I'm Not A Robot - Korean Drama Review
Hari ini
aku nak buat Review Drama Korea yang bertajuk I’m Not A Robot yang release pada
6 Disember 2017 dan tamat episodnya pada 25 Januari 2018 yang lalu. Antara
Pelakon Drama Korea Im Not A Robot ini adalah Yoo Seung Ho, Chae Soo Bin, Uhm
Ki Joon, Park Se Wan, Kim Min Kyu, Kang Ki Young, Hwang Seung Un, Seo Dong Won,
Lee Min Ji, Son Byung Ho, Eom Hyo Seop, Lee Byung Joon dan ramai lagi. Selain
itu drama ini akan menggantikan Drama Hospital Ship yang telah tamat episodnya
dan kemudian akan digantikan dengan drama Let’s Hold Hands Tightly and Watch
The Sunset. Writer drama ini adalah orang yang sama menulis skrip untuk drama
Shine Or Go Crazy lakonan Jang Hyuk.
Manakala pengarah drama ini pula pernah
mengarah drama – drama best seperti W, She Was Pretty, Cunning Single Lady,
Arang And The Magistrate dan banyak lagi. Minah dari kumpulan Kpop Girl’s Day
dan juga pelakon Dong Ha telah ditawarkan watak utama drama ini, namun mereka
menolak dan akhirnya watak Kim Min Kyu dan Jo Ji Ah / Aji 3 menjadi milik Yoo
Seung Ho dan Chae Soo Bin. Sebelum aku membuat ulasan mengenai drama I'm Not A Robot ini, jom tengok sinopsis drama ini terlebih dahulu di bawah ini, okey.
Sinopsis
I’m Not A Robot (Korean Drama)
Mengisahkan
Kim Min Kyu (lakonan Yoo Seung Ho) yang merupakan pemegang saham terbesar dalam
sebuah syarikat kewangan yang terkemuka. Kim Min Kyu ini mempunyai segalanya,
dia kacak, kaya dan bijak namun dia hidup berseorangan dan terasing disebabkan
penyakitnya, dimana dia allergy pada manusia. Hanya 2 orang saja yang dapat rapat dengan Kim
Min Kyu ini iaitu penjaga rumahnya dan juga doktor peribadinya. Manakala Jo Ji
Ah (lakonan Chae Soo Bin) pula adalah seorang aspiring entrepreneur dan bekerja
sebagai personal shopper, suatu hari Jo Ji Ah mendapat panggilan daripada ex
boyfriendnya yang bernama Hong Baek Gyun (lakonan Uhm Ki Joon) untuk bekerja
untuknya buat sementara waktu. Hong Baek Gyun ini adalah seorang pencipta Robot
Android yang terkemuka dan robot ciptaannya yang terbaru dinamakan Aji 3, yang
mempunyai bentuk tubuh dan wajah seiras
dengan Jo Ji Ah.
Walaubagaimanapun satu kemalangan telah berlaku dan membuatkan
robot Aji 3 itu mengalami sedikit kerosakan. Keadaan makin teruk apabila Baek
Gyun telah berjanji untuk membawa robot Aji 3 ke rumah Kim Min Kyu untuk diuji
dan dirinya bakal mendapat wang pelaburan yang banyak dari Kim Min Kyu,
sekiranya Kim Min Kyu berpuas hati dengan robot Aji 3 ciptaannya itu. Disebabkan
terdesak, Baek Gyun akhirnya terpaksa mengambil Jo Ji Ah bekerja dengannya
dengan menyuruh Jo Ji Ah menyamar sebagai Robot Aji 3 dan pergi ke rumah Kim
Min Kyu. Jo Ji Ah yang sememangnya terdesak perlukan duit, akhirnya menerima
tawaran Hong Baek Gyun itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
Ulasan
Drama I’m Not A Robot – Korean Drama
Sebenarnya
agak kesian juga dengan Kim Min Kyu ini disebabkan dia hidup seorang diri dan
kesunyian, dia selalu menghabiskan masanya dengan membeli robot – robot baru
yang terdapat di pasaran. Robot – robot tu semua akan dijadikan seperti
kawannya. Bila Aji 3 muncul dalam hidupnya, semua hal mula berubah menjadi
lebih baik. Ikutkan ada banyak juga scene – scene kelakar dalam drama Im Not A
Robot ini, especially scene ketika Jo Ji Ah yang menyamar menjadi Aji 3 itu
membuat kesalahan besar. Namun Kim Min Kyu masih tak dapat nak mengagak yang
Aji 3 itu sebenarnya adalah manusia hahaha.
Naif betul Kim Min Kyu tu ketika ini haha even Jo Ji Ah pun terkejut
bila Kim Min Kyu langsung tak mengesyaki apa – apa. Antara scene favorite aku dalam drama ini
adalah ketika Kim Min Kyu terpaksa berbuat baik dan mengambil hati semua
pekerja Baek Gyun itu, iaitu PI, Hoktal dan Ssanip bagi mengelakkan mereka
membawa Aji 3 pergi darinya.
Selain itu scene ketika Kim Min Kyu dah makin
rapat dengan Hong Baek Gyun dan semua pekerjanya itu pun sweet saja, sebab itu
adalah kali pertama Kim Min Kyu mendapat ramai kawan baru. Pelakon Kang Ki
Young yang membawakan watak Hwang Yo Cheol itu kali ini membawakan watak serius
dan jahat dalam drama ini. Sebelum ini Kang Ki Young ini kerap berlakon watak
komedi, tapi bermula dengan drama While You Were Sleeping , dia dah start
berlakon watak jahat. Annoying juga dengan watak Hwang Yo Cheol ini sebab dia
sentiasa cemburu dan dengki dengan Kim Min Kyu dan sentiasa mencari cara untuk
menjatuhkannya tapi bila H.Yo Cheol tu dah sedar kesalahannya dan kemudian
berbaik – baik dengan Kim Min Kyu tu memang touching dan sweet habis,
comel je scene tu hehe.
Antara scene yang paling suspen dan ditunggu –
tunggu sekali oleh penonton adalah scene ketika Kim Min Kyu dapat tahu perkara
sebenar mengenai kebenaran Jo Ji Ah itu dan apa tindakan Kim Min Kyu
seterusnya?. Selain itu ramai penonton yang suka gandingan Yoo Seung Ho dan
Chae Soo Bin ini sebab diorang nampak sepadan gitu, ada juga yang komen kata
muka diorang nak seiras, ye ke? Hehe. Selain itu scene – scene sedih dalam
drama ini memang berjaya membuat aku pun sedih sekali especially ketika scene
Kim Min Kyu nak berpisah dengan Aji 3 itu. Lagu tema / OST I’m Not A Robot ini
bagi aku, biasa – biasa saja. Manakala ending Drama Im Not A Robot ini memang
happy ending gitu. Bagi aku drama ini memang menghiburkan dan ada pengajarannya
juga, serta aku memang enjoy menonton drama ini. Jadi aku bagi 7.7/10 Bintang
untuk K- Drama ini.
uwaaah, puas hati sangat dapat baca review ni sebab berkira-kira jugak samada nak tengok ke tak..hahahahahh
BalasPadamSalam hujung minggu dari Ibu, Semoga keluarga sihat dan dilimpahi rahmat.
BalasPadamBesar nikmat.
alooo nak tengok drama nii huwaaa. sebab ramai juga yang puji drama ni best termasuk kakak saya hahahaa. nanti lah suruh cousin download kan kihkih
BalasPadamkin dah tengok smapi episod 8. haha tak sabar nak habiskan. btw, sis selalu tgk kat mana ye?? kin tgk kat dramanice
BalasPadamsy slalu tgk kt myasiantv atau pun kat kissasian
Padammemang best cerita ni. saya dah habis tengok.. suka sangat lakonan chae soo bin.
BalasPadamciter im not robot ni dah tgok.skg ni rase mcm dahagekan citer saeguk drama la.tp xde yg mnarik.grand prince tu malas la nak tgok.nak yang lain.
BalasPadamdah tengok kdrama nie, memang best n sweet2 je dorang. :D
BalasPadamTak terjebak lagi
BalasPadam