-->

25 Jul 2016

Sinopsis Filem Anak Mami Nasi Kandaq

Sinopsis Filem Anak Mami Nasi Kandaq

Assalammualaikum..
Filem Anak Mami Nasi Kandaq adalah sebuah filem Komedi yang telah pun ditayangkan di Pawagam pada 6 Julai 2016 (1 Syawal) yang lalu. Filem ini diarahkan oleh Prof Datuk A.Razak Mohaideen dan dilakonkan oleh Qi Razali, Fasha Sandha, Nur Risteena, Ezzaty Abdullah, Maria Farida, Azmir RL, Chik Pak Man Telo, Sheila Mambo dan ramai lagi. Adik Fasha Sandha iaitu Elisya Sandha turut berlakon dalam filem ini. Filem Anak Mami Nasi Kandaq ini mengisahkan tentang persaingan dalam perniagaan Nasi Kandar antara keluarga Mamu Nizam dan Mami Kalsom. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Anak Mami Nasi Kandaq

Mamu Nizam (Chik Pak Man Telo) seorang pengusaha Restoran Nasi Kandaq Al Basheer seorang duda yang bekerja keras untuk memajukan perniagaannya. Mamu mempunyai kehidupan yang bahagia bersama 5 orang anak perempuannya iaitu Fuziah (Fasha Sandha), Fitri (Nur Risteena), Farah (Ezzaty Abdullah), Fatin (Amylia Nastasha Aziz) dan Fify (Elisya Sandha). Namun perniagaan Mamu Nizam merosot setelah kemunculan gerai Mami Kalsom (Sheila Mambo). Lebih memeningkan Mamu Nizam ialah walaupun Mami Kalsom berniaga tanpa lesen dan keadaan gerainya yang agak kotor, para pelanggan tetap memilih gerai Mami Kalsom. Mamu Nizam yang tertekan mendapatkan khidmat nasihat Mamu Hussin (Azmir Cuit) dan Tuan Akhlak Khan (Azhari Zain). Mamu Hussin mencadangkan Mamu Nizam untuk mengeksploitasi kejelitaan kelima-lima anak perempuannya sebagai tarikan. 
Merisaukan Mamu Nizam ialah kesemua anak perempuannya bersifat manja dan tidak pernah bekerja. Namun kerana terpaksa, Mamu Nizam berjanji kepada anak-anaknya untuk menunaikan apa sahaja impian mereka asalkan mereka sanggup berkhidmat dan menjayakan perniagaan keluarga merekaTernyata taktik perniagaan Mamu Nizam berkesan dan secara langsung menaikkan kemarahan Mami Kalsom. Ada sahaja rancangan jahat Mami Kalsom bagi memusnahkan perniagaan Restoran Nasi Kandar Al-Basheer tetapi semuanya gagal. Kini Mami Kalsom cuba mempergunakan anak lelakinya Farid (Qi Razali) untuk bekerja di Restoran Al-Basheer bagi mencari rahsia kejayaan Restoran Al-Basheer. Mamu Nizam tidak membenarkan pekerja lelaki bekerja di restorannya bagi menjaga anak perempuannya sehingga Farid terpaksa menyamar sebagai seorang wanita bernama Faridah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017