-->
Memaparkan catatan dengan label Tudung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tudung. Papar semua catatan

12 Mac 2018

Hadiah Dari Farhana Jafri Dah Sampai

Hadiah Dari Farhana Jafri Dah Sampai

Sebenarnya hadiah di atas ini dah lama sampai, tapi baru sempat buat entry penghargaan ini, sorry juga sebab kualiti gambar dekat atas ini tak berapa cantik, sebab kelam kabut masa ambil picture tu. Apa pun terima kasih buat Farhana Jafri kerana sudi memberikan hadiah yang best tu, warna pun cantik, suka suka suka hehehe. Jom ramai - ramai singgah ke blog beliau ini ➔ http://www.farhanajafri.com/
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story, 2018,
Read More »

28 Jun 2017

7 Konsep Tudung Islamik

7 Konsep Tudung Islamik

Assalammualaikum..
Dekat pasaran sekarang, ada pelbagai jenis tudung, dan terdapat pelbagai fesyen dan style pemakaian tudung sekarang ni. Hayati gambar diatas dan fikirkan adakah 7 konsep tudung islamik tersebut diguna pakai oleh kita atau tidak. Moga entry ini bermanfaat buat kita semua.
Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story,
Read More »

18 Sep 2015

Trend Tudung Terbaru

Assalammualaikum..
Seperti yang semua tahu tudung adalah antara fashion item yang sangat penting buat wanita Islam. Ini kerana menutup aurat adalah wajib bagi Muslimah dan memakai tudung memberikan ruang bagi mereka untuk menerapkan ajaran agama untuk dipraktikkan. Namun begitu, bagi Muslimah di Malaysia pemakaian tudung terkini tidak membataskan ruang untuk mereka kelihatan bergaya dan cantik. Sekarang ini terdapat banyak seleksi tudung murah dengan pemilihan corak, warna dan rekaan yang menarik bersama harga yang cukup berpatutan.

Oleh kerana golongan wanita yang bertudung semakin gemar bergaya dan mengikut arus trend fesyen Muslimah terkini semakin banyak koleksi tudung murah dengan rekaan moden dihasilkan. Pereka-pereka fesyen Malaysia juga telah muncul dengan koleksi tudung terbaru bersama rekaan yang unik dan eksklusif.

Kalau kita lihat dengan lebih dekat trend tudung terkini untuk wanita semakin mendapat perhatian selepas wujudnya golongan pencinta fesyen pakaian Muslimah yang lebih dikenali sebagai hijabista. Malah dengan pengaruh yang datang daripada selebriti terkenal seperti Dato Siti Nurhaliza, Yuna dan Shila Amzah yang popular dengan imej berhijab ianya menaikkan populariti fesyen tudung di negara ini.

Semakin banyak pilihan rekaan untuk koleksi tudung terbaru wanita sekarang ini. Malah variasi warna dan corak juga boleh didapati hampir di mana sahaja!

Ramai juga wanita yang mencari tutorial menggayakan tudung wanita online di internet dan melalui video tutorial hijab di Youtube. Jika anda sedang mencari idea untuk menggayakan tudung bagi daily basis ke tempat kerja, majlis istimewa mahupun makan malam bersama si dia, di bawah ini ada beberapa gaya padanan tudung bersama pakaian Muslimah. Semoga ianya dapat berikan korang sedikit inspirasi!
Baju Kurung Moden

Baju Jubah Moden

Baju Fesyen Muslimah Top
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017