Sinopsis Drama Cucu Tauke Beras Slot Dahlia TV3
Assalammualaikum..
Drama Cucu Tauke Beras telah mula disiarkan di Slot Dahlia TV3 bermula 15 April yang lalu, bagi menggantikan Drama Meh Sandar Pada Aku yang telah tamat episodnya. Drama 20 episod ini dilakonkan oleh Zahirah Macwilson, Azrel Ismail, Tania Hudson, Ariff Aziz, Afzan A. Rahman, Idris Mad Diah, Catriona Ross, Zizan Nin, Farisha Irwayu, Qazem Nor dan ramai lagi. Drama ini akan disiarkan setiap Jumaat hingga Ahad, jam 6.58 petang dan diarahkan oleh Khalid Nazri serta diterbitkan oleh A.Aida Production Sdn Bhd. Suka tengok poster drama ini, cantik, dan dari sinopsis drama ini, nampak macam menarik je drama ni, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Sinopsis Drama Cucu Tauke Beras Slot Dahlia TV3
Satu Kolej riuh dengan berita Irsya (Zahirah Macwilson), pelajar paling cantik, vogue dan kaya yang akan bercuti di luar negara ketika cuti semesternya seperti biasa. Walaubagaimanapun, semua itu hanya kekal sebagai khabar angin apabila ayah Irsya menyuruhnya untuk bekerja kerana perniagaan keluarga mereka sedang mengalami masalah. Irsya tidak boleh menerima nasib yang menimpa keluarganya dan enggan bekerja di Kuala Lumpur, kerana dirinya tidak mahu terserempak dengan rakan - rakan kolejnya. Memahami kerenah anaknya itu, ayah Irsya memberi cadangan padanya untuk bekerja dengan atuknya di kampung. Oleh kerana upah yang ditawarkan agak lumayan, Irsya bersetuju untuk pergi ke kampung dengan hati yang berat. Harris ( Azrel Ismail), sepupu kepada Irsya telah menjemputnya ke rumah datuk mereka. Irsya terkejut melihat Harris yang dahulunya montel, kini sudah menjadi lelaki segak dan kacak. Namun, kejutan untuk Irsya tidak terhenti di situ kerana dia baru tahu yang datuknya ialah seorang pemilik kilang beras. Kesemua hasil keluarannya dipasarkan ke seluruh Malaysia.
Irsya yakin bahawa kerjanya sangat mudah. Dia berangan untuk menjadi ketua di sebuah pejabat dengan kondisi yang selesa dan berhawa dingin. Harapannya meleset apabila datuknya mahu Irsya mempelajari proses menanam padi dari mula. Irsya langsung tidak berminat untuk mendalami semua itu, apatah lagi dia perlu berguru dengan Harris yang menganggap gadis bandar ini tidak dapat menyesuaikan diri dengan hidup di kampung. Apa yang berlaku seterusnya? Mampukah Irsya bertahan dengan segala tugasan yang diberikan oleh datuknya itu? Adakah dia akan berputus asa dan pulang ke bandar?
Nanti tengok kat tv3.Sertai segmen tonton ucing nak try irama melayu.(^_^).
BalasPadamMacam menyampah tengok ceritanya drama quuen sangat tapi dah dua episod takk miss depan tv hahaha
BalasPadamadoi tajuk2 drama skrang.. klako klako..
BalasPadamcikja bru nak tgk cite ni hehehe
BalasPadamPelakon pehh....mantap....
BalasPadam-along