-->

5 Jun 2016

Episod Akhir Drama Akadku Yang Terakhir

Episod Akhir Drama Akadku Yang Terakhir

Assalammualaikum..
Episod akhir drama Akadku Yang Terakhir lakonan Amar Baharin dan Tiz Zaqyah ni telah pun disiarkan pada 3 Jun yang lalu selama 2 jam berturut-turut gitu. Puas hati dapat tengok episod kemuncak cite ni selama 2 jam sekaligus hehehe. Di Permulaan drama ni memang agak menarik juga jalan ceritanyer, namun bila masuk part Irham asyik mengayat dan mengorat Rania tu aku tak berapa tengok sangat hihi namun bila Irham start cemburu giler dengan Rania dan mula jadi psiko lepas diorang kahwin tu tu buat jalan cerita drama Akadku Yang Terakhir ni makin best plak hehehe. Selain itu di penghujung episod drama ni ada tunjuk scene2 yang tak berapa nak jadi tu, memang tergelak gak tengok hihi. Selepas ini Drama Cinta 11 Syarat akan menggantikan drama ini. Episod akhir drama ini bermula dengan Irham telah sedar kesilapannya yang salah sangka pada Rania tu, Dia sangka Rania telah pun berkahwin lain dan mempunyai anak, jadi sebab itulah die tak menghiraukan Rania bila Rania datang mencarinya di pejabat beberapa kali.
Manakala Rania pula terasa hati dengan sikap Irham padanya lalu memutuskan untuk cuba menerima lelaki lain dalam hidupnya iaitu Iskandar (Hafreez Adam). Rania memutuskan untuk merima pelawaan Iskandar untuk keluar makan malam bersama. Irham pula cuba memujuk dan meminta maaf pada Rania namun Rania pula tidak mempedulikannya. Kemudian Irham pergi berjumpa dengan ayah dan ibu Rania untuk meminta maaf serta menerangkan keadaan sebenar disamping meminta restu mereka untuk die kembali bersama dengan Rania semula. Iskandar juga tidak berputus asa untuk memikat Rania serta melamar Rania untuk menjadi isterinya. Aku suka scene ni bila Irham dan Iskandar jumpa face to face kat tempat kerja Rania dan meminta Rania memilih siapa diantara mereka yang die terima untuk menjadi suaminya nanti secara tiba2 hehe. Pastu boleh plak dua2 kelam kabut dok mengayat Rania semua hehe, Rania yang keliru serta malu dengan kelakuan diorang berdua tidak dapat membuat keputusan pada masa itu lalu meminta mereka berdua untuk pulang saja.
Walaubagaimanapun setelah Rania berfikir semasak-masaknya, die akhirnya memilih Irham juga sebagai suaminya. Cintanya untuk Iskandar tidak ada, seterusnya berlangsunglah majlis akad nikah antara Irham dan Rania. Manakala Iskandar pula menerima sepucuk surat dari Rania yang diberikan oleh pembantu Rania. Dalam surat itu Rania menerangkan segalanya pada Iskandar dan akhirnya Iskandar terpaksa redha dengan keputusan Rania memilih Irham. So ending drama Akadku Yang Terakhir ni memang happy endinglah gitu, last scene bukan main sweet lagi siap ada bentuk love bagai dengan bunga ker ape ntah jatuh dari atas semua hahaha. Apapun memang layannn gak drama ni hehehe.

4 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017