-->

12 Feb 2015

Sinopsis Drama Keluarga Karaoke

Assalammualaikum..
Drama terbaru yang bertajuk Keluarga Karaoke akan mula ditayangkan di Astro Mustika HD dan Astro Bella, bermula 9 Febuari ini pada setiap Isnin hingga Rabu. Drama ini turut dibintangi oleh ramai pelakon antaranya Raja Ema, Sherry Ibrahim, Elfaeza Ul-Haq, Elyana, Beego, Aidil Aziz, Dazrin Kamaruddin dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin dan merupakan terbitan KL Motion. Drama Keluarga Karaoke ini mempunyai 60 episod. Jom layannn Sinopsis drama ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Keluarga Karaoke

Drama Keluarga Karaoke ini mengisahkan tentang kehidupan keluarga Puan Maria yang terpaksa melalui saat sukar selepas kematian suaminya. Puan Maria (Raja Ema) beserta tiga orang anak perempuannya iaitu Azura (Sherry Ibrahim), Baizura (Elyana) dan (Elfaeza Ul-Haq) amat terkejut apabila mendapati arwah suaminya meninggalkan hutang sebanyak RM10 Juta dan sebuah Pusat Karaoke. Sejak itu, bermulalah pergolakan hidup seorang isteri dan tiga anak perempuannya yang perlu melunaskan hutang itu dan menyelongkar rahsia di sebalik kewujudan pusat karaoke berkenaan. 

Drama ini memberi fokus kepada kehidupan berkeluarga tetapi bertemakan 'rahsia' di mana semuanya terungkap selepas kematian si suami.

2 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017