3 Jun 2010

Aku x sUke SikAp & kOmitMeN bEgiNi..


Hahaha..actually ni cite ttg sorang budak laki yg mang aku kureng gemar..sejak dri awal lg..x tau la knp..bagi aku..apa yg aku dengar dan nampak hnya la benda yg negative je kat die haha..mmg x serasi laa..waktu ditahun pertama nampak ala2 skema..tahun kedua ala2 selekeh..tahun ke3 bru le nmpk ok skit..jgn nak kata aku suke kat die lak..ish3x..no no no…ok..dri tahun pertama aku tgk budak ni cm ada something wrong..kerja nak mengorat je perempuan2 yg lawa kt U tu..kemudian aku kena lak 1 kump ngan die utk tjuk tutor..aku,dier dan sorang lg bdk india…masa hari pembentangan boleh plak die x dtg..kiteorg dh hbis bentang n dh nak hbis kelas..bru la die dtg dgn alasan bangun lambat..dri situ persepsi aku budak ni x de disiplin langsung..huh..




Aku x pernah bertegur sapa ngan die tmbh2 nak bersembang..aku uat derk jer..walaupun die tgh bersembang ngan kawan yg ada kat sebelah aku..aku tetap x tegur ke senyum kea pa ke..malas..die pun sama..kiteorg uat mcm xde org yg wujud kat situ..




Aku byk kali gak sama kelas tutor ngan die..aku n the geng mang x suke sgt ngan die..x pernah pun nak brsembang..Cuma die akan bersembang ngan kawan aku yg 1 negeri ngan die n sorang lagi kawan aku yg agak lawa sikit..apa pun aku bersyukur sebab pada tahun kedua aku x kena bentang or sama tajuk ngan die..legaaa..tpi kawan aku kurang bernasib baik..kena bentang sekali ngan die..namun kawan aku tu ada la report kt aku yg mamat tu x beri kerjasama..segala pencarian isi2 die suh kawan aku buat sorang2 pastu masukkan je nama die..sedangkan die x beri komitmen yg sewajarnya..cuma masa pembentangan die banyak bercakap..jawab soalan sume..tu adalah kelebihan die..die mampu menjawab soalan..memberi isi2..walaupun kdg kala ayat yg digunakan agak skema..die pandai bercakap..




Tahun ke3-aku tgk die tiba2 terlebih baik plak ngan kawan aku yg kecik2 ni..pelik gak..upe-upenyer kawan aku ni ada tlg die sign utk kehadiran mamat ni utk subjek luar fakulti..die slalu x dtg kelas sbb kelas tu start waktu pagi..jdi kawan aku ni jadi die punye kuli la..sbb tu la die tiba2 baik ngan kwn aku sorang ni..sblum ni diorang mang lngsng x berckp gak..jadi bile kawan aku dh tlg die x kan la die nak jual mahal lak kan so die mula start jdi peramah la plak ngan kwn aku ni..hal ni diakui sendiri oleh kwn aku tuh..bile ada kepentingan tertentu baru la die baik ngan kite..pastu x lama pastu die bertanding plak dlm pilihanraya kampus..die kalah ngan penuh kontroversi..n aku mang x gi mengundi pun time ni..kalu aku gi mengundi mang aku x kan pangkah nama die pun..berdasarkan segala perangai dan sikap die yg aku tgk membuatkan aku kureng percya ngan mamat ni walaupun die pandai berpidato dsbnya..ramai gak budak2 lain yg pernah 1 kos ngan die x berapa suke ngan die gak..mang die pandai berckp tp kalau ckp x serupa bikin x guna gk…




Aku saja je nak kongsi cite ttg perihal dan sikap student masa kt U..bukan nak kutuk pun..sbb aku pun bukan student yg baik sgt pun..hehe..ada gak ponteng2 kuliah..hehe..tp aku sntiasa bagi komitmen yg terbaik dlm tugasan yg diberikan..namun nasib aku selalu x baik bile dpt partner utk buat sesuatu tugasan..kalau dpt 1 kump ngan geng2 aku mang xde masalah..sbb sume mang ok..bagi komitmen yg tip top..x de halnyer..mantap dn terbaik..namun bile dipecahkan aku kena buat pembentangan ngan junior..dpt junior lak


Yg pura2 bengap,pemalas..byk alasan..alih2 sumenyer aku kena uat sendiri..die mang beri komitmen utk berjumpa dan discuss..tp segala buku,isi2 semuanya dri aku..die just bawa badan die dtg je..tnpa perlu usaha lebih..huh..sampaila ke handout pun aku yg buat sorang..




aku suh die buat bahagian kesimpulan je pun..tp alih2 sms aku kata x tau buat..bara tul aku..aku smpai x tdo semalaman buat handout utk bentang esoknya..ikut hati aku..aku mang x nk letak langsung nama die dlm handout..tp disebabkan berasa kasihan dan x sampai hati aku letakkan juga nama die..walaupun sakit hati tu ada..bile dh hbis pembentangan legaaa..nasib la apa yg aku buat sorang diri tu betul..pastu junior ni (prmpuan)dgn muka x tahu malunyer boleh plak mintak sume nota yg aku salin..yg aku cari,die nak fotostat..aku pun bagi la..maknanya bile die uat assignment isi2 die lebih kurang sama ngan aku..huhu..baranyer aku…n time exam lak aku hnya dpt B+ dn die dpt A- lak….errrrrrrrrrrr bygkan betapa tension dan membaranya aku bile dpt tau benda ni..x leh trima hakikat tul huhuhu..




Aku harap suatu hari nanti die akan merasa apa yg aku rasa ketika tu..huh..kemudian di tahun akhir dan di semester akhir..sekali lagi aku diuji dgn peristiwa yg hmpr sama..handout sume aku sorang je yg buat walaupun dlm kump tu ada 3 org trmasuk aku..yg sorang lgi tu mang budak tahun akhir gak..die ni mang pemalas sikit..bdk prmpuan gak..die mang suke buat cincai2 je..yg sorang lagi junior..byk msalah minah ni..sering beri alasan sakit..nak jmpe doctor la, nak pi klinik la,hospital la..errr tnsion aku dgr..lepas tgn lak..nak dijadikan cerita rupenyer minah ni adalah roommate kpd junior yg bentang sama ngan aku sebelum ni yg dpt A- tuh..berdesing telinga aku dgr..bile dpt tau benda ni..ntah apa la yg diorang kutuk ttg aku tuh..aku pun x tau kenapa aku baik sgt time ni..sdgkan aku ni bukan jenis yg sng dibuli sume..tp dlm bab2 pelajaran ni aku rela buat sorang2 dri timbulkn masalah..bygkan kalau aku pun lepas tgn..mesti teruk pembentangan tuh..jdi aku pun usaha dn give the best..apa yg dpt pastu aku anggp rezeki masing2 la..



Mang kecewa kite usaha lebih,org lain lak dpt hasilnya..sape x sakit hati..tp aku cuba terima hakikat dh rezeki die..apa pun terus berikan yg terbaik…


Read More »

2 Jun 2010

FeNoMeNa JeMpuTaN KaHwiN MeNeRuSi FaCebooK..


Korang sume mesti pernah menerima undangan perkahwinan menerusi facebook kan..

Bagi aku x salah kalau jemput guna facebook yakni sbg pemberitahuan awal pada rakan2..disamping secara x langsung kita dapat mengira kebarangkalian jumlah rakan2 yg dpt hadir ..dan x hadir..namun lepas tu sewajarnya harusla disusuli dengan kad kahwin..x kisahla hantar sendiri or dengan pos..supaya memudahkan kita mendapat info yg lebih tepat..selain turut mencerminkan keikhlasan bakal pengantin yg menginginkan kita datang memeriahkan majlis kahwinnya..



Di dlm kad kahwin selalunya akan ada peta lokasi kenduri..jadi memudahkan kita untuk datang..berbanding kalau bakal pengantin upload gmbr kad kahwin dlm facebook tu..menyusahkan kita lak nak kena save..pastu nak print le plak..byk keje lain leh buat..dr kerja remeh temeh cmtu…actually bukannya nak jual mahal ke apa ke..bagi aku la..aku lebih berbesar hati utk dtg majlis kahwin member2 jika mendapat kad kahwinnya..kalau setakat jemput pakai frnster or facebook..jwpnnya tidak akan hadir hehe..bagi aku kalau jemputan kahwin utk member2 yg mungkin kita x kenal rapat n kemungkinan besar diorng mungkin x dtg x salah la lau jemput guna fb jer..kalau hntr kad..x dtg rugi gak..tp ni kalau dh nama pun member baik..x kan la jemput guna fb jer..sape2 pun x dtg cmtu..



Betul x?? bagi aku lau member hantar undangan by facebook jer..nmpk cam ajak2 ayam jer..x nmpk keikhlasan atau kesungguhan diorang menginginkan kita hadir..ajak2 ayam la katakan..tp mungkin ada gak sstgh org x kisah kan nak jemput guna apa pun kan…bergantung pada persepsi masing2 laa..



Setakat ni aku x pernah lagi la mendapat undangan kahwin dr member2 baik aku hnya dgn Facebook jer.. Alhamdulilah selalunya diorang akan kirim kad kad kahwinnyer..tp kalau member2 yg x berapa rapat tu ada la gak bagi jemputan kahwin guna fb..tp tu x pela sbb kita x rapat..so faham la kalau just guna fb jer..tpi x tahula kalau pasni akan ada kwn2 baik aku akan pecah rekod buat benda ni..hehe..kite tggu dn lihat jer..sape yg akan pecah rekod..kalau aku kahwin suatu hari nanti..insyaallah aku akan kirim kad…tp tu pun lau ada jodoh la dn sampai seru hehehe..namun bagi sesape member2 ku yg mengirimkan kad kahwin pada aku dan aku x dpt menghadirinya,maafkanLah aku…kerana pastinya ada sebab dan alasan yg menyumbang kpd ketidakhadiran aku di Majlis bahagia korang..mungkin sbb faktor duit, pengangkutan dsbnya..



Apa pun bagi aku jemputan kahwin yg dilayangkan menerusi kad lebih bermakna…terasa dihargai dan menghargai..terasa diri kita penting.dsbnya..



Pape pun SeLaMat PenGaNtin BaRu…kepada bakal2 Raja seHari yg bakal berkahwin dlm masa terdekat ni.. =)


Jgn ambil hati..ni just pandangan aku jerrr….



Read More »

26 Mei 2010

NoVeL VS FiLeM LaGeNDa BuDaK SetAN yg suRe BeSt..



Filem Jogho arahan Uwei yang dihasilkan pada tahun 1997 adalah filem terakhir yang diangkat daripada naskhah sebuah novel. Jogho merupakan adaptasi daripada novel Juara, karya S. Othman Kelantan.

Selepas filem ini, 11 tahun industri seni tempatan ketandusan karya yang diadaptasi daripada sebuah novel. Malah, dalam tempoh lebih 70 tahun dunia perfileman Malaysia wujud, hanya terdapat sembilan buah karya yang diadaptasi daripada bahan bacaan itu.

Berbeza dengan Barat, mereka telah mula mengadaptasi novel ke filem sejak tahun 1924 dengan ratusan filem yang bersifat pop, komik atau fantasi dilahirkan daripada misi adaptasi.

Statistik industri filem dan TV Amerika menunjukkan 85 peratus filem yang menang anugerah Oscar berdasarkan cerita yang diadaptasi daripada novel.

Selepas 11 tahun, Malaysia bakal dihidangkan dengan karya yang diangkat daripada sebuah novel pop paling laris pada tahun 1980-an. Dihasilkan oleh Ahadiat Akasyah, novel Lagenda Budak Setan (LBS) kini bakal divisualkan di layar lebar oleh pengarah dari India, Sharat Sharan.

LBS yang novel perdananya menggunakan judul Budak Setan mendapat sambutan luar biasa di kalangan pengikut novel.

Ia berkisar tentang kenakalan seorang pelajar sekolah bernama Kasyah hinggakan dia digelar ‘Budak Setan’.

Novel ini berkembang dengan pelbagai plot - lucu, nakal, sedih dan cinta yang membawa tumbuhnya karakter Ayu dan lain-lain. Novel itu itu kemudian disambung kepada Budak Setan II, Budak Setan III dan dikompilasikan dalam karya Lagenda Budak Setan.

Namun, satu fenomena yang bakal dilalui produksi adalah adakah filem ini akan laris sama seperti novelnya?


NOVEL Lagenda Budak Setan laris dijual pada 1990-an.

Ini kerana di sebalik lambakan adaptasi novel ke filem yang sukses seperti adaptasi komik Superman dan fiksyen Narnia atau Harry Potter, terdapat segelintir filem yang hasilnya mengecewakan seperti Da Vinci Code.

Sedar akan fenomena tersebut, Sharat memberitahu dia begitu teliti dan teruja memproses LBS dalam bentuk visual.

Duduk berbincang dengan Ahadiat yang menjadi penulis skrip filem terbitan Astro Shaw Sdn. Bhd. hasil kerjasama Nusantara Films dan Tarantella Pictures ini, janji Sharat, imaginasi khalayak tidak akan lari daripada fokus novel.

Apa yang difilemkan hampir sama dengan apa yang pernah dibaca.

“Saya sedar bahawa penonton akan mencari persamaan antara jalan cerita novel dan filem.

“Namun, realiti yang harus diterima mereka adalah kami menghimpunkan semua jalan cerita itu menjadi satu tanpa menghilangkan nilai atau karakter yang hidup dalam novel ini,” katanya.

Sharat menyifatkan LBS sebagai hasil kerja paling mencabar buatnya kerana tidak dihasilkan dalam kepakarannya sebagai pengarah filem semi Bollywood.

Kenyataan itu disokong oleh pelakon utama LBS yang memegang watak Kasyah, Farid Kamil.

Menurut pelakon kelahiran Perlis ini, sebuah novel tidak boleh difilemkan sepenuhnya.

Bagaimanapun katanya, dengan pemahaman untuk menerbitkan sebuah filem, novel yang ditulis dengan ratusan muka surat akhirnya diterjemahkan dalam durasi kurang tiga jam.

Jelas Farid yang tidak terbeban membawa karakter Kasyah: “Benar karakteristik dari segi imaginasi seseorang terhadap sesebuah novel yang diadaptasi ke dalam sebuah filem akan berkurangan. Namun, itu tidak bermakna sesebuah filem yang diadaptasi tidak boleh sukses.


FARID KAMIL sebagai Kasyah dan Lisa Surihani sebagai Ayu akan mengemudi LBS di layar perak.

“Saya percaya dengan memahami plot juga karakternya, dan disokong oleh lakon layar yang baik, sebuah filem adaptasi akan berjaya.

“Lagipun, pengikut novel ini pasti ingin melihat bagaimana bentuk imaginasi yang mereka fahami sewaktu membaca novel ini divisualkan ke dalam sebuah filem.”

Lisa Surihani yang membawa karakter Ayu dan Que Haidar sebagai Azmi turut berpendapat LBS pasti akan mencapai kejayaan kerana label yang sudah dicipta sejak novel ini diterbitkan pada tahun 1984.

“Inilah cabaran yang harus kami semua pikul iaitu memberi persembahan terbaik dan membawa imaginasi pembaca selari dengan apa yang bakal mereka tonton di layar lebar.

“Namun dengan label LBS sendiri yang sudah kukuh dan mempunyai pengikut, kami yakin bahawa LBS akan menarik minat orang ke panggung,” ujar Lisa yang tidak pernah membaca novel LBS, berbeza dengan Que yang merupakan penggemar novel Ahadiat.

Biar apapun persepsi dan sambutan yang bakal diterima kelak, mereka sepakat menyatakan bahawa imaginasi setiap individu berbeza sewaktu membaca novel.

Bagaimanapun, satu yang pasti, semua titik fokus akan bersatu apabila menyaksikan sebuah naskhah diadaptasi dalam sebuah filem.

Sinopsis Lagenda Budak Setan

Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa–apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia.

Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak.

Actually semasa Ayu hilang ingatan..Kasyah telah berkenalan ngan Katerina lakonan Fazura..kasyah bekerja satu syrikat ngan Katerina..dan katerina jatuh cinta ngan kasyah..begitu juga Kasyah mula menyukai Katerina..mereka sempat menyulam cinta sebelum akhirnya Kasyah mengambil keputusan mengahwini ayu dan mengecewakan Katerina..namun stelah Ayu meninggal dunia..katerina kembali dlm hdup Kasyah..dan akhirnya setelah plbagai halangan mereka berkahwin..dan anak ayu dan kashah meninggal..kerana sakit dan kehilngan anak kasyah diganti dgn anak abng kasyah yg dijaga oleh kasyah..

Ikutkan pas Novel LegENda BudaK seTan ada samBungan lg…bertajuk KateriNa…sebelum bersambung dgn KaSyah:LageNda BerAkhir..ketiga-tiga siri sambungan Lagenda Budak Setan..aku pernah baca..jadi sedikit sebanyak aku teruja gak nak tgk hasilnya dlm bentuk filem pulak..namun dlm bentuk filem ada sedikit perbezaan dri novel..misalnya dlm novel menggambarkan Kasyah dlm alam persekolahan…dlm bentuk filem pula mengambarkan Kasyah di alam Universiti…
Apa pun aku rasa sure cite die best..promo iklan filem ni kt tv pun nampak menarik..n dgr cite pas filem ni ada plak drama bersiri LagenDa Budak Setan ni di tv..Cuma pelakonnya x sama dah..utk drama bersiri pelakonnya mang bertukar..x silap aku yg aku tau watak katerina utk versi drama akan dilakonkan oleh Melissa Maureen Rizal..manakala watak Kasyah dan Ayu aku x tau sape yg akan lakonkan..apa pun pasti menarik..

teringin nak gi tgk kt pnggung wyg t..hehehe..
Read More »

KiSaH MeLaKa..

Hikayat Melayu
Hari ni rasa nak berceloteh ttg kisah Melaka dri perspektif sejarah gitu hehe..bukan pe..sebenarnya aku prepare tajuk ttg Melaka utk mengajar dlm interview ritu..tpi alih2 x disuruh mengajar pun..so aku berceloteh kt sini jela..smbil menceritakan pengalaman aku melawat negeri Melaka pada tahun 2009 yg lalu bersama teman2 yg lain..walaupun aku berasal dr Penang..xde sedara pun dok kt Melaka tu..tp dri konteks sejarah, Melaka dan PuLau Pinang mang ada kaitan antara satu sama lain yakni ketika zaman pemerintahan British..dimana P.Png, Melaka dan Singapura digabungkan menjadi Negeri2 SeLat…haha ada kaitan la tu..tmbhan lagi dri segi keluasan pun dua2 negeri ni mang saiznya kecik je pn..dan masing2 ada sejarah tersendiri..

Para Sejarahwan telah bersetuju bahawa pengasas Kesultanan MelaYu MeLaka adalah ParaMeswara yg merupakan putera raja dari Palembang. Melaka diasaskan oleh Parameswara pada tahun 1400..x pyh la aku cite cmne parameswara dtg ke Melaka sume..korang x kan x tau kot hehe..kite tgk Asal Usul Nama Melaka tu lak..

Menurut Sejarah MeLayu:
Semasa Parameswara sdg berehat dibwh pokok Melaka, beliau telah melihat peristiwa Pelanduk menendang Anjing perburuannya..Peristiwa ini dianggap luar biasa krn Pelanduk yg kecil dpt mengalahkan anjingnya. Maka dgn itu, beliau telah memilih tempat tersebut utk mendirikan kerajaan. Parameswara menamakan tempat tersebut sebagai Melaka bersempena dgn nama pokok Melaka tempat beliau berehat.

“Baik tempat ini:
Sedang pelanduknya lagi gagah baik kita berbuat negeri disini.
Apabila ditanya apakah nama pokok tempat baginda berteduh,
Orang disitu menjawab:
Kayu Melaka namanya tuanku..
Maka titah baginda, jika demikian
Melaka lah nama negeri ini”…
(Petikan drp W.G. Shellabear, Sejarah Melayu, edisi 3, hal 54.)

X nak cite pjg2 sgt ttg sej awal Melaka sbb ramai yg dh tahu pun..so cite sikit dh..hehe..skrg ni jom tgk senarai raja/sultan yg pernah memerintah Melaka sebelum Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511..

1)ParaMeswaRa
(1400-1414 M)

2)MeGat IskaNdar ShaH
(1414-1424 M)

3)Sultan MuhaMmad Shah
(1424-1444 M)

4)SuLtaN Abu SyaHid
(1444-1445 M)
5)SuLtaN MuZaFFaR ShaH
(1445-1459 M)

-Tun PerAk menjaDi BenDahaRa MelaKa pada tahun 1456..

6)SuLtaN MaNSoR ShaH
(1459-1477 M)

7)SuLtaN ALauDdiN RiaYat SHaH
(1477-1488 M)

8)SuLtaN MaHmuD ShaH
(1488-1511 M)

SuLtaN MaHmuD ShaH menjadi sultan terakhir yg memerintah Melaka sebelum ditawan Portugis..dibawah pemerintahan beliau, bermulalah zaman kemerosotan Kesultanan Melayu Melaka..kalau kita lihat cerita ttg Sultan Mahmud ni byk yg negatif..pasti korang sume tau ttg peminangan Puteri Gunung Ledang, serta cerita ttg Tun Teja, begitu juga dengan cerita Tun Fatimah yg semuanya berkait dgn Sultan Mahmud..begitu juga dgn cerita Hang Tuah..bermcam-mcm hal tlh trjdi di bwh pemerintahan Sultan Mahmud ini..
kalau dikupas ttg cerita Puteri Gng Ledang, Tun Teja, Tun fatimah dan juga Hang Tuah yg berkait rapat ngan SultaN Mahmud..mesti menarik..namun aku bukannya org yg tepat utk menceritakannya takut salah fakta lak..maklumlah sejarah adalah kebenaran..mana leh ikut suka hati kan..walaupun aku tau sikit2 jalan cite die..tp aku x pasti..hehe..korang cri sendiri kt tenet lau rajin lerr..x pun tgk jer cite dulu2 cthnya cite Hang Tuah yg dilakonkan oleh P.ramlee tuh..cite Tun fATimah pun ade gak..tpi aku sndiri pun x sure pernah tgk ke x cite tu..tp kalau tyg kt tv mang aku nk tgk..sbb best cite die..

Antara faktor kemerosotan & kejatuhan kerajaan Melaka adalah:
1)KeLemahan KepiMpiNan
2)MasaLah PerpaDuaN
3)KelemaHan AsKar MeLaka
4)KedaTangan Portugis..

Actually byk faktor2 nyer..tp tu diantaranya lah..ikutkan ada faktor dalaman dan luaran..
Setelah kalah sultan Mahmud dengan anaknya Sultan Ahmad serta para pengikut berundur ke Johor..dan tidak berputus asa dengan terus melancarkan serangan trhdp Portugis utk merampas kembali Melaka..beberapa siri serangan telah berlaku dan berlanjutan bbbrp tahun..dan akhirnya sultan Mahmud mangkat..dan Melaka masih gagal ditwn kembali..

Kt sini aku ada letak gmbr2 masa lawatan aku ngan budak2 sej UM dulu time gi melawat Melaka..walaupun pnt bjln tp best.. =)

iniLah Pokok MeLaka..



IsTana KesuLtaNan Melayu MeLaka

JoM naik KaPaL..





Di Taman MiNi Msia


sekitar A famosa






Zoo MeLaka..






MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH... =)

Read More »

15 Mei 2010

PiaLa ThOMas 2010 TERLePas Lagi..(MaLaySia vs ChiNa) 3-0


Rasanya hampir semua rakyat Malaysia dah tahu yg Malaysia dah tewas dengan China dlm saingan Piala Thomas dgn 3-0 di tempat sendiri..Bagi aku, aku mang dh agak dh Malaysia akan kalahnyer..tpi xde la kalah teruk smpai 3-0..aku agak mungkin Malaysia akan kalah tipis jer la..tp terbalik lak jadinyer..kalah teruk..smpai 3-0..pemain-pemain pun x beri saingan yg sengit, cepat menyerah kalah..dlm dua set je main..pastu pihak lawan dh menang…dah la kalah teruk..pastu kalah plak dgn senangnyer di depan penyokong sendiri lak tuh..beregu kedua yakni zakry latif dan hong teow pe ntah nama die n hafiz hashim x sempat diturunkan kerna Msia dh kalah awal..situasi ni nyata berbeza dlm saingan piala Thomas di Jakarta pada tahun 2008 yg menyaksikan Malaysia kalah tipis ngan China iaitu 3-2 yg turut menyaksikan Lee Chong Wei berjaya kalahkan Lin Dan yg berlagak tuh..huhu..


Aku ni walaupun awal2 x meletak harapan tggi utk Malaysia menang ngan China, tapi aku excited nak menonton prlawanan piala Thomas ni..aku ingatkan perlawanan Msia ngan China start waktu petang..so pukul 2 ptg aku dh siap2 buat kerja apa yg perlu buat..pukul 2.30 aku dh ada kt depan tv..tp rupenyer perlawanan Indonesia ngan Jepun lak yg ada..tp xpela aku layankan jap..aku tgk perlawanan taufik hidayat ngan kenichi tago..hbis perlawanan diorng aku pun tukar chanel lain..aku tgk cite cahaya kt Astro..pastu bile buka chanel yg ada siaran prlwnan badminton tu perlawanan antara Indon-Jepun x habis2 lgi..pastu aku dpt tau perlawanan Msia bermula pkul 7mlm..so aku off je la dulu tv..dan buat kerja apa yg patut..


Pukul 7mlm buka la jap tv tgk…mang ramai gler penyokong msia yg hadir kt stadium..seronok plak aku tgk kt tv..semangat gitu..so bermula lah perlawanan dtk Lee Chong Wei..aku pun x tahu kenapa ngan die hari ni..main mcm x nak main..mcm hlg konfident..Lin dan byk menguasai permainan..walaupun Lee chong wei cuba bangkit di hjg2 prlawanan tp dh terlambat..dia kalah ngan senangnyer..dlm dua set jer..mungkin tekanan nak menang sgt di tmpt sndiri buat kan die byk lakukan kesalahan dn akhirnya gagal..bile dh menang Lin Dan ngan slumbernyer bukak baju nyer..pastu cuba memprovok penonton2 Malaysia dgn aksinyer yg menyakitkan hati para penyokong Msia…aku harap t..biar die kalah ngan taufik hidayat..padan muke die yg bongkak yg amat..


Kemudian beregu pula masuk ke gelanggang iaitu Tan Boon Heong & Koo Kien Kiat lwn Cai Yun dan Hai Feng lau x silap nama die..nmpk beregu Msia cuba memberi saingan yg sengit juga namun tetap kalah dlm 2 set gak..aku lak slalu tukar chanel bile tgk Msia asyik ketinggalan..bile dh kalah..harapan Msia digalas pada bahu Wong Chong Han..yg akan menentang Chen Jin..sama gak mcm Chong Wei..Wong Chong Han pun main ala2 lembik gak..dgn sngnya kalah pada Chen Jin dlm 2 set gak..tnpa tentangan sengit..aku masa ni mang dh agak Knform kalah dh..walaupun kerap tukar chanel..huhuhu..akhirnya secara rasminya Malaysia KaLah dengan China 3-0 di tempat sendiri, di hadapan ribuan penyokong sendiri..tanpa memberikan tentangan yg sengit pada China..apa pun aku merindukan saat-saat manis ketika Malaysia membuat kejutan

pada saingan Piala Thomas pada tahun 2002, yang mana menyaksikan Malaysia membuat kejutan mengalahkan China di tempat China sendiri pada perlawanan separuh akhir gak, dgn 3-2 kot lau silap la..mang mantap la masa ni..x sangka tul..tpi malangnya Malaysia tewas plak ngan Indonesia pada perlawanan akhir kat China..
Selepas daripada ni Malaysia sukar dh nak menewaskan China..mereka makin kebal..banyak pemain muda, berbanding Malaysia yg mana telah dilabelkan oleh jurulatih china bahawa Malaysia hanya memiliki pemain2 tua..sedap tul mulut die mengata org..


Apa pun x boleh la 100 peratus salahkan pemain..atau terlalu mengkritik para pemain sgt..sbb mereka berhadapan tekanan yg hebat yakni dri segi mental utk meNang di tempat sendiri di hadapan penyokong sendiri..jdi dri awal lg harapan yg tggi telah diletakkan di bahu mereka..kalau aku sendiri di tempat diorang..aku pun x mampu rasanya nk handle tekanan utk pasti menang tu..huhu..kesian juga kat diorang ni bila menang dipuji melangit..bila kalah dikritik teruk..emmm dh lumrah dunia dan perangai manusia begitu, susah nak kikis..mesti ada pihak perlu dipersalah..bagi aku x salah kalau kalah tipis..tp kalau kalah teruk dlm 2 set jer dgn markah or mata yg dipungut sedikit jer..mcm ade yg x kena..agak sukar la utk rakyat Malaysia menerima kekalahan dgn hati yg terbuka kerana tentangan yg diberikan oleh team Msia x sengit mana..mcm nk bagi mata free jer..


Tp pe pun benda dh berlalu..kita merancang tuhan yg menentukan..kita dh berusaha Cuma rezeki x memihak pada kita lagi..

So cuba lagi pada 2012 nanti..huhuhhu

FiKirKaN BoLeH…MaLaYSia BoLeH..
Read More »

14 Mei 2010

GeMuRuH JiWa SeMaNgaT MemBaRa..



Walaupun keyakinan diri adalah kunci kejayaan kepada seseorang tetapi gemuruh berlebihan yg mampu menjejaskan keyakinan diri bukan selalunya sesuatu yg baik. Ini kerana ia boleh menjadi petunjuk kpd seseorang itu mengenai keinginannya yg kuat terhadap sesuatu. Perasaan gemuruh yg ada dlm diri boleh digunakan sebaik mungkin dgn cara ia tidak dibiarkan menguasai diri kerana jika tiada kawalan, ia mampu melemahkan seseorang itu serta merosakkan penampilannya ketika berhadapan orang ramai. Kebiasaannya, perasaan genmuruh lebih mudah menyerang seseorang apabila dia sedang berhadapan dgn sesuatu yg sgt diingininya.


Ada beberapa petanda yg menunjukkan seseorg itu menjadi mangsa kpd perasaan gemuruh sendiri apabila ia gagal mengawalnya dgn baik. Antaranya adalah apabila seseorang itu membuat keputusan rasa gemuruh serta ketakutannya tidak diterima orang lain, sbg satu masalah hingga membuatkannya gagal berhadapan dgn isu sebenar selain menyekatnya utk memajukan diri. Petunjuk lain yg memberi tanda seseorg itu dikuasai perasaan gemuruh adalah terlalu risau, sering memikirkan, merendahkan dan mengkritik diri sendiri apabila rasa gemuruh menguasai diri. Selain itu, tanda lain yg menunjukkan seseorg itu terlalu dikuasai perasaan gemuruh adalah sering melawan atau cuba mengawalnya di hadapan org hingga kdg-kala menyebabkan ia terlupa apa yg perlu diucapkan serta hilang keyakinan diri sehingga tidak sabar pulang ke rumah.


Seseorang yg terlalu membiarkan prsn gemuruh dlm dirinya juga akan menyebabkan otot badannya kejang dan bernafas pendek krn mahu mengawal rasa gemuruh dlm perasaannya, hingga ia mampu menyebabkan percakapan, pergerakan atau penampilan kelihatan kaku serta kurang sopan. Jika terus membiarkan diri sentiasa berasa gemuruh, dibimbangi ia mampu bertukar menjadi tenaga negative yg boleh menyebabkan seseorg itu mrngalami tekanan hingga membawa masalah emosi tidak stabil seperti kemurungan, kerisauan melampau dan panas baran.


Ada byk cara boleh digunakan bagi mengatasi masalah gemuruh antaranya dgn mempunyai pemikiran positif dan tidak memandang rendah pada keupayaan diri sendiri. Selain itu, seseorg itu dinasihatkan tidak menunjukkan perasaan gemuruh melalui perlakuannya krn keadaan itu akan menyebabkan ia menjadi lebih gemuruh dan apabila berckp dgn seseorg sentiasa melihat pada matanya. Jika tidak mahu perasaan gemuruh menguasai diri, cuba tidak bertanya soalan yg membosankan atau berckp topic tidak menarik pda org lain dan paling penting bagi mengatasi masalah gemuruh adalah keyakinan yg tinggi terhadap diri sendiri..



Emm berdasarkan info kat atas nih..apa yg penting kita kena confident ngan diri kita sendiri..huhuhu..entry ni sbnrnya khas utk aku sbb nanti aku nak gi temuduga DPLi…huhu..x sangka lak dpt..kawan2 aku ramai gak x dpt..tp alhamdulilah aku dpt..takut lak nak gi temuduga tu..mcm2 cite lak aku dgr ttg kerenah penemuduga..aku ada gak search kt internet baca ttg pengalaman orang2 yg pernah gi temuduga DPLI ni..
Aku ni bab2 temuduga mang lemah sikit hehe..entahlaaaa…buat masa sekarang rasa x knfident jer..x tau nak buat persediaan apa..nak baca pe pun x tau, nk focus pe pun x tau..sape2 ada tips x?????huhuhu…


Doa2 kan aku ye!!!!!...

Apa yg nak buat ni..huhuhu…

Seandainya aku x berjaya dlm temuduga ni..sekurang-kurangnya aku dpt la gak pengalaman kan..sebelum ni pengalaman aku masa interview mara ritu mang teruk..tergagap sume ada huhuhu..fobia plak rase..hhuhuhu..aku harap kesalahan aku masa interview sebelum ni aku x ulang dh..

Seandainya aku dapat..mang seronok laaa…

Tapi dpt ke x…kenala pi temuduga dulu…huhu

Hrp2 dpt penemuduga yg sporting dn memahami..huhuhu

Takooottt…

Fikirkan boLeh…
(kena slalu dgr lagu fikirkan boleh ni..bagi semangat UP sikit!! Hehehe)

Read More »

13 Mei 2010

kUaSa TuHaN MengataSi SegaLaNyA..


SemaLam..aku mendapat perkhabaran yg kurang enak ttg jiran aku masa di umah sewa aku dulu..aku menyewa di sebuah flat di KL..ketika itu aku masih belajar di UM..
Jiran aku ni dikenali sbg Makcik Kamariah..die sememangya peraMah..baik hati..suka menolong..

Masih ku ingat lagi ketika aku dn rakan-rakan (dibwh unit tugas2 khas utk projek keusahawanan) memerlukan pekakas memasak utk melaksanakan tugas memasak bagi menyediakan makanan utk para pelajar..kami terpaksa meminjam pelbagai barang kat makcik tu..maklumlah umah sewa aku apa pun x dak heee..makcik tu dengan baik hatinya memberi kami meminjam..malah memberi dan terus memberi pinjam brg2 nya..tnpa rasa letih memunggah dan mencari barang2 tersebut utk kami..
Betapa terharunyerr…


Dan ketika sewaktu konvokesyen..yakni ketika utk mengambil jubah..aku sememangnya tiada tempat tinggal..apatah sedara di KL..makcik tu telah sudi menumpangkan aku bermalam di rumahnya utk beberapa hari..begitu juga ketika konvokesyen aku berlangsung..aku, ayah dan mak aku menumpang bermalam lagi di umah makcik kamariah..makcik tu dgn senang hati menerima kehadiran kami sekeluarga..malah dirinya turut hadir ke majlis konvokesyen di UM utk turut sama meraikan kejayaan aku memperoleh segulung ijazah..baiknya hati makcik ni..sudi menolong walaupun tiada ikatan kekeluargaan…ketika pemulangan jubah juga aku menumpang lagi di umah makcik tu..

akhirnya urusan konvokesyen aku selesai..namun kadang kala aku dan mak aku masih menelefon makcik tu bertanyakan khabar begitu juga dgn makcik tu..agar ikatan silaturrahim x terputus..pada hari raya hari tu aku ada mengirimkan kad raya beserta gambar2 sekitar majlis konvokesyen aku pada makcik tu..

Makcik ni tggl berseorangan di rumah..anaknya akan melawat pabila tiba hjg mnggu..jadi memang tiada masalah utk kami menumpang seketika di rumahnya..
Rumahnya juga kemas, cantik dan teratur..memang selesa..malah dirinya sudah beberapa kali mengerjakan haji dan umrah..orangnya pun amat rajin..sering mengadakan kenduri kesyukuran dan tidak ketinggalan mengadakan rumah terbuka ketika musim perayaan..

Namun ku sangka panas hgga ke petang rupanya hujan di tengahari..makcik tu menelefon aku dan mengatakan dirinya sedang sakit..die terkena stroke dh 2 minggu…aku terkejut..x sangka dirinya yg sebelum ni sememangnya rajin dan aktif boleh terkena stroke..makcik tu sekarang tggl dgn anak buahnya..bukan di rumahnya..berita ni agak mengejutkan juga..makcik tu kata die lani lumpuh x dpt bangun..asyik terlantar..x mampu buat apa2 pun..syukur ada yg menjaga makcik tu..setahu aku makcik ni mang ramai anak angkat..disebabkan dirinya yg peramah dan mudah mesra ngan orang..
Namun walaupun terkena stroke..dirinya masih mampu utk bertutur seperti biasa..

Kuasa tuhan..betapa cepatnya yg sihat boleh jadi sakit…Allah Hu Akhbar…

Aku mendoakan di kejauhan agar makcik tu sembuh secepat mungkin…aminnn
Aku harap makcik tu tabah…
-aku terus berdoa-

Semoga aku juga x diuji dgn ujian sebegitu rupa…

Aminn..
Read More »

12 Mei 2010

BaDmiNtoN & AkUe


Kali terakhir Malaysia menang Piala Thomas pada tahun 1992..masa tu aku belum pun masuk darjah 1 pun hehehe..yg aku ingat lau x silap aku la pas Msia menang Piala ThoMas esoknya cuti hehe..Saja kali ni aku nak chit chat ttg Badminton lak..hehe..sekali sekala cite pasal sukan hehe..

Dlm semua sukan or permainan aku paling sukan Badminton..kalau BoLa ni aku kureng skit..x suke laa..tmbh2 nak tgk Liga Inggeris sume tu..sorry ler...tapiiiii hehehe ada tapi Nyer tau…aku boleh layan bola ni kalau ianya membabitkan Malaysia menentang mana2 pasukan lain dlm sesuatu kejohanan ke apa ke..kalau membabitkan Msia aku bole layan..

Siap leh sorak lagi GooooLLLLLLlllllll….semangat patriotic tuh..hehehe..tpi kalau nk tgk Liga Inggeris tu sume mmg xde makna la utk aku..

Kalau bola peringkat tempatan pun aku x layan sgt la..bowink hehe..tp kalau membabitkan pasukan negeri aku tu..layan la jugak..tp sekarang ni makin hampeh je aku tgk..asyik kalah..x minat aku tgk..kalau dulu ketika tahun 1999-2000 dulu..pasukan negeri aku yakni PuLau PinAng mang mantap la..tmbh2 zmn2 era Merzagua, Azman Adnan dll…masa ni siap menang Piala Msia kot lau x silap x pun Piala F.A…x ingat dh aku..

Berbalik pada cite badminton, emm aku mang suke ngan permainan badminton ni..tp aku lebih suka tengok org bermain badminton di tv dri aku sendiri yg bermain badminton tu..hehe..sbb aku mang x pandai main..kalau main pun penat kutip bulu tangkis jelaa.hehe

Kadang2 seronok gak tgk org2 or member2 main badminton mcm pro..main tanpa henti..bulu tngkis x jatuh2..mantap tul..
Aku masa kecik2 dulu mang cuba2 gak belajar main..tp kawasan umah aku kecik..
Maklumlah kwsn flat la katakan..xde tmpt nk main..kereta kuar masuk je..pusing kanan nmpk kereta..pusing kiri nmpk motor..byk sgt kenderaan lalu lalang kt kwsn umah aku jd mak bpa aku halang aku dr main kt sekitar umah..maklumlah bahaya keta,motor kuar msuk ni..

Sbb xde tmpt nk main..aku ngan member pernah gak main kt dpn tmpt smpah deret umah aku..x best gak main situ sbb tmpt sempit..kemudian main plak dlm umah…pun x best gak sbb sempit gak..pernah sekali tu tgh main badminton dlm umah tu tiba2 bulu tangkis hilang..pusing punya pusing rupe-rupenyer kucing aku yg sambut bulu tangkis tu siap sambut dgn dua tangan lagi tu..comel tul..x larat aku nak gelak..hehehe..
Kemudian pernah gak try main badminton kat tmn permainan kat umah aku..tp x best gak bulu tangkis selalu sangkut kat pokok..cisss..

Bukannye xde tmpt khas disediakan utk main badminton tu..ade je..sebelah tmn prmainan tu gak..tp biasalah budak laki dok control tmpt tu..malas tul aku..diorang buat tempat tu hak milik diorang..kalau diorang x main kat situ pun diorang akan lepak ramai2 kt situ..pendek kata susah la bdk perempuan nak main kt situ..bukan nye aku nak uat kenyataan stereotaip kat sini..tp tu la hakikatnyer..yela dh melambak diorang melepak kt situ x kan le bdk perempuan nk gi main kt situ..kang bergaduh je jdinyer..
bagi aku..aku pun x kan main kat situ lau diorang ada..yela kalau aku pandai main xpela gak main depan diorang..ni dh la x pndai main, mau kena gelak jer nanti..lagipun satu lg alasan malas nk bertekak..yela budak2 kt tmpt aku umumnya di negeri aku..mang kalau nak mengusik ke..nak bergaduh ke mang akan guna ayat2 maki hamun nyer..xde pedoman nyer perkataan..err..mang kalau masuk sek rendah kt tmpat aku..benda ni mang biasa berlaku..kadang2 letih nak melawan balik..selalunya budak2 laki la suke cari pasal..ade je benda nak kutuk, nak diusik, last2 bertekak bgai nk rak..tempat lain aku x tau lak cmne..masih ada nilai2 kesopanan kah??di sek2 lain?.sbb tu la budak2 penang selalunyer brutal2 sikit hehehehe..mang tension..sampai bile aku start form 1 terus aku uat kptusn msuk sek perempuan sume..dri form 1-5…aman hidup aku sikit hehe..

Pernah gak aku main ngan sepupu aku di umah pakcik aku kat kebun bunga..umah pkcik aku ni kat kwsn perkhemahan pengakap..kat sini tmpt die cm hutan sikit so sng la nk main badminton puas2 kalau nk main kejar2 ke nak menjerit kuat2 pun bole…xde sape nk mrh pn sbb keliling hutan jer..tp bile masuk waktu maghrib dan maLam mang menakutkan la..mengerikan sume ada..huhu..tandas pula kat luar umah..hahaha mang menyeramkan la..aku sndiri pun x pernah bermalam kt umah pkck aku tu..selalunya menjelang petang dh balik..x pun lepas maghrib dh balik dh..
tp bile waktu pagi mang seronok la kat situ..nyaman je..so aku pun pernah la main badminton tu ngan sepupu aku tu..tp hampeh aku x terror main cm sepupu aku..bak kata glgn professional “x cukup practice” hehe..asyik aku kena kutip bulu tngkis jer..sepupu aku lak dok gelak2..ish2 cian tul kat aku..hehe..akhirnya bile dh masuk form 1 dn ke atas aku pun dh x excited sgt dh main2 badmnton ni..dok focus kat pelajaran jer..la

bukan merajuk ke apa ke Cuma xde masa n x de tmpt yg sesuai nk berlatih pun..lgipun
buat malu jer teruk je aku main hehe..silap haribulan dgn bulu tngkis dan raket2 tu sekali aku baling hehe..

jadi lepas dri tu sume..aku gemar tgk org main badminton kt tv jela..tu pun kalau ianya membabitkan pasukan Malaysia sahaja la..tp tgk kt tv pun bole berdebar-debar..takut jdnyer..mcm kite lak yg main..bygkanlah tekanan pemain masa tu..msti lg tnsion..mental kena kuat..fuhh..aku yg tgk ni pun smpai takut n x snggup tgk..last2 tukar chenel jap..utk redakan aku pnye tkut..pastu buka balik chanel yg siarkan prlwnan badminton tu tp aku mute kan tv tu..hehehe..x snggup nk dengar..bile tgk Malaysia mendahului baru aku bukak sound hehe..bile tiba saat genting aku mula la mute kan tv tu hehe..mcm ni la perangai aku bile tgk prlwnan badminton kt tv..bile Malaysia menang aku pun bersorak kuat Yessss!! MalaYsia!! Menang…. Yessss!!! Msia menang!!!..heheehe
tp bile kalah aku plak yg sedih..huhuhu..emo sekejap..huhuu

So nanti kite tggu dan lihat prestasi skuad Malaysia dlm kejohanan Piala Thomas/Uber…
Perlawanan pertama menentang Nigeria..kedua menentang Jepun kot lau x silap..
Emm walaupun dlm surat khabar menyatakan yg pemain msia bersemangat nak bermain di tmpt sndiri dn whatever..namun siapa tahu…aku rasa peluang Malaysia menang 50/50 walaupun main kt tmpt sndiri..

Apa pun kite doakan yg terbaik…
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017