-->

7 Dis 2014

Zero, Bocey & Comey Menyerlah Dalam Tema Parody MLM2014


Assalammualaikum..
Sape tengok Maharaja Lawak Mega 2014 jumaat yang sudah yang bertemakan parody tu? Tiada penyingkiran di minggu ke-4 ini. Namun kumpulan Jalor, Ekzos dan Wala berada dalam kedudukan tiga terendah. Dalam minggu ke-4 ini kumpulan Zero menjadi kumpulan pertama yang mendapat bintang paling banyak hehe iaitu 4 setengah bintang, manakala kumpulan Bocey, Comey dan Sepahtu mendapat 4 bintang. Bagi aku untuk tugasan parody ni, kump Zero, Bocey dan Comey jer yang paling menyerlah dan lawak. Manakala kumpulan yang lain2 tu biase-biase jer, mungkin boleh diperbaiki lagi di minggu seterusnya. Abam Bocey memenangi Man Of The Match untuk minggu ke-4 ini. 

Nabil dan lain2 kumpulan mendapat 3 bintang, manakala Ekzos menerima 2 bintang dan Jalor mendapat 2 setengah bintang. Zero terus konsisten di minggu ke-4 ini, mampukah diorang mengekalkan rentak dan maintain di minggu2 seterusnya? Kumpulan Virus perlu bangkit di minggu hadapan, begitu gak dengan kumpulan yang lain. Kesian gak kat Taufik Batisah teruk kena bahan di MLM2014 pasal isu bola yang Singapore kalah dengan Malaysia tu dan juga isu keeper kat mana? hehehe. Apapun semua tu gurau-gurauan manja jer hihi Agaknya tema apa pula di minggu ke-5 nanti? Good Luck untuk semua peserta MLM2014. 

Good Luck gak untuk Team Malaysia yang akan bertemu Vietnam di separuh akhir untuk Piala Suzuki AFF Ahad ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017