-->
Memaparkan catatan dengan label Slot Seramedi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Slot Seramedi. Papar semua catatan

4 Jan 2018

Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang (Seramedi TV3)

Drama Kisah Yang Hilang, Slot Seramedi, TV3, Sinopsis Kisah Yang Hilang, Misteri, Seram, Komedi, Pelakon Drama Kisah Yang Hilang, Izzue Islam, Eyka Farhana, Aizat Hassan, Epy Kodiang, Wan Gegau, Fathil Dani, Adam Shah, Drama Melayu, Drama Bersiri, Poster Drama Kisah Yang Hilang,
Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang Slot Seramedi TV3

Drama Kisah Yang Hilang adalah drama terbaru di Slot Seramedi TV3 yang mula disiarkan pada 26 Disember yang lalu, setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam. Antara Pelakon Drama Kisah Yang Hilang ini adalah Izzue Islam, Eyka Farhana, Aizat Hassan, Epy Kodiang, Wan Gegau, Fathil Dani, Adam Shah dan ramai lagi. Selain itu Drama Kisah Yang Hilang ini mempunyai 20 episod serta diarahkan oleh Azaromi Ghozali dan diterbitkan oleh MIG Production Sdn Bhd. Nampak menarik juga drama ini dan aku suka juga dengan barisan pelakon drama ini. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye. Selamat Membaca okey..

Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang Slot Seramedi TV3

Mengisahkan tentang Fatah Aqil (Izzue Islam), yang merupakan seorang penulis novel romantik dan aksi yang terkenal di Malaysia sehinggakan karyanya juga diangkat untuk menjadi filem oleh penerbit-penerbit terkenal di Malaysia. Pada suatu hari, setelah menghadiri majlis pratonton filem seram timbul keinginannya untuk menulis novel bergenre seram. Namun, apabila Aqil mula ketandusan idea, Aqil bersama rakan baiknya Baihaqi, mengembara ke sebuah kampung yang bernama Kampung Sungai Ajal. Di situ, Aqil meminta izin daripada Tok Penghulu untuk mengumpulkan kisah-kisah seram yang tidak pernah diceritakan oleh sesiapa lagi. Di kampung itu, Aqil berkenalan dengan Sabri, Asmat dan Johan yang kemudiannya menjadi sahabat baiknya. 
Drama Kisah Yang Hilang, Slot Seramedi, TV3, Sinopsis Kisah Yang Hilang, Misteri, Seram, Komedi, Pelakon Drama Kisah Yang Hilang, Izzue Islam, Eyka Farhana, Aizat Hassan, Epy Kodiang, Wan Gegau, Fathil Dani, Adam Shah, Drama Melayu, Drama Bersiri,
Selain mereka, Aqil turut berkenalan dengan seorang gadis cantik manis, Suri Bakawali. Melalui bantuan mereka, Aqil mula mengumpul cerita-cerita seram yang diingininya. Namun, ketika Aqil mahu mula menaip kisah-kisah seramnya, komputer riba yang dibawanya rosak dan Suri menggantikannya dengan sebuah mesin taip lama milik datuknya. Tanpa disedari Aqil, setiap kisah seram yang ditaipnya menjadi kenyataan. Pada awalnya, Aqil tidak menyedari hal ini namun lama-kelamaan dia seperti dapat mengesan sesuatu yang aneh tentang kampung tersebut. Aqil mula menyiasat sendiri dan pelbagai peristiwa berlaku pada dirinya sehinggalah dia menemui kebenaran mengenai kampung tersebut.

Watak - Watak Pelakon Drama Kisah Yang Hilang

Izzue Islam sebagai Fattah Aqil
Eyka Farhana sebagai Suri Bakawali

Epy Kodiang sebagai Sabri

Wan Gegau sebagai Asmat

Aizat Hassan sebagai Johan



Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

11 Jul 2017

Sinopsis Drama Jangan Ikut Aku (Seramedi TV3)

Drama Melayu, Drama Jangan Ikut Aku, Slot Seramedi, TV3, Sinopsis, Drama Bersiri, Genre, Seram, Komedi, Hantu, Jin, Pelakon, Anas Ridzuan, Ben Ladin, Syanie, Dazrin Kamarudin, Aishah Azman, A.Galak, Emma Maembong, Reen Rahim, Supyan Kepoh, Kazar Saisi, Azzahra Ahmad, Marisa Yasmin, Azman Jantan, Gbob, Tash Yong, Afzan A Rahman, Acong Sweetchild,
Sinopsis Drama Jangan Ikut Aku Slot Seramedi TV3

Assalammualaikum..
Drama Jangan Ikut Aku sudah mula bersiaran di Slot Seramedi Tv3, bermula 10 Julai yang lalu. Drama 12 episod ini disiarkan setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam dan dilakonkan oleh ramai pelakon best seperti Anas Ridzuan, Ben Ladin, Syanie, Dazrin Kamarudin, Aishah Azman, A.Galak, Emma Maembong, Reen Rahim, Supyan Kepoh, Kazar Saisi, Azzahra Ahmad, Marisa Yasmin, Azman Jantan, Gbob, Tash Yong, Afzan A Rahman, Acong Sweetchild dan ramai lagi. Drama Jangan Ikut Aku ini diarahkan oleh Azmi Hatta dan diterbitkan oleh Orangetree Production, kalau tengok senarai pelakon drama ini, memang semuanya best - best belaka, jalan cerita pun bergenre seram komedi gitu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ye.

Sinopsis Drama Jangan Ikut Aku (Seramedi TV3)

Akil dan Nabil bersama rakan-rakan mereka Lan dan Tahir membuat keputusan untuk berkhemah di sungai tempat mereka sering memancing. Akil mula tidak sedap hati dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena setelah dia membuang air di salah satu kawasan sungai ketika perkhemahan tersebut. Setelah pulang dari Kampung, Akil mula mengalami pelbagai peritiwa yang pelik dan agak menakutkan seperti Nabil yang membuat perangai seperti budak kecil dihadapannya. Sebenarnya Nabil telah dirasuk jin peliharaan Tok Misai. Sebelum keluar bekerja, Akil ternampak kelibat jin-jin peliharaan Tok Misai. Oleh kerana takut diganggu lagi, Akil pulang ke kampung untuk berubat dengan Tok Misai, tetapi dia terkejut apabila Mak Mah memberitahu bahawa Tok Misai telah meninggal dunia kerana dibunuh. Apa yang akan berlaku seterusnya?.

Ending Drama Jangan Ikut Aku

Akil memutuskan untuk memulangkan cincin tersebut kepada Siti yang merupakan anak Tok Misai. Anjang Hitam ingin memiliki cincin tersebut sekaligus menjadi tuan kepada saka - saka yang menganggu Akil. Akil keberatan untuk memberikan cincin itu pada Anjang Hitam kerana Akil merasakan Anjang Hitam itu akan menyalahgunakan kuasa cincin tersebut. Disebabkan itu, Anjang Hitam menculik kekasih Akil iaitu Shila lalu memaksa Akil untuk memberikan cincinnya itu. Namun Siti, Bapa Shila serta Nabil dan jiran Akil datang tepat pada masanya. Anjang Hitam ditangkap polis disebabkan telah menculik Shila. 

Manakala Siti dan Akil telah memutuskan untuk memberikan cincin tersebut pada bapa Shila untuk dihapuskan atau dibuang ke tempat yang selamat. Akil dan Shila dah berbaik, cincin tersebut telah dibuang ke dalam kolam. Namun akhirnya cincin tersebut telah dapat pada yang lain dan kini saka - saka tersebut telah mendapat tuan yang baru. 
Miss Banu Signature, Blogger, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

16 Feb 2017

Sinopsis Drama Misteri Wan Peah (Seramedi TV3)

Poster Drama Misteri Wan Peah
Sinopsis Drama Misteri Wan Peah Slot Seramedi TV3

Assalammualaikum..
Slot Seramedi (Seram Komedi) adalah slot terbaru di Tv3 dan Drama Misteri Wan Peah menjadi drama pertama dalam slot ini untuk disiarkan bagi menggantikan Drama Kerana Anisa (Slot Samarinda) yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Normah Damanhuri, Zee Zainal. Acap Jamaluddin, Faiz Tapaw, Usop Wilcha, Delimawati, Sasqia Dahuri, Sweet Qismina, Indah Emeerlda, Ariff Aziz, Sherry Alhadad dan ramai lagi. Drama 20 episod ini diarahkan oleh Azman Yahya (Jinggo) dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Kalau tengok dari sinopsis drama ini, memang nampak macam menarik jer drama ini kan, apa pun jom layan sinopsis drama ini kat bawah yer.


Sinopsis Drama Misteri Wan Peah (Seramedi TV3)

Mengisahkan tentang kisah misteri seorang wanita tua yang tinggal di Kampung Kuala Pari Hilir. Dek sikapnya yang aneh, sering menyendiri dan tidak pernah senyum selain suka duduk dalam gelap membuatkan penduduk kampung menganggap Wan Peah (Normah Damanhuri) membela sakaAkibat satu peristiwa dimana tiga rakan karib iaitu Yeh Kumbang (Acap Tokan), Li Kelubi (Zee Tokan) dan Ghani Gagap (Faiz Tapaw) telah disergah oleh Wan Peah sehingga mereka jatuh sakit, Wan Peah diherdik dan dicaci oleh penduduk kampung. Mereka mengatakan Wan Peah menggunakan ilmu hitam dan dia diberi amaran untuk tidak keluar rumah langsung. Selama 12 tahun orang kampung tidak melihat kelibat Wan Peah, sehingga mereka berfikir bahawa Wan Peah sudah meninggal dunia. Tiada siapa peduli kerana mereka juga tidak berani untuk mendekati rumah Wan Peah. Kemunculan Cik Siti (Sasqia Dahuri), merupakan janda anak seorang berpindah ke kampung itu bersama anaknya, Aisyah (Indah Emerlda DFKL) serta adiknya Nurin (Sweet Farhana). Lebih mengejutkan apabila Cik Siti berpindah ke rumah kosong bersebelahan dengan rumah Wan Peah. Satu demi satu perkara pelik berlaku kepada Cik Siti dan keluarganya sejak Cik Siti berpindah ke situ. 


Bermula dengan peristiwa Aisyah yang hilang semasa bersiar-siar bersama Nurin dan akhirnya ditemui di tingkat bawah rumah Wan Peah. Orang kampung beranggapan bahawa hantu Wan Peah sudah mula mengganggu penduduk di situ kerana sering juga dilihat berjalan di kawasan kampung. Farhan (Ariff Aziz), anak kepada Tok Hashim dan Mak Timah sudah pulang menetap di kampung itu. Dia bertugas sebagai guru ganti kepada kelas yang ditinggalkan oleh Cik Siti. Apabila Cik Siti kembali semula ke sekolah, mereka mula rapat. Perkara ini menyebabkan Cikgu Zaiton (Sherry Al-hadad) yang sememangnya cemburu kepada Cik Siti mula membawa mulut kononnya Cik Siti mengadakan cerita tentang hantu Wan Peah untuk menarik perhatian orang kampung. Perbuatan jahat Cikgu Zaiton turut disokong Mak Timah. Perhubungan mereka tidak akan mendapat restu Mak Timah sekiranya Farhan memilih Cik Siti. Disebabkan itu, Cik Siti tekad untuk mencari kebenaran tentang Wan Peah. Cik Siti meminta bantuan tiga sekawan itu, namun kerana peristiwa silam mereka takut. Dapatkah Cik Siti merungkai kebenaran tentang misteri Wan Peah? Adakah benar Wan Peah sudah meninggal dunia dan rohnya yang telah mengganggu orang kampung kerana dirinya dihina?



Lagu Tema / OST Misteri Wan Peah

Seram Dik Seram Nyanyian Eddie G ft Cat Farish
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017