Assalammualaikum..
Okey hari ni aku nak buat satu Review Drama Korea yang bertajuk My Love Eun Dong yang dilakonkan oleh Joo Jin Mo, Kim Sa Rang, Kim Tae Hoon, Kim Yoo Ri dan ramai lagi. Drama ni mempunyai 16 episod dan bergenre Melodrama. Awalnya aku teragak-agak jugak sama ada nak tengok ke tak drama ni sebab aku tak berapa suka dengan hero drama ni. Tapi bila aku baca komen2 positif mengenai drama ni so aku try jugak laa tengok cite ni. Best jugak jalan cerita drama ni dan ending cite ni juga agak sukar nak dijangka tapi still hapy ending walaupun drama ni penuh dengan kisah sedih.
Watak Eun Dong dan Hyun Soo ni akan dibahagikan kepada 3 peringkat umur dimana peringkat umur 13-17 akan dilakonkan oleh pelakon lain. Manakala untuk watak ketika remaja akan turut dilakonkan oleh pelakon lain sebelum diambil alih oleh pelakon utama drama ni untuk melakonkan watak Eun Dong dan Hyun Soo/Eun Hoo ketika dewasa. OST drama ni kira okeylaa gak, apa pun aku suka tengok konflik yang ada dalam drama ni, sebab konflik ni lah yang buatkan drama ni jadi makin menarik terutamanya masa Eun Dong tersepit di antara cinta pertamanya serta suaminya yang tidak dicintai. Selain tu ramai gak yang benci dengan watak suami Eun Dong ni iaitu Choi Jae Ho yang mengambil kesempatan atas Eun Dong yang hilang ingatan tu. Tapi dalam masa yang sama kesian jugak kat watak Choi Jae Ho ni yang cintakan Eun Dong dan terpaksa gunakan cara jahat untuk dapatkan Eun Dong. Ayah angkat Eun Dong pun jahat gak sebab pentingkan diri sendiri jer cuma ibu angkat die jer yang lebih okey sikit.
Selain tu aku perasan gak yang Kim Yoo Ri ni asyik dapat watak yang lebih kurang sama jer seperti drama Master's Sun dan Kill Me Heal Me. Aku juga suka tengok hubungan baik Choi Jae Ho dengan anak Eun Dong yang mana die tahu tu bukan anaknya tapi die still layan anak Eun Dong iaitu Ra Il macam anak kandungnya sendiri. Sampai Ra Il sendiri tak boleh berpisah langsung dengan ayah angkatnya itu. Babak paling sedih masa Choi Jae Ho cuba bunuh diri tu, sebab die tak boleh terima kenyataan yang Eun Dong dan anaknya akan berpisah dengannya. Hal ni jugak akan buatkan Eun Ho berasa bersalah. Paling kesian tentulah pada anak Eun Dong yang berasa sangat sedih bila ayahnya jadi begitu. Apapun drama ni tak bosan dan menghiburkan jugak, aku bagi 7.8 bintang dari 10 bintang untuk drama ni.
Drama ni memaparkan kisah percintaan sejati antara Eun Dong dan Hyun Soo/ Ji Eun Ho bermula sejak mereka berumur 13 dan 17 tahun kemudian terpisah selama sepuluh tahun dan bertemu semula ketika masing2 sudah pun remaja dan dewasa. Ketika ini mereka benar2 bercinta sebelum Eun Dong tiba2 menghilangkan diri. Hyun Soo mencari-cari Eun Dong dan mereka terpisah lagi selama 10 tahun. Dalam masa 10 tahun tersebut Hyun Soo telah pun menjadi pelakon terkenal yang bernama Ji Eun Ho. Dia akhirnya mengupah seorang penulis yang tidak diketahui identitinya bernama Seo Jung Eun untuk menulis sebuah buku mengenai kisah percintaannya dengan Eun Dong. Hyun Soo/Eun Ho berharap agar Eun Dong membaca buku tersebut dan kembali padanya. Penulis tersebut iaitu Seo Jung Eun berasa kagum dengan kisah percintaan mereka namun mula berasa pelik bila dirinya mula mendapat ingatannya kembali.
Siapa sangka yang Seo Jung Eum sebenarnya adalah Eun Dong. 10 tahun yang lalu dirinya mengalami kemalangan lalu hilang ingatan. Keluarga angkatnya menipunya yang dirinya sebenarnya sangat mencintai C.Jae Ho dan berkahwin. Eun Dong menjaga suaminya yang lumpuh itu dengan baik sekali. Walaubagaimanapun Eun Dong merasa dirinya dipergunakan dan ditipu apabila ingatannya mula pulih. Eun Ho juga mendapat tahu yang penulis bukunya adalah Eun Dong dan dirinya mula mengajak Eun Dong keluar untuk berjumpa. Hyun Soo/Eun Ho berazam untuk mendapatkan Eun Dong semula. Namun suami Eun Dong enggan mengalah dan berusaha untuk mempertahankan rumahtangga mereka. Eun Ho dan Eun Dong mula dikritik oleh masyarakat kerana dianggap curang dan tidak bermoral.
Keadaan diburukkan lagi dengan tindakan suami Eun Dong yang cuba bunuh diri. Eun Ho berasa bersalah lalu membawa diri ke luar negara selama setahun. Manakala Eun Dong pula berjinak-jinak menjadi penulis skrip drama. Apa yang bakal berlaku seterusnya?
best citer ni :) asyik nangis jer
BalasPadamBlogwalking...
BalasPadammenariknya jugak jln ceritanya
BalasPadamciter ni best.sedih la.membencikan suami dia tu.kih kih kih memang helok sangat2 ko cerai dengan si xgune tu.
BalasPadam