-->

8 Sep 2012

KaTa-KaTa SeMaNGat untuk SeMua..

Assalammualaikum..
Hari tuh ada join segmen APit dan hasilnya dapatlah doodle yg qiut miut beserta kata2 semangat yg kita pilih tuh.. taraaaaa comel kan..
Sengaja aku pilih perkataan "Believe In Yourself" sebab ianya mmg kata2 semangat yg boleh membangkitkan semangat waja gitu hahaaha..kadang2 kita cepat lupa dan x yakin pada diri sendiri.cepat putus asa dan tidak brsikap "always think positive"sebab semuanya bergantung pada diri sendiri..kalau kita percaya boleh melakukan maka kita menghampiri kejayaan..rasanya untuk kata-kata semangat yg terbaik aku lebih suka melayan lagu "FiKirKan BoLeh" rasanya semua orang pun tahu lagu ni kan..lagu tuh pas dengar leh bagi inspirasi tuh ceewahhh...jadi kepada adik2 yg nak exam sume tuh selalu2 la dengar lagu tuh mana tau leh terinspirasi jugak dan bersemangat gitu untuk kejar kejayaan..meh tgk lirik lagunya kt bawah....

Jika Kau Fikirkan kau Boleh,
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu...
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan'

Engkaulah apa kau fikirkan
terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan Boleh..
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas Kemampuan
Engkau Boleh..
Quotes kat atas ni pun best..Follow Your Heart...

P/s~Tolong KLIK SINI.. k ^_^


Read More »

ViDeO JOZAN~SaHaBat PaLiNG SeJati


Assalammualaikum...
okey hari ni nak post satu video JOZAN yang bertajuk JOZAN~SahaBat PaLing Sejati..sape yg buat??tekalah sendiri hehehe..my second video..hahaha..kepada Jozannerz yg rindu sgt ngan JOZAN nah video khas for u all hehe..sorry lau x best..aku buat video ni based pada lagu dan lirik lagunya..yg menceritakan tentang sahabat dan persahabatan..bila dengar lagu yg bertajuk Sahabat terus teringat kat JOZAN sebab lirik lagunya mcm kena dgn diorang kan..so terus timbulnya idea utk buat video ni..aku memilih 2 lagu yang tajuk lagunya adalah sama iaitu "SaHaBat" nyanyian drp kump GIGI dan Aizat..pening juga nak memilih video yg mana sebab byk sgt aksi sweet diorang ni..so redah jer laaa..ini jela yg dapat dihasilkan..nak buat lebih cantik mmg x reti dh haha..maklumlah x berapa pandai nak edit-mengedit ni..x kreatif..so diharapkan semua terhibur..kalau ada yg x suka sorry lah yer..kalau korang sudi n rajin, jgn lupe tinggalkan komen anda mengenai video ini..Thank you n ENJOY...



Read More »

PerteMuaN Dan GambaR JOZAN yang teRLateSt!!

RaGaM JOZAN hehehe..
JOZAN with their MaNager

Assalammualaikum..
dah lama tak tengok gambar2 JOZAN lepak2 sekali kan..minum2 sama2 kan..sweet jer..2 keping gambar kat atas ni adalah gmbar diorang yg terlatest..masih dlm oven lgi ni hehehe..dikatakan gambar ini diambil pada malam tadi! ini bermakna diorang baru saja bertemu gitu..wahhh pertemuan JOZAN yg terlatest tuh..siap gi minum2 gitu..gmbr ni kredit to Facebook n Twitter..tgk tuh happy jer diorang ni mesti diorang berjumpa utk discuss pasal Maharaja LawaK MeGa 2012 ni yg akan start pada 9 November 2012, pada setiap Jumaat di Astro Warna..wahh bulan November baru start,lmbt giler patutnya bulan depan laa kena start kan..apapun JOZAN mmg beraksi di MLM 2012..Ini berdasarkan kenyataan Zizan sendiri di Mstar Online iaitu~ Ujar Zizan dia hanya memberi tumpuan pada promosi filem Hantu Kapchai yang akan ditayangkan tidak lama lagi dan persiapan untuk Pertandingan Maharaja Lawak MeGa 2012 bersama JOHAN..

Jadi nmpk x Zizan telah mengkonformkan yg JOZAN join MLM 2012..so dont worry be happy..pada yg keliru or konpius tuh sama ada JOZAN join ke x tu la jawapannya, x caya korang leh baca artikel tuh di Mstar Online yer..Konform la mesti JOZAN akan bagi yg terbaiknyer laa utk MLM tu yelaa x kan nk kecewa buat kali kedua kan..ditambah Zizan sendiri pun dh kata dia akan beri tumpuan khusus pada MLM ni..sebab sblum ni dia busy shooting filem kan..Apapun x sabar tggu MLM 2012..


Ni pun picture terbaru JOZAN juga yg diambil dlm minggu sudah kot lau x silap..gmbr ni Zizan yg upload di Twitter nyer...sejak dua menjak ni nmpk kerap gak JOZAN bertemu..bagus2 hehehe..

P/s~oMG ini adalah entry yg ke 1000...wow x sangka dh entry yg ke 1000 sejak mula menceburkan diri di arena BLoG pada September 2009!
Read More »

Hot Seats MaHaraJa Lawak MeGa 2012


Assalammualaikum..
Tertarik utk buat entry mengenai Hotseats MLM 2012 ni...
Ada 27 pelawak yg bertanding secara undian online untuk merebut 3 tempat untuk ke pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012..Jika mereka terpilih dapatlah mereka merasa bertanding dgn pelawak2 popular lain yg sudah pun menunggu mereka di MLM 2012..
Kat Facebook memang meriah laa bila para peserta yg bertanding secara online ni cuba mempromosi kump masing2 untuk meraih undian..kadang2 kesian pun ada gak bila nampak la diorang bersungguh-sungguh merebut 3 tempat yg disediakan..yg penting kena dapat undian yg tinggi laa..kat sini laa kawan2 family main peranan..utk tolong vote..
Aku tgk yg dapat undian tertinggi setakat ini x la famous mana..ada gak muka2 yg kita x berapa kenal tapi undian die tinggi..

Aku ada gak masuk ke website ni utk tgk video2 diorang..yg mana korang rasa best n kelakar undi jelaa..untung2 dpt la up sikit undian diorang..aku dh tengok separuh dri video2 yg ada kt situ..rasanya ada yg best ada gak yg merapu hahaha setakat ni aku sokong Kump MaMu,Kump Balas dan Kump OMG hehehe..tpi ada gak video kump lain yg x tgk lagi hehe..undian dibuka sampai 17 September ni..n korang leh undi hari2 lak tuh..so kalau rajin try2 la pi vote hehe..Aku suka kalau Kump Mamu masuk MLM 2012 sebab nampak diorang ni berpotensi utk pergi jauh..lupa nak ckp diorang ni adalah peserta Raja Lawak musim ke-4..diorang tersingkir seminggu sebelum final Raja Lawak 4..syg kan lagi selangkah je nak ke final rezeki xde plak..video diorang pun best gak..so lau rajin undi laa..seterusnya Kump Balas..rasanya ramai yg kenal kan ngan kump Balas ni haha..kali ni diorang tidak lagi berdua tapi bertiga..tmbh sorang ahli lagi..makin meriah la pasni..aKu sokong Kump OMG sebab ada JiHaN kali ni die berganding dgn Azrul yg dulunya die join Kump Charm masa Raja Lawak musim ke 2..unik sebab diorng bergabung..petah sungguh diorang berkata-kata haha x caya tgk video diorang..

Undian mmg sengit..undian makin meningkat n dekat2 semua..rasanya Astro patutnya masukkan 4 or 5 kump yg mendapat undian tertinggi ke MLM tuh sebab yg ambik bahagian ramai tapi pilihnya 3 jer..so-Nak mengundi/vote untuk diorang bolehla klik link ini.. http://www.astrogempak.com.my/maharajalawakmega/Undi.aspx?auth=true



Read More »

7 Sep 2012

NostaLGia BerSaMa ProF.



Assalammualaikum...
Hari tuh masa dok tengok video kat You Tube terjumpa lak video kat atas ni hehehe..video semasa Pembentangan Kertas Kerja Mengenai Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu Oleh Prof. Dr. Abdullah Zakaria Ghazali di Majlis Simposium Selagi Hayat Dikandung Badan:Lembaran Perjuangan. Beliau ni merupakan salah seorang pensyarah aku dulu..hehe bila tengok video ni terus teringat kat Prof Abdullah ni atau Pak Lah ni hehehe..rindu plak nk dgr die berceloteh..suka tengok gaya die bercakap ada stail lah cara bercakap yg bergaya hehehe..x caya try la tengok video kat atas ni..Kuliah/subjek yg Prof ni handle sentiasa jadi rebutan..semua student berebut-rebut nak masuk sebab subjek yg die ajar mmg famous la sbb byk buku/bahan rujukan..kelas tutorial pun prof sendiri yg handle..masa kuliah memang ramai pelajar jadi susahla die nak ingat nama..tapi bila dh start masuk kelas tutorial prof lama kelamaan die cam dh student die lau nasib baik die hafal terus nama kita hahaha..masa aku belajar dulu alhamdulilah lah die cam dan hafal nama aku..

Sebenarnya aku kagum ngan Prof ni sebab ingatan Prof ni mmg kuat..walaupun dh berusia tapi still maintain lagi..korang tanyalah apa saja ttg hal2 Sejarah ni semua dlm tangan die jer..semua fakta Prof aku ni ingat..dari tahun,nama sultan,tempat dan mcm2 lgi..mmg terbaiklah..cayalah. Beliau ni juga peramah suka bercerita n kadang2 pandai gak buat lawak hehehe..windu plak ngan semua prof yg prnah ajar aku dulu..kebanyakannya mmg nama2 besar..kalau masa sekolah dulu sering tengok nama diorang terpampang kt buku2 ilmiah ada yg jadi penulis buku2 teks dan rujukan bila masuk U dapat plak jumpa dengan orangnya sendiri..mmg bangga la sbb pernah diajar oleh mereka2 ini..Selain Prof Abdullah..aku pernah gak belajar dibawah Prof Dr Nik Safiah Karim..mmg dapat pengalaman yg berguna apabila dapat ilmu dripada mereka2 nih..Selain itu masa belajar dulu aku selalu terserempak ngan Prof Khoo Kay Khim yg famous sangat tuh..mmg asyik terserempak jer sbb bilik pejabat die mmg dekat ngan bilik tutorial kiterog..

Kalau terserempak mmg tersenyum jerla kan..die mmg nampak peramah dan senang tersenyum..pendek kata x sombong..tapi sayangnya die x handle kuliah or tutorial jadi mmg x dpt nak merasa belajar di bawah beliau nih..tapi die ni mmg sentiasa busy,wartawan surat khabar,media massa sume slalu dtg cari die siap bawa kamera mcm nk shooting filem dh rasanya hehee..rindu plak ngan Prof aku ni sume..berbalik pada cite Pak Lah ni aku ada gak la beberapa keping gambar kenangan dgn Prof aku ni..masa ni ada jamuan akhir yg budak2 Jabatan aku handle so sempat la snap gambar hehe..
Kenangan bergambar bersama Prof Abdullah Zakaria Ghazali(duduk)&Dr Azharuddin Mohamed Dali(Berdiri dri kanan)serta ngan Kawan2 Semajor..saja letak gmbr ramai2..segan nk tempek gmbr sendiri saja..hehehe..ikutkan ramai je tapi ada yg xde dlm gambar tu,ada gak yg x hadir dan sebagainya..

ikutkan ramai lagi Prof2 yg nak aku ceritakan tapi lain kali plak lah hehe..kang boring plak korang nak baca hehe..
Read More »

4 Sep 2012

QueeN In HyuN's MaN~KoReaN DraMa Review


Assalammualaikum..
macam biasa aku nak review drama2 Korea yg aku dh tengok..pada yg sape x minat tengok drama Korea tuh layan je la yer gambar2 yg ada haha..aku suka buat review drama Korea ni sebab x ramai yg buat kan..hehehe..drama yg akan aku review ni juga adalah drama terbaru juga yakni drama baru tahun 2012..dan semuanya ada 16 episod..kalau korang perasan heroin cerita ni pernah berlakon dlm drama popular iaitu Secret Garden. Drama ni ada sikit persamaan ngan Rooftop Prince..sikit jer iaitu yg mana hero cerita ni dapat datang ke Zaman Moden dari zaman dulu menggunakan tangkal atau azimat.Kemudian die bertemu dan akhirnya bercinta dengan seorang pelakon drama pada zaman moden ini..namun akhirnya banyak kesulitan yg berlaku dan menghalang percintaan mereka berdua yg berlainan zaman ini.
Aku paling suka dengan watak hero ni iaitu Kim Boong-Do..Die ni sangat Bijaksana..walaupun agak terkejut bila mendapati dirinya berada didunia lain iaitu di zaman moden..Die tetap cool dan tenang..die cuba menyesuaikan diri dengan keadaan disini..dia ni kira sangat pandai laa die cepat belajar n cepat menyesuaikan diri dizaman moden dengan pertolongan Choi Hee-jin(Heroin cite ni) yg mempercayainya dan cuba menolongnya sedaya yg boleh..apa yang best dlm drama ni kita dapat tengok Kim Boong Do ni akan ulang alik dari zaman dulu ke zaman kini begitulah sebaliknya..Die ni cuba selesaikan masalah yg berlaku di istana di zaman dulu dan cuba hidup di dua zaman iaitu zaman dulu dan kini..Aku sangat suka bila tengok dia cuba hidup di zaman moden ni berpakaian mcm org zaman kini..potong rambut sume..hensem dah hehehe..semuanya makin complicated bila dia akhirnya bercinta ngan Choi Hee-jin.
Part2 Kelakar dlm cite ni mmg sgt sweet..hahaha terutama bila Choi Hee Jin ajar benda bukan2 kan Kim Boong Do ni maklumlah Kim Boong do ni mcm lurus bendul gak sebab die x biasa kan dgn zaman moden jadi die ikut je apa yg Hee Jin ajar walaupun benda tuh mcm mengarut dan bukan2 hahaha..nasiblaa last2 Kim Boong do ni sedar dan mengerti apa yg Hee Jin ajar tuh salah dan hanya main2 kan nya saja..suke tgk Kim Boong do ni sebab die x panas baran..sangat cool dan suka tersenyum jer..sweet je tgk..
Part Sedih plak mmg sedih sangat terutama bila diorang terpaksa berpisah..pastu Kim Boong Do x dapat datang ke zaman moden dah sebab tangkal atau azimat yg membolehkannya datang ke dunia moden sudah terbakar lalu hangus..maka kedua-dua mereka hidup terseksa..mmg sangat kesian dan sedih masa nih..fuhhh touching giler laaa...
Jalan cerita drama ni bergerak laju jadi kita tak akan rasa boring laaa sebab jalan ceritanya x meleret-leret n senang nak paham..walaupun ceritanya melibatkan dua zaman..untuk lebih paham korang tgjk jela sinopsis kat bawah ni yer....
SiNopSis
Year 1694, Joseon Dynasty: Kim Boong-do (Ji Hyun-woo) is a noble-born scholar and his family's sole survivor after they were massacred in a conspiracy. Boong-do supports the reinstatement of Queen In-hyun, who was deposed due to scheming by royal concubine Lady Jang. Year 2012, modern-day Seoul: Choi Hee-jin (Yoo In-na), an unsuccessful actress, lands her big break when she is cast as Queen In-hyun in the television drama "New Jang Heebin". Due to a mysterious talisman, Boong-do time-travels to 2012, where he crosses paths with Hee-jin and falls in love.
Para Pelakon Drama ni ^_^
aku bagi 3.6 dari 5 bintang untuk drama ni...
Read More »

MeNangis tak Semestinya LeMah..


Read More »

1 Sep 2012

Kisah CiNta IsLaMik~ CiNta Salman AL-Farisi


Assalammualaikum..
hari ni aku nak share satu kisah cinta islamik gitu yg boleh memberi teladan dan pengajaran pada kita..memang best baca cerita ni..so apa lagi jom sama2 kita baca..Korang pernah baca atau mendengar kisah islamnya Salman Al-Farisi?Kisah pengembaraan Salman Al-Farisi dari satu tempat ke satu tempat yg lain untuk mencari agama yang benar,agama Islam. Beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari kebenaran..Sebagaimana hebatnya kisah pengembaraan Salman Al-Farisi mencari islam,agama yang benar,begitulah juga kisah cinta Salman Al-Farisi.

Kisahnya begini, di saat dia merasakan sudah layak baginya untuk menyempurnakan separuh daripada agama. Dia sudah siap untuk melamar seorang gadis solehah dari kaum Ansar, yang selalu meniti dibibir para pemuda di Kota Madinah. Memperolehi cinta wanita solehah itu ibarat membelai cinta para bidadari di Syurga. Wanita Solehah itu telah menambat hatinya untuk menuntun karya2 indah bak lakaran pelangi..penuh warna dan cinta...
Beliau menjemput sahabat karibnya, Abu Darda sebagai teman bicaranya ketika bertemu keluarga wanita solehah itu.
"Subhanallah..Alhamdulilah"terpancut kata-kata dari mulut Abu Darda, tanda ta'ajub dan syukur di atas niat suci temannya itu. Dia begitu teruja kerana dapat membantu temannya dalam hal baik sebegini. Maka menujulah mereka ke rumah wanita solehah yang menjadi buah mulut para pemuda gagah perkasa di Kota Madinah.

"Saya adalah Abu Darda dan ini adalah saudara saya Salman Al-Farisi. Allah Taala telah memuliakannya dengan Islam, dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah S.A.W hingga Rasulullah menyebut beliau sebagai sebahagian daripada ahli bait-nya.Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri kalian untuk dipersuntingnya" berkata Abu Darda kepada keluarga wanita tersebut. Susunan bahasanya cukup berlapik dan indah.

"Menerima kalian berdua sebagai tetamu, sahabat Rasulullah yang mulia sudah menjadi penghormatan terbesar buat kami. Dan adalah kehormatan lebih besar bagi keluarga kami bermenantukan seorang sahabat Rasulullah S.A.W yang utama. Akan tetapi hak untuk memberi  kata putus tetap sepenuhnya berada di tangan anakanda puteri saya. Saya serahkan kepada puteri kami untuk memperhitungkannya" wali wanita solehah memberi isyarat ke arah hijab, di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.
"Silakan tuan..." balas Abu Darda.
Selepas beberapa minit berlalu, datangla walinya memberi kata pemutus daripada sang puteri kesayangannya. "Maafkan kami di atas apa yang saya akan katakan"

"Kerana kalian tetamu terhormat kami, sahabat baginda S.A.W yang amat dicintainya. Kami hanya mengharap redha Allah bersama kita semua.. sebenarnya puteri saya telah menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Darda mempunyai hajat yang sama, puteri kami senang menerima pinangannya dengan penuh syukur" kata-kata wali wanita solehah itu tidak sedikit pun mengejutkan Salman Al-Farisi malah menyambutnya dengan alunan tahmid yang tidak putus-putus. Subhanallah.. jelaslah wanita solehah itu hanya memilih Abu Darda sebagai pasangan hidupnya berbanding hajat asal datang daripada Salman Al-Farisi. Bayangkan andai kita berada di posisi/tempat Salman Al-Farisi, mungkin kita telah menyalahkan diri kerana telah tersilap membawa pendamping, teman bicara. Namun lain pula jawapan Salman Al-Farisi:

"Allahu Akbar.. Maha Suci Allah telah memilih teman baik saya sebagai pengganti" dengan penuh rasa kebesaran Tuhan menyelinap roh cinta-Nya memenuhi jiwanya yang kerdil. "Semua mahar dan nafkah yang telah ku persiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda, teman baik ku dunia akhirat. Dan aku akan menjadi saksi pernikahan bersejarah kalian!" air mata kasih dan syukur membening suasana redup di suatu petang itu.Itulah jawapannya..reaksinya telah melukiskan dia ialah seorang pencinta sejati..sejatinya dia bukan kerana dia sahabat nabi S.A.W yang utama tetapi rahmat kasih sayang Illahi menemani sekeping hati kecil miliknya untuk terus Memberi..

Salman Al-Farisi benar-benar mengajar kita sebagai seorang hamba kepada satu Tuhan yang berhak disembah tentang keutamaan dalam memberi, tidak menagih simpati untuk menerima. Dia hanya tahu satu pekerjaan besar lagi mulia sahaja iaitu Memberi. MemBeRi tidak bererti mengurangi apa yang ada, tapi bersyukur dengan apa yang dimiliki..tidak haloba dengan apa yang tiada. Salman Al- Farisi yang sangat mulia darjatnya disisi Rasulullah itupun diuji sedemikian hebat apabila pinangannya ditolak dan tambah mengejutkan lagi, teman baiknya yang dijadikan orang tengah itu yang menjadi pilihan si gadis solehah. Itulah bukti akhlak Islamiyyah yang terbaik kerana akhlak itu adalah reaksi pertama kita sebaik sahaja apabila diuji atau menerima sesuatu berita yang kurang menyenangkan. Jika kita sedikit terkilan dan rasa nak marah pada mulanya, dan kemudian barulah kita bersabar, itu bukanlah akhlak yang terbaik lagi. Tapi reaksi pertama yang hadir tanpa kita berfikir panjang itu adalah aras ukur tahap akhlak kita yang sebenarnya. Sebabnya reaksi itu hadir secara semulajadi dan yang semulajadi itulah akhlak kita yang sebenarnya..

Apakah reaksi anda jika berada di tempat Salman Al-Farisi?Masihkah mampu MEMBERI dengan senyuman ikhlas?Sumber


p/s-sorry tulisan besar kecik hehe ada kesilapan teknikal sikit haha..
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017