada Tania? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan BILA HATI BERBICARA.
Tak sempat follow cerita ni lagi.. :(
BalasPadam