-->

5 Ogo 2017

Clever Girl Malaysia Musim Kedua (2017)

Clever Girl Malaysia, 2017, Musim Ke-2, 14 Peserta Wanita, 14 Negeri, Ain Wakil Pahang, Tersingkir, Minggu Pertama, Hos, Pengacara Clever Girl Malaysia, Alif Satar, Game Show, Soalan Kuiz,
Ain Wakil Pahang Tersingkir Di Minggu Pertama Clever Girl Malaysia Musim Kedua (2017)

Assalammualaikum..
Program Clever Girl Malaysia Musim Kedua kembali lagi untuk tahun 2017 di TV3, kalau dulu Clever Girl disiarkan setiap hari Ahad, tapi untuk musim kedua ini, Clever Girl Malaysia akan disiarkan setiap hari Jumaat, jam 9 malam. Manakala pengacara / Hos Clever Girl Malaysia untuk musim kedua ini masih dikekalkan iaitu Alif Satar. 14 peserta telah terpilih dan mewakili negeri masing - masing. Tak sangka juga di minggu pertama dah ada penyingkiran, ingatkan di minggu kedua baru ada penyingkiran. Berbanding musim pertama, aku rasa soalan - soalan yang diberikan untuk musim kedua ini lebih mencabar dan lebih susah. Kadang - kadang bila menonton program Clever Girl Malaysia ini, seronok juga berteka teki tentang jawapan pada soalan yang diberikan. Kalau aku jadi peserta Clever Girl tu, soalan yang paling aku tak suka nak jawab adalah soalan tentang matematik hahaha.. Soalan pasal Sejarah yang paling aku suka sekali hehe.
Clever Girl Malaysia, 2017, Musim Ke-2, 14 Peserta Wanita, 14 Negeri, Ain Wakil Pahang, Tersingkir, Minggu Pertama, Hos, Pengacara Clever Girl Malaysia, Alif Satar, Game Show, Soalan Kuiz,
Untuk minggu pertama ini, Kiera yang merupakan wakil Pulau Pinang menjadi Juara Mingguan dan berjaya mendapat Imuniti untuk minggu seterusnya. Manakala untuk pusingan penyingkiran pula, wakil dari Pahang iaitu Ain dan juga wakil dari Kedah iaitu Ilylia terpaksa bersaing dan akhirnya menyaksikan nasib tidak menyebelahi buat Ain yang merupakan wakil untuk negeri Pahang tersingkir di minggu pertama ini. Adakah peserta yang tersingkir boleh diserap masuk kembali seperti di musim pertama dulu? apa pun tunggu dan lihat jerla kan.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

5 ulasan:

  1. tertengok jugak semalam, owh baru mula le ye musim baru ni hehe..

    BalasPadam
  2. tak follow tapi tau update sket2 hihi..

    BalasPadam
  3. tak dapat tengok program nih sebab tv tiada..huhu..

    BalasPadam
  4. ada yg terlalu gopoh nak menjawab nampaknya

    BalasPadam
  5. SOALAN HOLLYWOOD MUSICIAN/SINGER/ACTOR TAHUN SEBELUM MERDEKA YANG PALING MENCABAR. ADEHH

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017