-->

7 Apr 2017

Sinopsis Drama Shhh... I Love You (Akasia TV3)

Sinopsis Drama Shhh... I Love You, Drama Adaptasi Novel, Baca Online, Novel Shhh...I Love You, Slot Akasia, TV3, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama 28 episod, Senarai Pelakon Drama Shhh...I Love You, Hero dan Heroin Drama Shhh...I Love You, Pelakon, Gambit Saifullah, Elvina Mohamad, Tash Yong, Hafreez Adam, Bella Nazari, Aien Zahalan, Hani Nazrina, Nafiez Zaidi, Fikhree Bakar, Adeline Tsen, Novelis Farisya Natasha, Blog Miss Banu Story,
Sinopsis Drama Shhh... I Love You Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama Shhh...I Love You telah mula disiarkan di Slot Akasia TV3 bermula 3 April yang lalu bagi menggantikan Drama Suamiku Paling Sweet yang telah tamat episodnya. Drama 28 episod ini dilakonkan oleh Gambit Saifullah, Elvina Mohamad, Tash Yong, Hafreez Adam, Bella Nazari, Aien Zahalan, Hani Nazrina, Nafiez Zaidi, Fikhree Bakar, Adeline Tsen dan ramai lagi. Selain itu, drama ini juga merupakan adaptasi daripada Novel Shhh...I Love You karya novelis Farisya Natasha. Drama Shhh...I Love You ini diarahkan oleh Nizam Zakaria dan diterbitkan oleh Primeworks Studios Sdn Bhd. Nampak macam menarik juga jalan cerita drama ini, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.

Sinopsis Drama Shhh... I Love You

Kisah Nadia dan Aidan yang berjumpa pertama kali di kedai dan ingin dijodohkan oleh adik-adiknya. Perkenalan yang singkat membuatkan Aidan nekad untuk menjaga Nadia kerana ada suatu rahsia disebaliknya. Ketika berusia 10 tahun, Nadia telah disahkan menghidap miokarditis atau lebih dikenali sebagai keradangan otot jantung. Namun setelah 5 tahun berlalu, keadaan jantung Nadia semakin merosot apabila jantungnya gagal mengepam darah dan mengalami bengkak yang teruk. Maka, pemindahan jantung adalah satu-satunya cara untuk menyelamatkan Nadia. Sejak itu Nadia hidup dalam keadaan yang menderita kerana keadaan jantungnya dan terpaksa menggunakan jantung mekanikal sehinggalah usinya 18 tahun apabila ada seorang penderma yang sanggup menderma jantungnya kepada Nadia dan jantung penderma itu sesuai dengan Nadia. Syukur Puan Asma dan Encik Omar, ibubapa Nadia kepada penderma itu tetapi nama penderma itu dirahsiakan atas permintaan penderma itu sendiri. Setelah 10 tahun berlalu selepas pembedahan itu, Nadia kini sudah boleh menjalani hidupnya seperti biasa walaupun masih kehidupan sehariannya bergantung kepada ubat-ubat hospital. Nadia kini memiliki jantung bekas tunang Aidan, Sumayyah yang sudah tiada. Dek kerana itu, Aidan mengahwini Nadia tanpa ada perasaan cinta. Kemelut melanda apabila segala rahsia terbongkar. Nadia cuba meraih cinta Aidan. Mampukah rumah tangga mereka bertahan?

Lagu Tema / OST Shhh...I Love You
➔Kisah Cinta Nyanyian Asfan Shah
➔Bukan Untukku Nyanyian Hyper Act

Jom Baca ni jugak ➔ Baca Online Novel Shhh... I Love You

4 ulasan:

  1. Kadang2 jer tengok, kadang2 terlupa... Tengok sape yg pegang remote lah yg win...

    BalasPadam
  2. Best tengok iklan drama ni. Bila terjumpa Aidan, cecepat Nadia pegang area jantung :D tapi kalau jam 7, susah sikit nak layan :'(

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017