-->

24 Jul 2018

Movie Review : The Foreigner (2017)

The Foreigner, English Movie, English Film, Movie, Film, Movie Review, The Foreigner Review, 2017, Sinopsis The Foreigner, English Movie Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, The Foreigner Cast, Senarai Pelakon Filem The Foreigner, Jackie Chan, Pierce Brosnan, Charlie Murphy, Orla Brady, Katie Leung, Ray Fearon, Rory Fleck Bryne, Filem Orang Putih, Filem Barat, Hollywood, Hollywood Movie, Action Thriller, Suspen, Poster The Foreigner,
Movie Review : The Foreigner (2017)

Baru berkesempatan nak buat review filem The Foreigner ini yang release pada tahun 2017 dan diarahkan oleh Martin Campbell. Antara pelakon English Movie The Foreigner ini adalah Jackie Chan, Pierce Brosnan, Charlie Murphy, Orla Brady, Katie Leung, Ray Fearon, Rory Fleck Bryne dan ramai lagi. Filem The Foreigner ini bergenre Action Thriller dan based on The Chinaman by Stephen Leather. Tarikan utama filem ini pastilah sebab gandingan Jackie Chan dan Pierce Brosnan gitu, plus jalan ceritanya juga menarik, suspen dan mendebarkan. Ikutkan jalan cerita movie The Foreigner ini simple saja, iaitu tentang seorang ayah yang ingin menuntut keadilan dan membalas dendam terhadap orang yang bertanggungjawab menyebabkan kematian anak perempuannya. Tapi bila diorang selitkan sedikit tentang hal yang berkaitan kumpulan Authentic UDI tu aku jadi blur sedikit hahaha sebab diorang ni memang pengganas dah, senang - senang bom orang sana - sini. pastu diceritakan sikit pasal leader diorang semua. Walaubagaimanapun aku tak pedulikan sangat pasal cerita diorang tu semua sebab aku lebih fokuskan untuk melihat bagaimana watak Ngoc Minh Quan lakonan Jackie Chan itu akan membalas dendam, sedangkan dia seorang diri saja.
The Foreigner, English Movie, English Film, Movie, Film, Movie Review, The Foreigner Review, 2017, Sinopsis The Foreigner, English Movie Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, The Foreigner Cast, Senarai Pelakon Filem The Foreigner, Jackie Chan, Pierce Brosnan, Charlie Murphy, Orla Brady, Katie Leung, Ray Fearon, Rory Fleck Bryne, Filem Orang Putih, Filem Barat, Hollywood, Hollywood Movie, Action Thriller, Suspen, Poster The Foreigner,
Tapi bak kata orang Dont Judge Book By Its Cover, Ngoc Minh Quan ini bukan sembarangan orang, dia nampak macam orang biasa saja dan bekerja sebagai seorang Chef dan mempunyai restoran sendiri. Tapi sebenarnya dia adalah bekas tentera unit khas yang pernah berkhidmat dalam perang Vietnam. Jadi memang tak hairanlah jika dia oleh berlawan dengan baik, malah dia juga boleh buat bom sendiri gitu. Liam Hennessy lakonan Pierce Brosnan pun terkejut bila dapat tahu siapa sebenarnya Ngoc Minh Quan sebab awalnya dia pun pandang rendah terhadap kemampuan N.Minh Quan ini. Aku suka part Ngoc Minh Quan ini mengacau hidup Liam Hennessy dan buatkan semuanya jadi huru - hara. Sampai Liam Hennessy ini kena lari dan bersembunyi namun dapat dijejaki oleh N.Minh Quan. Minh Quan ni siap berkampung dalam hutan dekat rumah Liam Hennerssy ni. Selain itu korang memang akan rasa geram dengan kumpulan UDI ni yang asyik buat plan nak bom sana sini, memang aku tunggu je Minh Quan ni belasah diorang semua tu heehe. Ending movie The Foreigner ini memang sangat memuaskan hati, tapi kasihan juga pada Minh Quan ni, sebab balas dendam macam mana pun tetap tak dapat  kembalikan satu - satunya anak Ngoc Minh Quan ini yang dah mati sebab kena bom oleh kumpulan UDI tu.

Walaubagaimanapun sekurang - kurangnya selepas segalanya berakhir Ngoc Minh Quan dapat move on dan teruskan hidupnya. Apa pun movie ni memang enjoy dan best untuk ditonton bagi mereka yang gemar menonton filem - filem aksi thriller ini, apa pun aku bagi 7.5/10 Bintang untuk movie The Foreigner ini.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

4 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017