Assalammualaikum..
Drama Alif Imani adalah drama terbaru di Slot Ratu Tv9 menggantikan drama Cinta Iris yang telah tamat episodnya. Drama Alif Imani mempunyai 14 episod dan dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Fezrul Khan, Fasha Sandha, Ummi Nazeera, Amar Baharin sebagai teraju utama cite ni. Drama Alif Imani ni sudah pun disiarkan mulai 13 November yang lalu dan merupakan terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Kalau tengok sinopsis drama ni, memang jalan ceritanya best dan penuh konflik gitu. Apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Alif Imani
Mengisahkan mengenai, Imani (Ummi Nazeera), gadis yang dibesarkan di rumah anak yatim mula mendapat sinar bahagia apabila dia diambil Suri (Fasha Sandha) untuk menjadi sebahagian daripada keluarganya. Suri, sudah berkahwin dengan Alif (Fezrul Khan) mula dirundung duka apabila disahkan menghidap penyakit jantung yang serius. Disebabkan dia tahu hidupnya bila-bila saja boleh terhenti, Suri perangkap Imani dan Alif agar mereka bernikah. Imani dan Alif telah ditangkap basah, Suri meluahkan keizinannya agar Alif bernikah dengan Imani, mereka berdua terpaku tidak percaya dengan permintaan Suri. Aliff menolak kerana dia tidak mahu melukakan Suri dan tidak cintakan Imani. Imani juga tidak mahu menikah dengan suami kakak angkat yang amat disayanginya itu.
Biarpun dia anak yatim, dia berhak untuk memilih hidup sendiri. Tapi nasihat daripada Suri merelakan perkongsian kasih mereka, membuatkan Imani tidak berdaya lagi menolak permintaan Suri. Dua bulan perkahwinan, Imani dan Alif merupakan waktu paling terseksa bagi Imani. Alif melayannya bagaikan sampah, menghinanya setiap kali balik ke rumah dan langsung tidak menyentuhnya. Alif menuduh Imani sengaja memerangkapnya kerana cemburu dengan Suri dan mahu mengikis hartanya. Alif sengaja melakukan pelbagai perkara untuk menyakitkan hati Imani tetapi Imani tetap taat dan akur sehinggalah satu hari dia tekad untuk melarikan diri setelah permintaan untuk diceraikan Alif tidak ditunaikan. Sehinggalah Alif mengetahui kebenaran daripada Suri sendiri, yang mahu Imani mengganti tempatnya untuk menjaga Zurin, satu-satunya anak mereka.
Alif kesal dengan sikapnya yang kejam terhadap Imani yang ternyata tidak bersalah. Alif cuba untuk mencari Imani tetapi gagal mengesannya lebih-lebih lagi apabila terpaksa menjaga Suri hinggalah setahun kemudian Suri meninggal dunia. Kerana dua wanita itu, Alif hidup menderita selama tiga tahun. Selama itu jugalah dia mencari Imani tapi hampa. Tiga tahun berlalu, Imani bersyukur setelah tamat pengajian, dia ditawarkan untuk berkerja disebuah butik miilik Dato’ Rohani. Perwatakan manis Imani yang sentiasa tenang dan tersenyum telah mencuri hati Rafiq (Amar Baharin), yang juga anak kepada Dato’ Rohani. Rafiq telah beberapa kali melamar Imani tetapi Imani memberi alasan yang dia masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki.
Bukan dia tidak terpikat dengan ketampanan dan kebaikan Rafiq, cuma hatinya masih terikat dengan Alif kerana dia masih isteri Alif. Adakah Imani perlu mengorban rasa cintanya terhadap Rafiq sekali lagi dek kerana kisah silamnya bersama Alif?
Lagu Tema / OST Alif Imani
- Dasyat nyanyian Kumpulan Mojo
Jom Baca ni jugak --> 5 Sebab Kenapa 'Single' Lebih Best Dari 'Couple'..
Konfliknyaa..
BalasPadam