-->

10 Nov 2015

Sinopsis Telefilem Jelmaan Astro First

Assalammualaikum..
Selepas kejayaan telefilem Cinta Paling Agung kini muncul pula telefilem baru di Astro First yang bertajuk Jelmaan. Telefilem Jelmaan ini dilakonkan oleh Raja Ilya, Keith Foo, Mia Sara Nasuha, Rykarl Iskandar dan ramai lagi. Shooting cite ni dilakukan sepenuhnya di Indonesia. Aku sudah pun menonton cite Jelmaan ni. Sinematografi cite ni sangat cantik okey dan lakonan Raja Ilya sebagai seorang ibu yang cuba melindungi kedua-dua anaknya dari sebarang gangguan tu memang sangat terbaik. Cuma kita sebagai penonton dah dapat agak n teka dari awal yang watak Raja Ilya dan anak-anaknya tu sebenarnya adalah hantu yang tak sedar yang diorang dah mati dari awal lagi. 

Aku tertanya-tanya gak bila agaknya diorang tahu diri diorang tu hantu siap bunuh bomoh bagai hehehe. Bila Keith Foo dah mati kena langgar kereta api pun diorang masih x sedar ker diorang tu semua hantu? hehehe namun happy ending gak bila watak Keith Foo akhirnya bersama-sama semula dengan isteri dan anak-anaknya tu cuma yang tak bestnyer bila semua mereka dah mati. Apapun jom layan sinopsis cite Jelmaan kat bawah ni k..

Sinopsis Telefilem Jelmaan

Jelmaan mengisahkan sebuah tragedi yang telah mengubah kehidupan sebuah keluarga bahagia. Tidak disangkakan, percutian di Jogjakarta yang sudah lama diidamkan menjadi mimpi ngeri buat Lina (lakonan Raja Ilya), Lia (lakonan Mia Sara), Adi (lakonan Rykarl Iskandar) dan Harun (lakonan Keith Foo) apabila bas yang mereka naiki terjunam ke dalam gaung. Sejak itu, pelbagai kejadian aneh tiba-tiba menghantui kehidupan mereka.
Demi kasih sayang terhadap anak-anaknya, Lina bermati-matian melindungi Lia dan Adi. Keadaan bertambah rumit apabila beliau bersendirian menghadapi semuanya tanpa kehadiran suamiya, Harun di sisi. Bagaimanakah nasib mereka sekeluarga? Mampukah mereka mengecap semula kebahagiaan yang diragut? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017