-->

12 Apr 2017

Review Filem Bollywood - Ki & Ka

Review Filem Ki & Ka Lakonan Kareena Kapoor dan Arjun Kapoor,
Review Filem Ki & Ka Lakonan Kareena Kapoor

Ki & Ka bermaksud She & He dan turut merujuk kepada nama watak filem ini iaitu Kia & Kabir. Aku suka juga dengan jalan cerita filem ini yang unik yang dilakonkan oleh Arjun Kapoor, Kareena Kapoor Khan, Swaroop Sampat, Rajit Kapoor dan ramai lagi. Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan turut membuat kemunculan khas dalam filem ini. Filem Ki & Ka mengangkat isu – isu berkaitan peranan Gender dalam rumahtangga serta isu kesaksamaan gender dalam masyarakat. Pelakon filem ini semuanya memberi lakonan yang berkesan, aku suka dengan watak Kareena Kapoor sebagai Kia yang merupakan seorang wanita berkerjaya besar serta berfikiran terbuka. Malah watak Ibu Kareena dalam filem ini juga menarik sebab dia juga sangat berfikiran terbuka, sporting dan releks je terima menantu yang nak jadi House Husband berbanding menjadi pencari nafkah. Kesefahaman antara watak Kia dan Kabir juga memang sangat awesome, mereka berdua seperti pasangan yang ideal dan dicemburui oleh semua yang lain disebabkan mereka saling memahami dan melengkapi, dan aku suka paling suka ayat ini dimana ayat ini dibaca oleh Kia yang ditulis oleh Jaya Bachchan padanya  to be a man not working but handling the house is a brave choice but to be a wife of such a man is a harder choice.
                                     Filem Bollywood, Hindi, Movie, Bollywood Movie, Pelakon, OST, Arjun Kapoor, Kareena Kapoor,
Scene ketika Kia mula cemburu dengan Kabir apabila Kabir mula popular dan mendapat perhatian ramai tu memang best. Ini ditambah lagi dengan Scene ketika Kia mula marah dan tuduh Kabir macam – macam tu lagilah dasyat, siap menghina suami dia tu sebab suaminya tu Cuma house husband dan dirinya yang keluarkan semua duit. Scene ketika Kareena marah tu memang real betul lah, nasiblah Kabir tu jenis baik. Penyabar dan pemaaf. Dia cuma diam dan pendam sebelum keluar dari rumah tersebut. Selain itu aku juga sangat suka dengan dekorasi rumah Kia dan Kabir itu, seriously sangat cantik okey, hiasan, dekorasi, dengan ada kereta api mainan di tengah – tengah rumah yang dekat dengan meja makan tu semua sangat kreatif okey. Pendek kata rumah mereka berdua sangat lawa dan sempoi gitu. Manakala Lagu Tema / OST Filem Ki & Ka ini boleh tahan jugalah tapi takde yang aku minat pula. Ending Ki & Ka ini pula memang happy ending, ini ditambah dengan sikap Kabir yang penyabar dan pemaaf memudahkan lagi hubungan Kia dan Kabir menjadi lebih baik dari sebelumnya. Apa – apa pun jom tengok dulu sinopsis filem ini di bawah ye..
Hero dan Heroin Filem Bollywood Ki & Ka, Arjun Kapoor, Kareena Kapoor,
Sinopsis Filem Ki & Ka Lakonan Arjun dan Kareena Kapoor

Kia dan Kabir bertemu di dalam kapal terbang dan bermula dari situ mereka berbual dan kerap berjumpa antara satu sama lain. Kemudian Kia mendapat tahu yang Kabir merupakan pewaris dan anak tunggal seorang hartawan Walaubagaimanapun Kabir tidak berhasrat untuk bekerja dan mengambil alih perniagaan ayahnya sebaliknya kabir ingin mengikut jejak langkah ibunya iaitu sebagai House Husband. Manakala Kia pula ingin menjadi seorang yang berjaya dalam kerjayanya dan menganggap semua wanita tidak harus menumpukan perhatian kepada rumah tangga semata – mata dan harus maju ke depan dan tidak hanya berada di belakang suami sahaja. Kia dan Kabir mula serasi dan saling jatuh cinta antara satu sama lain. Mereka kemudiannya berkahwin dan Kabir mula menguruskan hal – hal rumahtangga seperti memasak dan sebagainya manakala Kia pula bekerja dan mencari nafkah buat keluarga. Mereka berdua hidup bahagia dan Kia pula makin berjaya dalam kerjayanya sehingga dinaikkan pangkat dan mula sibuk serta dikenali ramai sebagai businesswoman yang berjaya.
Kareena Kapoor Khan & Arjun Kapoor, Pelakon Utama Filem Ki & Ka, Bollywood Movie, Hindi Movie,
Ketika ditemubual oleh wartawan, Kia mula mendedahkan tentang suaminya Kabir yang banyak membantunya dalam menguruskan rumahtangga. Hal tersebut mula menarik minat wartawan untuk berjumpa dan menemubual Kabir pula tentang isu – isu gender dan peranan seorang suami dalam rumahtangga. Kabir bersetuju ditemubual selepas Kia memujuknya dan Kabir mula terkenal dan diminati ramai bila dia muncul dalam program TV berkenaan. Kabir mula popular dan selalu diminta untuk memberi ceramah tentang isu – isu gender dalam rumahtangga dan masyarakat. Disebabkan sibuk dengan ceramah Kabir mula tidak dapat fokus dalam menguruskan hal – hal rumahtangga dan menyebabkan Kia mula rasa marah dan cemburu dengan perhatian dari orang ramai pada Kabir. Hal ini menjadi semakin serius apabila Kabir tidak mahu mengikuti Kia ke luar Negara selama sebulan atas urusan kerja. Hal ini ditambah lagi dengan Ibu Kia dimasukkan ke hospital ketika Kabir tiada di rumah dan hal ini benar – benar menimbulkan kemarahan Kia dan Kia terus memarahi Kabir dan menghinanya. Kabir hanya diam dan berlalu pergi dari situ, apa yang bakal berlaku seterusnya.

Aku teringin juga nak tahu macam manalah gayanyer kalau Kia dan Kabir ada anak nanti kan, sebab dalam filem ni nampak Kia macam tak nak mengandung dan ada anak. Apapun aku bagi 7.8 Bintang dari 10 bintang untuk filem Bollywood KI & Ka ini.

3 ulasan:

  1. CCL peminat bollywood ..kena wajib tengok filem ni . Harap jalan cerita tak mengecewakan

    BalasPadam
  2. Baca skip skip sebab takut terkena spoiler,kekekeke, nak tengok la cerita ni nanti. Thank you recommend.

    BalasPadam
  3. mcm best ja ni.. hehe. yg penting heroin cub habes! hehehe

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017