-->

11 Feb 2018

Telemovie Adakah Aku Bersalah - Cerekarama TV3

Telemovie Adakah Aku Bersalah, Telefilem, Cerekarama, TV3, Berdasarkan Kisah Benar, Pelakon Telemovie Adakah Aku Bersalah, Hasnul Rahmat, Farah Nabilah, Wilma Muhammad, Oktovia Manrose, Shah Jazle, 2018, Sinopsis, Poligami,
Telemovie Adakah Aku Bersalah - Cerekarama TV3

Sempat juga aku menonton Telefilem Adakah Aku Bersalah yang disiarkan di Slot Cerekarama pada Sabtu lepas. Dikatakan telemovie ini berdasarkan kisah benar dan Pelakon Telemovie Adakah Aku Bersalah ini adalah Hasnul Rahmat, Farah Nabilah, Wilma Muhammad, Oktovia Manrose, Shah Jazle dan ramai lagi. Telemovie ini diarahkan oleh Heykal Hanifah dan diterbitkan oleh Luqsar Kreatif Sdn Bhd. Selain itu, telemovie ini juga disiarkan bersempena DFKL2018. Rasanya ini kali pertama aku melihat Farah Nabilah membawa watak jahat iaitu sebagai isteri kedua dan menganiaya isteri pertama serta anak - anaknya. Memang berkesan lakonan Farah Nabilah itu, sampai berjaya buat aku marah dengan wataknya itu. 

Cuma yang tak leh blah tu, macam manalah isteri pertama tu boleh bersabar sampai macam tu sekali, sampai aku pun stress dengan perangai isteri pertama yang selalu mengalah, lembik dan terima je apa pun. Tak pasal - pasal jadi geram juga dengan isteri pertama yang terlampau baik tu. Ending Telemovie Adakah Aku Bersalah itu agak sad ending juga. Memang jawapan pada tajuk telemovie ini adalah ye, memang watak bapa dan suami dalam drama ini bersalah, disebabkan dia dan juga isteri keduanya itu, seluruh keluarganya musnah. Apa pun drama ini memang ada pengajarannya, tambahan lagi drama ini berdasarkan kisah benar kan. 
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

5 ulasan:

  1. macam menarik.. nanti nak try ajak mak tengok.. mak aida suka tengok cerita-cerita melayu.. hehehe :D

    BalasPadam
  2. ada isteri pertama sampai dua kali diperlaku begitu namun dia tetap reda..

    BalasPadam
  3. ape yek ost cerita tuh ? lupalah tajuk dia .

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017