-->

18 Feb 2018

Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi (Astro Warna)

Mr London Ms Langkawi, Drama Adaptasi Novel, Drama Mr London Ms Langkawi, Astro Warna, Drama Melayu, Drama Bersiri, Novel Mr London Ms Langkawi, Novelis, Herna Diana, Sinopsis, Pelakon Drama Mr London Ms Langkawi, Zul Ariffin, Izara Aisyah, Amar Baharin, Zahirah Macwilson, Yaya Zahir, Dato Seri Shah Rezza, Liza Abdullah, Sharonizam, Watie Sadali, Ghazali Abu Noh, Kismah Johar,
Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi (Astro Warna)

Drama Mr London Ms Langkawi telah pun mula disiarkan di Astro Warna bermula 14 Februari yang lalu, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Drama ini juga merupakan adaptasi daripada Novel Mr London Ms Langkawi karya novelis Herna Diana. Antara Pelakon Drama Mr London Ms Langkawi ini adalah Zul Ariffin, Izara Aisyah, Amar Baharin, Zahirah Macwilson, Yaya Zahir, Dato Seri Shah Rezza, Liza Abdullah, Sharonizam, Watie Sadali, Ghazali Abu Noh, Kismah Johar dan ramai lagi. Selain itu, drama ini bergenre romantik komedi serta diarahkan oleh Nizam Zakaria dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd / Alaf 21 Karangkraf. Kalau tak silap aku drama ini dah lama habis shooting tapi baru sekarang disiarkan di TV Malaysia, drama ini terlebih dahulu disiarkan di Singapura. Apa pun memang best layan drama ini, pelakon pun hebat - hebat belaka. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye. 
Mr London Ms Langkawi, Drama Adaptasi Novel, Drama Mr London Ms Langkawi, Astro Warna, Drama Melayu, Drama Bersiri, Novel Mr London Ms Langkawi, Novelis, Herna Diana, Sinopsis, Pelakon Drama Mr London Ms Langkawi, Zul Ariffin, Izara Aisyah, Amar Baharin, Zahirah Macwilson, Yaya Zahir, Dato Seri Shah Rezza, Liza Abdullah, Sharonizam, Watie Sadali, Ghazali Abu Noh, Kismah Johar
Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi (Astro Warna)

Mengisahkan Aidid Mukhlis (Zul Ariffin) yang cuba menyesuaikan diri di kampung setelah sekian lama menetap di luar negara. Aidid mula berkenalan dengan sepupunya Liyana, seorang gadis kampung yang berjiwa besar cintakan tanah air. Aidid Mukhlis - Berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus. Dari kecil sudah menetap di luar negara membuatkan jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampung halaman. Akhirnya kerana dipaksa, dia pulang juga tanpa rela. Aidid Mukhlis di minta oleh ayahnya untuk pulang ke kampung halaman. Pada mulanya dia enggan, tetapi apabila sudah dipujuk oleh mamanya, akhirnya dia berubah fikiran dan mengikut kata ayahnya.
Mr London Ms Langkawi, Drama Adaptasi Novel, Drama Mr London Ms Langkawi, Astro Warna, Drama Melayu, Drama Bersiri, Novel Mr London Ms Langkawi, Novelis, Herna Diana, Sinopsis, Pelakon Drama Mr London Ms Langkawi, Zul Ariffin, Izara Aisyah, Amar Baharin, Zahirah Macwilson, Yaya Zahir, Dato Seri Shah Rezza, Liza Abdullah, Sharonizam, Watie Sadali, Ghazali Abu Noh, Kismah Johar
Pada hari dia tiba di Langkawi, dia menunggu seseorang untuk membawanya pulang ke kampung halaman iaitu rumah Tok Wannya. Tiba-tiba muncul seorang gadis yang digelar 'Liyana The Samseng'. Siapa?
Nurul Liyana - Liyana adalah salah seorang cucu kepada Tok Wan. Dia hanya gadis biasa. SPM pun setakat cukup makan. Memang dia dalam kategori bukan pelajar cerdik tapi jiwanya besar. Cintanya pada tanah air cukup menebal. Bila bertemu, mereka sentiasa berlaga angin. Seorang serius bukan main. Yang seorang lagi, nakalnya. Nauzubillah. Asyik bertekak sahaja Mr. London dan Ms. Langkawi ini. Kata orang, perbezaan akan mewujudkan keserasian. Tetapi adakah keserasian akan wujud dalam jiwa Aidid Mukhlis dan Nurul Liyana?

➔ Baca Online Novel Mr London Ms Langkawi
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story, 2018,

5 ulasan:

  1. Assalamualaikum..macam best jee jln cerita ni...nak cuba tengok la...

    BalasPadam
  2. Memang lawak pon citer ni. Tambah tambah part izara dengan loghat utara diaa. Hahahaa!

    BalasPadam
  3. Seronokk. Best tengok izara loghat utaraa. Hahaaa

    BalasPadam
  4. Hi, boleh tahu kat mana boleh tonton kesemua episode drama ini... rasa minat pula nak tengok drama melayu... macam best je

    BalasPadam
    Balasan
    1. drama ni dh lama, boleh try search kt google tengok..

      Padam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017