-->
Memaparkan catatan dengan label Gempak Superstar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gempak Superstar. Papar semua catatan

19 Mei 2016

Lagu Hang Pi Mana Nyanyian Khalifah

Lagu Hang Pi Mana Nyanyian Khalifah Jadi Popular n Viral

Assalammualaikum..
Rasanya semua pun dengar lagu Hang Pi Mana nyanyian kumpulan Khalifah. Sekali dengar dah rasa best, lirik die pun best, lawak n ada pengajaran gak. Kat Gempak Superstar hari tu pun diorang ada nyanyi lagu Hang Pi Mana ni secara beramai-ramai. Apapun jom layann video lagu ni kat bawah k, dalam video tu ada lirik dah so sambil tengok video bolehla nyanyi sekali hahaha.



Read More »

16 Mei 2016

Keputusan Pemenang Gempak Superstar 2016

Elizad Juara Gempak Superstar 2016

Tahniah buat Elizad kerana berjaya menjadi juara Gempak Superstar, kemenangan Elizad sudah dijangka kerana undiannya sentiasa tinggi dan berada diatas. Di final, Elizad menyanyikan lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi dan Ketulusan Hati. Opening Gempak Superstar diserikan dengan persembahan Azlan & The Typewriter. Projektor Band turut membuat persembahan di pertengahan acara manakala Amelina turut muncul sebagai kejutan di persembahan kedua Arja Lee. Datuk Yusof Haslam pula menjadi juri jemputan untuk pentas final ini. Tak sangka juga Nazim Othman dapat tempat kelima, dah rezeki masing2 kan, kelihatan buah hati Nazim iaitu Bella Dally turut membantu sketsa pertama Nazim tu. Yassin, Fauziah Nawi, Khir Rahman turut membantu persembahan para peserta. 
Izreen Azminda turut membuat persembahan khas dengan menyanyikan lagu Fantasia Bulan Madu dan diakhiri dengan persembahan Amy Search sendiri dengan lagu Kerja Gila. Personally aku suka dengan persembahan kedua Sherry Ibrahim dengan lagu Tak Ada Logika, nampak Sherry juga all out masa menyanyikan lagu ni. Rasa bersemangat pulak tengok die menyanyi macam tu kan hehe, apapun nampak di round kedua tu semua peserta cuba berikan yaang terbaik. Tahniah buat semua finalis, jom tengok keputusan pemenang Gempak Superstar kat bawah ni k..
Juara Gempak Superstar 2016 - Siti Elizad
Naib Juara - Sherry Ibrahim
Tempat Ketiga - Arja Lee
Tempat Keempat - Soffi Jikan
Tempat Kelima - Nazim Othman
Anugerah Juara Terlajak Superstar - Sherry Ibrahim

Read More »

11 Mei 2016

Finalis Gempak Superstar 2016

Siapa Juara Gempak Superstar??


1. Siti Elizad
2. Nazim Othman
3. Sherry Ibrahim
4. Soffi Jikan
5. Arja Lee

Tersingkir

* Ryzal Jaafar & Dazrin (Minggu Ke-2)
* Tasha Shilla (Minggu Ke-3)
* Raja Ilya & Izreen Azminda ( Minggu Ke-4)
* Minggu Ke-5 tiada penyingkiran
*Minggu Ke-6 (Final Gempak Superstar)

6 minggu jer Gempak Superstar ni, tup2 dah final, cepat sungguh..agak2 korang sape yang akan menang nanti??

Jom Baca ni jugak --> Asia VS Eropah!??..
Read More »

2 Mei 2016

Raja Ilya & Izreen Tersingkir - Gempak Superstar

Raja Ilya & Izreen Azminda Tersingkir Di Minggu Ke-4 Gempak Superstar

Assalammualaikum..
Tak sangka ada 2 penyingkiran di minggu ke-4 Gempak Superstar ni, ingatkan ada satu penyingkiran jer. Raja Ilya dan Izreen Azminda tersingkir di minggu ini manakala Nazim Othman turut berada di kedudukan bottom three. Minggu ini kebanyakkan peserta mendapat kritikan yang tegas dari juri tetap Ogy Ahmad Daud. Keadaan menjadi panas dengan perbezaan pendapat antara Ogy Ahmad Daud dan juga Dato Ramli M.S. Michael Ang menjadi juri jemputan buat kali kedua di Gempak Superstar ini. Minggu ini diserikan dengan Ayda Jebat yang menyampaikan 2 buah lagu iaitu lagu dari Alicia Keys dan juga lagu Pencuri Hati. Dari awal memang dah boleh agak yang Raja Ilya akan tersingkir, rasanya nyanyiannya di minggu2 sebelumnya lebih okey dari minggu ini, cuma x sangka bila Izreen pun tersingkir sekali. 

Minggu ini bertemakan Medley dan Izreen menyanyikan lagu Potret dan Joget Sayang Di Sayang manakala Raja Ilya menyanyikan lagu Janam Janam (Dilwale) dan lagu Seksis. Fattah Amin turut membantu persembahan Sherry Ibrahim dan rasanya ramai yang memuji persembahan yang ditunjukkan oleh Soffi Jikan. Kini hanya tinggal 5 peserta saja lagi untuk meneruskan cabaran di Minggu ke-5 Gempak Superstar yang bertemakan Duet.

Read More »

25 Apr 2016

Gempak Superstar - Tasha Shilla Tersingkir

Tasha Shilla Tersingkir Di Minggu Ke-3 Gempak Superstar

Assalammualaikum..
Selepas Tersingkirnya Ryzal dan Dazrin di minggu kedua Gempak Superstar, kini giliran Tasha Shilla pula tersingkir di minggu ke-3. Drama Band membuat persembahan pembukaan di minggu ketiga ini dan Jihan Muse menjadi Hos bersama dengan Sharnaaz menggantikan Scha Alyahya. Manakala Yusry KRU menjadi juri jemputan untuk minggu ini. Erra Fazira turut menyanyikan lagu Soal Hati di hujung rancangan. Wahhh ada Yusry n Erra dalam satu program hehehe. Dah lama x dengar Erra menyanyi kan. Raja Ilya dan Izreen turut berada dalam kedudukan tiga terbawah. Tasha Shilla dan Elizad turut mendapat kritikan pedas dari juri Ogy Ahmad Daud. Shafiq Kyle dan Afiq Muiz turut muncul dalam persembahan Izreen dan Tasha Shilla. Di minggu ini kesemua peserta menyanyikan lagu-lagu OST Filem. Manakala tema untuk minggu hadapan adalah Medley. Agak2 sape plak yang akan tersingkir di minggu hadapan yer??

1. Tasha Shilla - My Heart Will Go On (Titanic)
2. Arja Lee - Perpisahan (Cinta)
3. Raja Ilya - Pulangkan (Pontianak Harum Sundal Malam)
4. Nazim Othman - Tentang Dia (Tentang Dia)
5. Sherry Ibrahim - Meniti Hari (Tragedi Oktober)
6. Soffi Jikan - Memburu Impian (Gila-Gila Remaja)
7. Izreen Azminda - Cinta Kristal (Hantu Kak Limah Balik Rumah)
8. Elizad Sharifuddin - Pengemis Cinta (Pemburu Bayang)

Read More »

18 Apr 2016

Gempak Superstar - Ryzal & Dazrin Tersingkir

Ryzal & Dazrin Tersingkir Di Minggu Kedua Gempak Superstar

Assalammualaikum..
Selepas minggu pertama tiada penyingkiran, minggu kedua Gempak Superstar berakhir dengan penyingkiran Ryzal dan juga Dazrin. Raja Ilya turut tersenarai dalam bottom three. Ryzal menyanyikan lagu Pencinta Wanita manakala Dazrin menyanyikan lagu dari Chakra Khan. Raja Ilya pula menyanyikan lagu Selamat Malam (Faizal Tahir). Kelihatan Ryzal dan Elizad saling bantu-membantu dalam persembahan diorang. Opening Gempak Superstar diserikan dengan kehadiran Haiza yang menyanyikan lagu Malam Pesta Muda Mudi. Elizad menjadi peserta pertama membuat persembahan dengan bersketsa dan menyanyikan lagu Ku Bahagia. Ketika pembukaan, Scha Alyahya dan Sharnaaz Ahmad mengumumkan yang Elizad mendapat undian SMS tertinggi. Syamsul Yusof menjadi juri jemputan pada minggu ni.
Kelihatan minggu ini semua peserta menyampaikan lagu masing2 dengan penuh emosi gitu. Antara peserta yang menyanyikan lagu balada seperti Izreen Azminda (Tanpa Kekasihku- Agnes Monica) Tasha Shila (Aku Wanita Biasa - Kris Dayanti), Sherry Ibrahim (Percayalah - Indah AF),  Nazim Othman ( Bahagiamu Deritaku - Hafiz), Arja Lee (Lagu Kita - Aizat). Manakala Soffi Jikan pula menyanyikan lagu Malaikat (Hazama). Selepas persembahan Nazim, kelihatan juri tetap Ogy Ahmad Daud dan Dato Ramli MS saling berbalas kenyataan tentang persembahan Nazim. Lawak gak masa ni dari perkataan Legato boleh jadi Legoland, Berpidato dan sebagainya hihi. Tema minggu depan pula adalah lagu-lagu OST Filem. 


Read More »

30 Mac 2016

Gempak Superstar (Astro) - Pelakon Jadi Penyanyi


Assalammualaikum..
Selepas Gegar Vaganza mendapat sambutan hangat dari penonton, kini Astro kembali dengan program realiti terbaru iaitu Gempak Superstar, yang macam ala2 pertandingan nyanyian yang disertai oleh 10 pelakon popular Malaysia. Wahh macam menarik kan program ni, kesemua pelakon yang sertai Gempak Superstar ni memang terkenal pun. Scha Al-Yahya dan Sharnaaz Ahmad akan menjadi Hos / Pengacara Gempak Superstar ni. Rasanya ni first time Sharnaaz Ahmad jadi pengacara ni, tengok die jadi hos ganti Neelofa kat Meletop tu pun dh nampak die agak nervous hehe, tapi lama2 biasalah kan, tambah2 Scha Alyahya tu pun dah biase jadi hos. Kali ni Astro tak pilih pelawak jadi hos tapi aku rase program Gempak Superstar ni mesti akan dapat sambutan nanti, tambah2 semua pelakon tu dah ada peminat masing2 kan. Apapun jom tengok Senarai Pelakon yang menyertai Gempak Superstar kat bawah ni k..


1- Nazim Othman
2- Raja Ilya
3- Dazrin Kamaruddin
4- Tasha Shilla
5- Arja Lee
6- Ryzal Jaafar
7- Izreen Azminda
8- Soffi Jikan
9- Sherry Ibrahim
10- Siti Elizad Sharifuddin

Pengacara / Hos Gempak Superstar - Sharnaaz Ahmad & Scha Alyahya
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017